Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kod Etika Keguruan - Coggle Diagram
Kod Etika Keguruan
akauntabiliti kepada diri
Mempersiapkan diri dengan pengetahuan yang luas dan berketerampilan dalam mata pelajaran yang diajar.
Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan
Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan
akauntabiliti kepada ibu bapa
Hormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka
Kawal diri daripada melakukan sesuatu yang boleh jejaskan kepercayaan ibu bapa.
Sampaikan maklumat dan berkomunikasi dengan ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka.
akauntabiliti kepada pelajar
tugas guru untuk mengajar
murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulum, tetapi bukan itu sahaja tugas guru juga adalah menyampaikan ilmu pengetahuan dengan ikhlas yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid
guru dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid supaya menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia dan berjasa kepada negara.
akauntabiliti kepada rakan sejawat
Bekerjasama sesama rakan sejawat demi menjaga imej profesion dan sentiasa bersedia membantu rakan sejawat yang baharu dalam profesion
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau ibubapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru
akauntabiliti kepada sekolah
akauntabiliti terhadap sekolah merupakan seorang guru yang mengambil berat terhadap pencapaian sekolah. Seorang guru haruslah sentiasa memastikan kaedah pengajaran yang digunakan sejajar dengan perkembangan kognitif murid.
Guru perlu bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi dalam pekerjaannya. Menggunakan kaedah mengajar yang terkini dan canggih. Mempunyai perhubungan sosial yang baik terhadap warga sekolah. Guru mampu mengawal disiplin dengan berkesan.
akauntabiliti kepada masyarakat
guru perlu menunjukkan sifat yang positif kepada komuniti kerana guru dipandang tinggi oleh masyarakat. Guru yang mempunyai akauntabiliti tidak sesekali menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara
Guru bertanggungjawab dalam menambil bahagian secara cergas dalam kegiatan masyarakat seperti terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh masyarakt. Guru juga perlu sentiasa menghormati ahli masyarakat setempat dengan menghormati jiran tetangga dan menjaga tingkah laku apabila bersama masyarakat.