Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KELEBIHAN AKTIVITI PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU image-resized (1), PRINSIP…
KELEBIHAN AKTIVITI PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU
🌸 Guru mempunyai kuasa untuk mengawal sepenuhnya kelas dan proses pengajaran dan pembelajara (PdP)
🌸 Kaedah ini juga merupakan satu pengajaran dan pembelajaran secara langsung daripada guru itu sendiri.
🌸 Murid akan menghafal, mengulang perkara yang diajar oleh guru semula.
-
🌸 Membolehkan guru menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid.
🌸 Melaui berpusatkan guru, guru akan menyampaikan maklumat yang tidak dapat dicapai oleh murid kerana ia tidak ada dan tidak terdapat dalam mana-mana sumber walaupun cuba diakses oleh pelajar.
🌸 Pengalaman guru boleh untuk meningkatkan keghairahan dan minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu topik pembelajaran tersebut.
🌸 Cara berpusatkan guru ini juga boleh digunakan secara langsung untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada kandungan pembelajaran yang relevan agar pelajar dapat mengaitkan pengetahuan yang baru dengan maklumat sedia ada dan pengalaman lampau.
PRINSIP-PRINSIP UNTUK MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID DALAM PENGAJARAN BERPUSATKAN BAHAN
🌸 Dalam penggunaan bahan bantu mengajar bagi guru ini dapat meningkatkan serta merangsang minda pelajar untuk belajar.
🌸 Guru seharusnya lebih peka dan prihatin dalam memahami kehendak pelajar dalam cara pembelajaran
🌸 Guru harus meningkatkan kemahiran dalam menggunakan bahan bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.
🌸 Kerjasama semua pihak dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam penyediaan bahan bantu mengajar juga penting demi meningkatkan keupayaan murid
🌸 Guru menyediakan bahan dengan saiz dan berat yang sesuai supaya mudah dibawa, diguna dan disimpan.
-
🌸 Guru juga boleh melaksanakan pengajaran berpusatkan bahan seperti membuat lawatan ke tempat yang sesuai.
-
RUMUSAN KESESUAIAN AKTIVITI PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID MENGIKUT BIDANG DALAM PENDIDIKAN ISLAM
🌸 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid memainkan perana yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
🌸 Ciri kepimpinan guru yang bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa akan digalakkan untuk memberi pendapat mereka kerana guru banyak menggunakan kaedah berbincang dalam aktiviti PdP.
🌸 Dalam aktiviti berpusatkan murid dalam bidang pendidikan islam ini seharusnya ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya untuk menilai dan menganalisis dalam sesuatu topik yang dipelajari.
🌸 Aktiviti pengajaran berpusatkan murid ini memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi adalah sangat banyak dengan menerapkan sifat-sifat mahmudah atau positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur dalam diri mereka.
🌸 Kesesuaian pemilihan aktiviti pengajaran dalam bidang pendidikan islam memerlukan kepada kefahaman terlebih dahulu sebelum murid menilai dan mengaplikasi apa yang telah dipelajari.
🌸 Aktiviti pengajaran berpusatkan murid dalam bidang pendidikan islam ini perlu mementingkan kepada kefahaman terlebih dahulu sebelum melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan topik pembelajaran.
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
PIMK2073R PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
PENSYARAH : DR.ENGKU ZARIHAN BINTI ENGKU ABDUL RAHMAN
TUGASAN 6
🌸 NAMA : NOR DIYANA ASIKIN BINTI SAIFUDDIN
🌸ANGKA GILIRAN : 2022202400132
🌸 PROGRAM : PDPP OKT 2022 (2.05)