Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESULITAN MENIMBULKAN KEMUDAHAN - Coggle Diagram
KESULITAN MENIMBULKAN KEMUDAHAN
MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR
(KESUKARAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN)
DALIL-DALIL
Al-Quran
Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud :
“Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya”. [7]
Allah s.w.t tidak menginginkan kesukaran kepada umat ini, sebaliknya mereka disuruh melaksanakan sesuatu tanggungjawab sekadar termampu atau mengikut kemampuan seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Sunnah al-Nabawiyyah
ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : )) ﻳﺴﺮﻭﺍ ﻭﻻ ﺗﻌﺴﺮﻭﺍ .(( [9]
Maksudnya:
“Nabi s.a.w bersabda, permudahkanlah dan jangan menyusahkan”.
Hadis di atas menjelaskan bahwa syariat Islam adalah mudah dan ringan, ia juga adalah sebahagian daripada tujuan syarak.
SEBAB- SEBAB KERINGANAN
Musafir
Sakit
Paksaan
Lupa
Kejahilan
Kepayahan
Kekurangan
JENIS-JENIS KERINGANAN SYARAK
keringanan dengan menggugurkan kewajipan - ﺗﺨﻔﻴﻒ ﺇﺳﻘﺎﻁ
Contoh-Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran
keringanan dengan mengurangkan bebanan ﺗﺨﻔﻴﻒ ﺗﻨﻘﻴﺺ –
Contoh-Memendekkan atau qasar sembahyang zohor atau asar menjadi dua rakaat.
keringanan dengan gantian atau penukaran ﺗﺨﻔﻴﻒ ﺇﺑﺪﺍﻝ –
Contoh-Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan membayar fidyah
keringanan dengan mendahulukan ﺗﺨﻔﻴﻒ ﺗﻘﺪﻳﻢ –
Contoh-Sembahyang jama’ taqdim.
keringanan dengan mengakhirkan ﺗﺨﻔﻴﻒ ﺗﺎﺧﻴﺮ – .
Contohnya-Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir
keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak atau terpaksa ﺗﺨﻔﻴﻒ ﺗﺮﺧﻴﺺ –
Contoh-Diharuskan makan bangkai kerana terdesak
keringanan mengubah atau menukar. ﺗﺨﻔﻴﻒ ﺗﻐﻴﻴﺮ
Contoh-
Menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan sembahyang ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi musuh..
PEMBAHAGIAN MASYAQQAH
Masyaqqah biasa = kesulitan biasa yang boleh dihadapi tanpa mengalami sebarang kemudaratan seperti kesulitan dalam menjalankan ibadah-ibadah fardu, kesulitan mencari nafkah, kesulitan dalam jihad menentang musuh dan seumpamanya.
Masyaqqah luar biasa = kesulitan yang menyebabkan kesengsaraan yang biasanya tidak mampu ditanggung oleh manusia biasa dan membawa kepada kemudaratan.
1) Kesulitan dan kepayahan yang besar dan berat. Misalnya, kesusahan yang menimbulkan kebimbangan akan berlaku kemudaratan kepada diri dan anggota badan akibat melakukan ibadat yang berterusan.
:!:Masyaqaah ini mewajibkan takhfif (keringanan) kerana menjaga diri untuk melakukan ibadat lebih utama dari memudaratkannya hingga menghalang daripada melakukan ibadah.
2) Kesulitan yang ringan. Sebagai contoh, kesakitan yang boleh ditanggung.
:!:Masyaqqah ini tidak diambil kira kerana menghasilkan maslahah itu lebih utama dari menghilangkan kesulitan yang sedikit itu.
3) Kesulitan yang pertengahan. Misalnya kesakitan biasa. Hukumnya tertakluk kepada kesulitan itu sendiri, sekiranya ia hampir kepada tahap masyaqqah yang berat maka ia perlu diringankan. Sekiranya hampir kepada masyaqqah yang ringan, ia sebaliknya.
KAEDAH PECAHAN ( FURU’ )
ﺇﺫﺍ ﺿﺎﻕ ﺍﻷﻣﺮ ﺇﺗﺴﻊ
Maksudnya : Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.
Contohnya, sudah memadai dengan saksi wanita dan diterima saksi wanita dalam perkara yang lelaki tidak mengetahuinya dan melihatnya seperti, cacat pada anggota dan lainnya.
ﺇﺫﺍ ﺇﺗﺴﻊ ﺍﻷﻣﺮ ﺿﺎﻕ
Maksudnya : Apabila sesuatu itu longgar atau luas, hukum menjadi sempit.
Contohnya, seseorang yang dalam keadaan lapang, seharusnya melakukan sembahyang di awal waktu serta dengan menepati segala rukun dan syaratnya yang sempurna.
