Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengenalan kepada asas pemasaran - Coggle Diagram
Pengenalan kepada asas pemasaran
Definisi pemasaran: Satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai dalam kalangan mereka.
Elemen-elemen pemasaran
Pertukaran
Satu tindakan yang dibuat oleh pengguna untuk memperoleh sesuatu produk yang diingini daripada pemasar dengan menawarkan sesuatu sebagai balasan
Urusniaga
Urus jual beli antara dua pihak dengan kedua-dua pihak mendapat sesuatu yang bernilai yang diperlukan oleh mereka
Produk
Sesuatu yang ditawarkan di pasaran untuk dijual bagi memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
Nilai
Perbezaan antara faedah memiliki dan menggunakan produk yang dibeli dengan kos yang ditanggung untuk mendapatkan produk
Permintaan
Apabila seseorang mempunyai kehendak dan kemampuan untuk membeli, kehendak akan bertukar menjadi permintaan
Pasaran
Merupakan tempat dimana pembeli dan penjual berkumpul untuk melakukan urusan jual beli sesuatu produk.
Kehendak
keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta personaliti individu
Keperluan
Asas kepada kehidupan manusia dan meliputi keperluan fizikal, keperluan sosial dan pencapaian hasrat
Pendekatan pemasaran
Pendekatan Jualan
pengguna tidak akan membeli atau memiliki sesuatu produk kecuali organisasi pengeluaran tersebut berusaha menjalankan promosi dan usaha jualan yang agresif
Pendekatan Pemasaran
Pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung kepada penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan penyampaian kepuasan dengan cekap dan berkesan berbanding pesaing
Pendekatan Produk
menganggap pengguna lebih gemar kepada keluaran yang berkualiti tinggi, mempunyai pelbagai ciri dan berprestasi tinggi
Pendekatan Pengeluaran
menganggap pengguna mempunyai kecenderungan untuk memilih keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah
Pendekatan Pemasaran kemasyarakatan
Memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat
Kepentingan dan fungsi pemasaran
Individu
Kehidupan yang lebih baik
Pemenuhan utiliti
Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran
Memperbanyakkan peluang pekerjaan
Organisasi
Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan
Peluang perniagaan dalam industri berkaitan
Mempercepatkan proses pertukaran