KAEDAH FIQH
ASAS-ASAS KEMUDAHAN DAN KERINGANAN DALAM ISLAM
KAEDAH FIQH 3 (KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)
KAEDAH 4
PERTAMA : Usul Keringanan dalam Al-Quran
Firman Allah yang bermaksud " Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah (An-Nisa' : 28)
lemah pada ayat ini bermaksud kelemahan manusia dalam menghadapi godaan nafsu. hal ini kerana ayat ini berkenaan kelonggaran yang Allah berikan terhadap lelaki Muslim yang merdeka untuk menikahi hamba perempuan yang beriman (jika lelaki tersebut tidak mampu untuk mengahwini wanita merdeka).
ini menunjukkan bahawa Allah memberikan keringanan, rahmat, kemudahan serta membuang kesusahan dan kemudaratan.
MAKSUD
SEBAB KERINGANAN
CONTOH
Hukum hakam yang mendatangkan kesukaran untuk dilaksanakan oleh mukallaf akan diringankan cara pelaksanaannya oleh syarak.
Kejahilan: Harus difasakhkan perkahwinan kerana aib pada salah seorang sedangkan aib itu disembunyikan oleh seorang dari mereka, maka yang seorang lagi tidak mengetahui hal sebenar.
- Musafir
- Sakit
- Paksaane
- Lupa
Firman Allah yang bermaksud " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya "(Al-Baqarah : 286)
Ayat ini menunjukkan Allah tidak akan membebani seseorang hamba di luar batas kemampuannya
KEDUA : Usul Keringanan dalam Sunnah
Kepayahan: Diharuskan banyak gerak serta membelakangi kiblat ketika sembahyang dalam keadaan takut dan menghadapi musuh dalam keadaan perang.
Rasulullah bersabda, maksudnya " Sesungguhnya agama Islam itu mudah. tidaklah seseorang mempersulit (berlebihan) dalam agamanya kecuali akan terkalahkan (tidak dapat melaksanakan dengan sempurna). oleh itu, berlaku luruslah, sederhana dan bergembiralah (dapat pahala) serta memohon pertolongan kepada Allah dengan beribadah pada pagi, petang dan sebahagian malam" (Riwayat al-Bukhari)
Apabila terdapat keksukaran atau kesulitan dalam menunaikan perintah Allah, maka perintah itu diringankan tidak seperti asalnya.
Rasulullah bersabda, maksudnya " sesungguhnya Allah tidak membangkitkan aku untuk menyusahkan dan membawa kesusahan tetapi mengutusku sebagai pembimbing yang memudahkan" (Riwayat Muslim)
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah dalam kehidupan sehariannya, ketika harus menentukan antara dua hal, baginda selalu memilih salah satunya yang lebih mudah, selagi tidak termasuk dalam dosa.
KEMUDARATAN MEMBOLEHKAN TEGAHAN-TEGAHAN
Merupakan kaedah dan hukum pengecualian dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengharuskan perkara yang tidak diharuskan ketika keadaan biasa
Hukum Furu' yang terbentuk kaedah ini ialah:
- Doktor diharuskan melihat aurat lelaki dan wanita untuk tujuan merawat
- Harus melawan dan mengambil tindakan terhadap perompak, walaupun terpaksa membunuh.
Pengecualian daripada kaedah:
- Kufur
- Jika seseorang dipaksa berzina, ia tidak boleh melaksanakannya.
hadis kebimbingan Rasulullah jika berlaku kesukaran terhadap umatnya
Rasulullah bersabda, maksudnya " Aku sedang mendirikan solat berjemaah dan ingin memanjangkannya, kemudian aku terdengar suara tangisan bayi, lalu aku bersegera menyudahkannya kerana tidak mahu menyusahkan ibunya" (al-Bukhari dan Muslim)
KETIGA : Manhaj para sahabat dan mereka yang selepasnya dalam beramal dengan keringanan
(amalan sebahagian sahabat)
kisah Saidina Umar yang berjalan dengan sahabatnya dan tiba-tiba ada saluran air terjatuh ke atas mereka. sahabatnya lalu bertanya "wahai tuan punya saluran, adakah air engkau ini suci atau kotor?" Umar lalu berkata "wahai tuan saluran, tidak perlulah kamu memberitahu kami" mereka pun berlalu (Ighathah al-Lahfan jil. 1 hlm. 244)
APA YANG DIHARUSKAN KERANA UZUR, BATAL DENGAN SEBAB HILANG UZUR TERSEBUT.
Sesuatu yang dihalalkan dan diharuskan ketika ada keuzuran itu akan kembali kepada hukum asal apabila hilang keuzuran.
Hukum Furu' yang terbentuk:
- Tayamum menjadi batal dengan sebab didapati adanya air sebelum mendirikan solat.
- Tayamum tidak diizinkan dengan ada air sebelum masuk waktu solat
hadis riwayat al-Darimi
Umair bin Ishak berkata " jika kamu perhatikan para sahabat Rasulullah, kamu tidak akan dapati golongan yang lebih ramai mengamalkan sifat yang mudah dan meninggalkan amalan yang berat.
Ini menunjukkan bahawa para sahabat mengambil pendekatan yang jauh daripada kesulitan, bahkan menolak daripada diberi penjelasan dalam perkara yang mengandungi kesamaran kerana akan membawa kepada was-was dan kesusahan
SESUATU PERKARA APABILA TERSEPIT IA MENJADI LUAS
- Diharuskan perempuan ber'idah keluar rumah apabila keadaan endesak seperti bekerja untuk sara hidup.
- Diteruma saksi wanita dalam kes melahirkan anak kerana menjaga nasab.
orang berhutang yang jatuh miskin perlu ditangguhkan tuntutan bayaran sehinggalah ia senang atau digugurkansahaja tuntutan hutang itu.
SESUATU PERKARA APABILA MENJADI LUAS MAKA IA AKAN MENJADI SEMPIT
Apabila darurat telah menimpa seseorang, kalau beramal dengan hukum asal yang disyarakkan dalam keadaan biasa akan menyulitkan dan membebankan mereka untuk melaksanakannya, maka kerana itu diberi kelonggaran dan kemudahan ke atas mereka selagi mana darurat itu masih wujud.
Tetapi, apabila hilang darurat tersebut, nescaya kembali kepada hukum asal "apabila menjadi luas sesuatu perkara, maka ia akan sempit".