Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP KSSR SAINS TAHUN 4 : SUMBER ASAS BAHAN - Coggle Diagram
DSKP KSSR SAINS TAHUN 4 : SUMBER ASAS BAHAN
AHLI-AHLI KUMPULAN 4
MOHD NIZAM BIN HASHIM (P130510)
INTAN NUR SALSABILA BINTI MOHD RAZALI (P127992)
RABIATUL AUNI BINTI MOHD RIZAIMI (P130490)
NURAHMAH NASIRAH BINTI HARIBAIN (P129060)
:
NURUL HUSNA ILYANI BINTI MOHD YATIM (P128140)
TEORI PEMBELAJARAN (KOGNITIF)
:
Penambahan pengetahuan dalam jangka masa panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan
Salah satu tokoh dalam teori kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu teori belajar iaitu Teori Pembentukan Konsep.
Menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori
HASIL PEMBELAJARAN
Murid boleh mengelaskan sumber asas objek berdasarkan ciri-cirinya
Murid boleh menjelaskan pemerhatian tentang sumber asas bahan secara kreatif
Murid boleh menjelaskan sumber asas bagi bahan yang digunakan untuk membuat objek
AKTIVITI
Guru menyatakan objektif pembelajaran
Guru menayangkan video kepada murid
Murid membuat pemerhatian ke atas video yang ditayangkan
Guru menguji tahap kefahaman pelajar berdasarkan objek di sekeliling murid atau di bilik darjah melalui sesi soal jawab
Guru menilai pengetahuan yang diperolehi murid
MODEL INSTRUKSIONAL
MODEL ASSURE
ANALISIS PELAJAR
Menganalisis pelajar yang belum mengenali jenis-jenis sumber bahan semula jadi dalam kehidupan seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu dan petroleum
MENYATAKAN OBJEKTIF
Menyatakan sumber-sumber asas bahan dalam kehidupan semula jadi beserta ciri-ciri berdasarkan objek
MEMILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN
Menayangkan video kepada pelajar melalui Youtube
MENGGUNA MEDIA DAN BAHAN
Menggunakan aplikasi animaker untuk menghasilkan video animasi
MEMERLUKAN PENYERTAAN PELAJAR
Pelajar terlibat dalam aktiviti pengukuhan
MENILAI DAN MENYEMAK SEMULA
Menilai dan menyemak semula pengetahuan pelajar
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan empat sumber asas dalam kehidupan seharian : Tumbuh-tumbuhan, Haiwan, Petroleum, Batuan
Contoh objek yang dihasilkan berdasarkan bahan atau sumber asasnya
Ciri- ciri objek berdasarkan bahan atau sumber asasnya
STRATEGI PENGAJARAN
Berpusatkan guru
Sesi soal jawab
Video animasi
STORYLINE
Pada suatu hari sang ular bersiar-siar untuk mencari makanan. Berdekatan tepi sungai dia ternampak seekor katak. Dia cuba untuk mengejar dan memakan katak tersebut. Katak itu berasa takut dan berbunyi sekuat hati bagi memanggil hujan bertujuan menyelamatkan dirinya
Semasa katak tu melompat untuk menyelamatkan dirinya. Dia terjumpa sebiji batu yang amat besar dan bersembunyi di sebalik batu tersebut sambil mengeluarkan bunyinya untuk memanggil hujan. Dia terus menerus mengeluarkan bunyi yang kuat kerana berada dalam keadaan ketakutan. Bunyinya itu membuatkan ular tersebut tahu lokasi persembunyiannya.
Ketika ular itu mengejar si katak yg berada di belakang bongkah batu dalam sungai tersebut, dia ternampak tumpahan petroleum yang mengalir deras. Dia pun tercari-cari puncanya dari mana dan mendapati bahawa ianya datang daripada kilang yang berdekatan. Kemudian ular tersebut bergegas melaporkan isu tumpahan minyak dan petroleum kepada sang singa iaitu raja rimba
Raja rimba sangat marah dengan kejadian tersebut. Dia telah memanggil semua haiwan dan binatang di hutan tersebut untuk melihat kejadian itu. Dalam perjalanan mereka ke sana, hujan mulai turun dengan lebatnya dan si katak tersebut berasa sangat lega kerana berjaya memanggil hujan. Sesampainya singa di pinggiran sungai itu, mereka melihat banyak ikan yg sudah mati akibat petroleum yg tumpah di dalam sungai tersebut. Dia sangat marah akan perbuatan manusia yang tidak bersyukur dan pengotor itu. Sang singa mengaum kemarahan melihat rakan-rakannya iaitu ikan dan tumbuh-tumbuhan mati akibat perbuatan manusia yg tidak bertanggungjawab.
Penerapan nilai murni, soal jawab dan latihan pengukuhan
STORYLINE
EPISOD 1
Guru memberi pengenalan tentang tajuk yang akan dipelajari, “Sumber Asas Bahan”. Sumber asas bahan dalam kehidupan seharian diperbuat daripada 4 sumber utama iaitu tumbuhan, haiwan, petroleum dan batuan
EPISOD 2
KISAH SANG ULAR DAN SI KATAK (EPISOD 1)
Sang ular bersiar-siar mencari makanan dan berasa marah kerana sudah lama menyusur tetapi masih belum ditemunyai. Sang ular ternampak si katak bersantai di daun di dalam tasik, dan cuba untuk memakannya. Si katak menyelamatkan diri dengan melompat jauh sedikit dari daratan. Si katak juga melengahkan sang ular dengan bersoal jawab dengan sang ular tentang pemburuan manusia terhadap sumber asas bahan. Tetapi sang ular masih tidak percaya dan cuba menyerang si katak sekali lagi.
EPISOD 3
KISAH SANG ULAR DAN SI KATAK (EPISOD 2)
Sang ular menyerang si katak dan si katak menyelamatkan diri dengan melompat ke atas botol plastik yang berada jauh dari daratan. Si katak melengahkan sang ular dengan memberi persoalan dan penerangan tentang sumber asas bahan yang diperbuat dari haiwan dan tumbuhan.
EPISOD 4
KISAH SANG ULAR DAN SI KATAK (EPISOD 3)
Sang ular berminat untuk mengetahui sumber asas lain yang digunakan oleh manusia. Si katak memberi penerangan tentang sumber asas bahan yang diperbuat daripada petroleum dan batuan. Sang ular berasa gusar tentang ekosistem yang semakin tidak selamat dan beredar untuk menyembunyikan diri.TAMAT
EPISOD 5
Guru membuat rumusan tentang sumber asas bahan dan berdiskusi dengan murid tentang cara menggunakan sumber asas bahan dengan bijak serta pembangunan inovasi teknologi . Guru memberi nasihat kepada murid-murid supaya menjaga sumber semula jadi dengan baik,