3.ﺍﻟﻀﺮﻭﺭﺍﺕ ﺗﺒﻴﺢ ﺍﻟﻤﺤﻈﻮﺭﺍﺕ
Maksudnya : Kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-tegahan.
Contohnya, harus memakan bangkai atau benda haram ketika sangat lapar untuk menyelamatkan diri daripada mati kebuluran.
Antara hukum-hukum yang terkecuali dalam kaedah ini ialah membunuh, berzina dan murtad.
ﺍﻟﻀﺮﻭﺭﺍﺕ ﺗﻘﺪﺭ ﺑﻘﺪﺭﻫﺎ
Maksudnya : Keadaan darurat ditentukan mengikut hukumnya.
Contohnya, memakan bangkai hanyalah diharuskan untuk menyelamatkan diri daripada kelaparan dan mati kebuluran. Apabila bertenaga semula, batasan yang diharuskan itu berakhir.
Antara hukum-hukum yang terkecuali daripada kaedah ini ialah jual beli al ara'ya dan li'an.
ﻣﺎ ﺟﺎﺯ ﻟﻌﺬﺭ ﺑﻄﻞ ﺑﺰﻭﺍﻟﻪ
Maksudnya : Apa yang diharuskan kerana uzur, batal dengan sebab hilangnya uzur tersebut.
Contohnya, tayammun menjadi batal dengan sebab didapati atau adanya air sebelum mendirikan sembahyang.
ﺍﻟﺤﺎﺟﺔ ﺗﻨﺰﻝ ﻣﻨﺰﻟﺔ ﺍﻟﻀﺮﻭﺭﺓ ﻋﺎﻣﺔ ﻛﺎﻧﺖ ﺃﻭ ﺧﺎﺻﺔ
Maksudnya : Keperluan atau hajat diletakkan pada kedudukan darurat, sama ada umum atau khusus.
Contohnya, seseorang lelaki diharuskan memakai pakaian sutera disebabkan ada penyakit kulit dan lainnya, namun dalam keadaan biasa diharamkan.
ﺍﻹﺿﺼﻄﺮﺍﺭ ﻻ ﻳﺒﻄﻞ ﺣﻖ ﺍﻟﻐﻴﺮ
Maksudnya : Keadaan terdesak tidak membatalkan hak orang lain.
Contohnya: Apabila tempoh sewa atau upah menyusu bayi daripada ibu susu telah tamat, sedangkan bayi tersebut telah dapat menyesuaikan diri dengan susunya. Tambahan pula, bayi tersebut belum dapat makan atau menerima makanan lain, maka ibu susu tersebut boleh dipaksa supaya terus menyusui bayi tersebut.
ﺍﻟﺤﻜﻢ ﻳﺘﺒﻊ ﺍﻟﻤﺼﻠﺤﺔ ﺍﻟﺮﺍﺟﺤﺔ
Maksudnya : Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh.
Contohnya, keizinan berjihad dan memerangi musuh. Pada zahirnya menyebabkan kematian dan kerosakan, namun natijahnya adalah amat baik dan jelas, maka dibolehkan.
ﺍﻟﺤﻜﻢ ﻳﺪﻭﺭ ﻣﻊ ﻋﻠﺘﻪ
Maksudnya : Hukum itu berkisar bersama illah nya atau sebabnya.
Contohnya, diharamkan arak disebabkan illah nya yang memabukkan, apabila illah nya hilang atau tidak ada lagi, waktu itu ia tidak diharamkan, seperti arak tersebut telah bertukar menjadi cuka.
ﻳﻨﺰﻝ ﺍﻟﻤﺠﻬﻮﻝ ﻣﻨﺰﻟﺔ ﺍﻟﻤﻌﺪﻭﻡ
Maksudnya : Kedudukan perkara yang tidak diketahui itu sama dengan keddukan yang tidak ada.
Contohnya, barang yang ditemukan perlulah disedekahkan bagi pihak pemilik.
RUKHSAH SYARIYYAH (Ulama mazhab Syafie)
Rukhsah wajib
Rukhsah sunat
Rukhsah harus
Rukhsah khilaf al-awla
Rukhsah makruh
RUKHSAH (Ulama' mazhab Hanafi)
Harus melakukan yang haram ketika darurat dan hajat
Harus meninggalkan yang wajib,
Harus melakukan akad atau urusan yang diperlukan oleh manusia walaupun pada asalnya ia bertentangan dengan kaedah umum perundangan Islam
Menghapuskan hukum yang menyulitkan yang disyariatkan dalam syariat- syariat terdahulu seperti bunuh diri untuk bertaub