Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESULITAN MENIMBULKAN KEMUDAHAN - Coggle Diagram
KESULITAN MENIMBULKAN KEMUDAHAN
MAKSUD
Bahasa: Sesuatu yang meletihkan
Istilah: Sesuatu yang pada kebiasaannya mampu dilakukan, tetapi dalam hal tertentu ia telah keluar dari batas-batas kebiasaan dan menyebabkan seseorang mukallaf mengalami kesukaran untuk melaksanakannya.
jenis-jenis keringanan syarak
keringanan dengan menggugurkan kewajipan
Tidak wajib atau gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu
Digugurkan daripada menyertai jihad sebab uzur
keringanan dengan mengurangkan bebanan
qasar sembahyang zohor atau asar menjadi dua rakaat
keringanan dengan gantian atau penukaran
berwuduk dan mandi dengan bertayammum
edudukan sembahyang bagi orang sakit yang tidak berdiri kepada duduk atau baring atau isyarat.
keringanan dengan mendahulukan
Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haul nya
keringanan dengan mengakhirkan
Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir
keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak atau terpaksa
Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air
Diharuskan makan bangkai kerana terdesak
keringanan mengubah atau menukar
mengubah kedudukan serta cara mendirikan sembahyang ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi musuh
DALIL
Al-Qur'an:
Mafhumnya : “Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya”. (Surah al-Baqarah:2:185)
Hadis:
ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : (ﻳﺴﺮﻭﺍ ﻭﻻ ﺗﻌﺴﺮﻭﺍ) Maksudnya: “Nabi s.a.w bersabda, permudahkanlah dan jangan menyusahkan”.
SEBAB-SEBAB KERINGANAN
i. Musafir : syarak memberikan keringanan seperti qasar dan jamak solat serta berbuka puasa.
ii. Sakit : syarak memberikan keringanan seperti meninggalkan puasa dan tayammum .
iii. Paksaan : syarak mengharuskan seseorang yang dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur.
iv. Lupa : seseorang yang makan dalam keadaan terlupa semasa berpuasa, tidak terbatal puasanya.
v. Kejahilan : tidak batal solat orang yang bercakap semasa solat dalam keadaan jahil.
vi. Kepayahan : tanaman yang terkena najis binatang yang membajaknya dimaafkan.
vii. Kekurangan: orang gila dan bayi tidak diberikan tanggungjawab oleh syarak.
Kaedah pecahan (Fur'u)
apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas
wanita yang keluar rumah untuk bekerja sedangkan masih berada dalam tempoh iddah
Apa yang diharuskan kerana uzur, batal dengan sebab hilangnya uzur tersebut.
Hukum asal akan kembali apabila keuzuran yang dihadapi hilang.
Pada bulan Ramadhan Hafiz jatuh sakit, dia diharuskan berbuka puasa kerana keuzurannya itu. Namun setelah dia sembuh, maka dia wajib berpuasa.
Apabila sesuatu itu longgar atau luas, hukum menjadi sempit
seseorang dibenarkan makan daging khinzir dalam keadaan darurat
kemudaratan itu membolehkan tegahan
harus memakan bangkai atau benda haram ketika sangat lapar untuk menyelamatkan diri daripada mati kebuluran
Keperluan atau hajat diletakkan pada kedudukan darurat, sama ada umum atau khusus.
Keringanan dibolehkan pada perkara hajiyyat (keperluan) sebagaimana ia dibolehkan pada perkara darurat
Seseorang lelaki diharuskan memakai pakaian sutera disebabkan ada penyakit kulit dan lainnya, namun dalam keadaan biasa diharamkan.
Keadaan darurat ditentukan mengikut hukumnya
Doktor diharuskan melihat aurat pesakit lelaki dan wanita untuk merawat, namun pada anggota atau bahagian sakit sahaja, tidak lebih daripada itu
Keadaan terdesak tidak membatalkan hak orang lain
Upah menyusu bayi daripada ibu susu telah tamat, sedangkan bayi tersebut telah dapat menyesuaikan diri dengan susunya, tambahan pula, bayi tersebut belum dapat makan atau menerima makanan lain, maka ibu susu tersebut boleh dipaksa supaya terus menyusui bayi tersebut, ini adalah untuk menjaga kepentingan bayi. Ibu susu tersebut hendaklah dibayar upah dengan kadar yang setimpal.
Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh.
Keizinan berjihad dan memerangi musuh. Pada zahirnya menyebabkan kematian dan kerosakan, namun natijahnya adalah amat baik dan jelas. Iaitu mempertahankan diri, agama dan menyebaran agama Islam. Hasil jihad, Islam tersebar ke pelusuk dunia.
Hukum itu berkisar bersama illah nya atau sebabnya.
Sesuatu hukum yang ada itu disebabkan ada illah nya atau sebabnya. Lantaran itu sekiranya illah itu hilang, maka tidak berlakulah hukum tersebut.
Sesuatu itu apabila ia mengandungi racun, apabila ia merosakkan maka ia diharamkan, namun apabila tidak merosakkan bahkan dapat dijadikan ubat, diharuskan.
Kedudukan perkara yang tidak diketahui itu sama dengan kedudukan yang tidak ada.
Barang temuan atau harta yang ditemui tercicir selepas tempoh haul atau masanya, ia menjadi milik orang yang menemuinya atas dasar asalnya tidak diketahui pemilik. Apa-apa yang tidak dapat dimiliki daripada barangan temuan pula, hendaklah disedekahkan bagi pihak pemilik