Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
GGGB5613: KURIKULUM DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
GROUP 4
DPLI SET 12
…
GGGB5613: KURIKULUM DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
GROUP 4
DPLI SET 12
Topik Pembelajaran Sains Tahun 4
Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan
AHLI KUMPULAN :pencil2:
- Maryam Salsabela Binti Mohamad Uda (P128062)
- Nadhira Azreen Binti Azmi (P128565)
-
- Nur Fatin Syawani Binti Azeman (P128384)
- Nurliza Binti Mohd Mizan (P128078)
STORYLINE :pencil2:
Situasi 3
SITUASI 3(A)
Setelah selesai memberikan penerangan berkaitan dengan rangsangan, gerak balas dan organ deria, guru kemudian menerangkan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk memudah dan meningkatkan kefahaman pelajar. Terdapat 5 stesen yang telah disediakan oleh guru dan setiap stesen mempunyai satu aktiviti yang melibatkan deria rasa masing masing.
Stesen A: Memancarkan cahaya daripada lampu suluh ke mata
Stesen B: Merasa gula, garam, limau, dan serbuk kopi
Stesen C: Menyentuh ais dan cerek air yang panas
Stesen D: Menghidu minyak wangi dan telur busuk
Stesen E: Mendengar bunyi radio yang dipasang dengan kuat
Murid akan bergerak ke stesen dan bergilir-gilir menjalankan aktiviti.
SITUASI 3(B)
Setelah selesai aktiviti, guru berbincang dengan murid tentang organ deria yang terlibat di setiap stesen dan juga bagaimana murid bertindak balas terhadap rangsangan daripada setiap aktiviti tersebut.
Situasi 4
Seterusnya adalah penilaian hasil pembelajaran melalui pemberian soalan berkaitan organ-organ deria manusia. Murid-murid akan dipilih secara rawak untuk menjawab soalan tersebut. Penilaian seterusnya ialah pemberian lembaran kertas kerja . Murid akan memadankan organ -organ deria dan rangsangan yang terlibat.
Guru mengakhiri kelas dengan ucapan penghargaan di atas kerjasama yang dberikan oleh murid-murid.
Situasi 2
Semasa di sekolah, guru bertanya khabar dan meminta salah seorang murid untuk berkongsi berkenaan rutin sebelum ke sekolah. Ali mengangkat tangan dan mula menceritakan pengalamannya seperti bangun tidur, mandi dan sarapan bersama keluarga. Guru menjelaskan bahawa rutin tersebut mempunyai kaitan dengan topik yang akan dipelajari hari ini iaitu "Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan". Guru mula bersoal jawab dengan murid tentang pengetahuan mereka terhadap rangsangan dan gerak balas. Hampir semua murid tidak dapat menjawab soalan tersebut termasuk Ali. Guru kemudiannya menjelaskan maksud gerak balas dan rangsangan. Kemudian, guru turut menyenaraikan organ deria manusia yang terlibat dan rangsangannya.
Situasi 1
RUTIN ALI SEBELUM KE SEKOLAH
- Ali segera bangun dari tidur selepas mendengar bunyi jam penggera yang kuat pada pukul 6 pagi.
- Ali bergegas ke bilik air untuk mandi dan menggigil kesejukan apabila air sampai ke tubuhnya.
- Ketika sedang bersiap untuk ke sekolah, Ali terhidu bau roti bakar yang disediakan ibunya.
- Setelah selesai sarapan Ali bersiap untuk ke sekolah dan bertolak ke sekolah menaiki basikal.
-
-
-
Analyse
Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar berkaitan organ deria dan rangsangan setanding dengan tahap umur mereka.
Design
Mereka bentuk bahan pembelajaran yang akan dilakukan semasa di dalam kelas setelah selesai fasa analisis terhadap pelajar.
Develop
Menghasilkan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan organ deria dan rangsangan iaitu video animasi kepada para pelajar.
-
Evaluate
Melakukan penilaian terhadap keberkesanan tajuk "Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan" dengan cara pemberian soalan kuiz berkaitan organ-organ deria manusia dan lembaran kerja bagi mengetahui adakah objektif pembelajaran dapat di capai.
-
-