Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 (SIRAH: Pelajaran 26)
Keunggulan Perjuangan…
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 (SIRAH: Pelajaran 26)
Keunggulan Perjuangan Khulafa Ar-Rasyidin: Abu Bakar As-Siddiq RA
-
OBJEKTIF
- Menerangkan maksud & perkenalkan 4 khulafa ar-rasyidin
- Pelajar mengenali tentang Abu Bakar As-Siddiq
- Mengetahui kisah Abu Bakar As-Siddiq RA
AKTIVITI
- Guru menyediakan bahan pembelajaran dengan menunjukkan tayangan video animasi
- Guru akan menerangkan topik yang akan dipelajari dengan lebih tepat
- Guru menanyakan tentang video yang dipaparkan kepada pelajar
- Guru mengadakan sesi soal jawab bersama para pelajar diakhir pembelajaran
-
HASIL PEMBELAJARAN :
- Pelajar dapat menerangkan tentang kisah Abu Bakar As-Siddiq
- Pelajar jugak dapat mengetahui keistimewaan, kelebihan & kemuliaan Abu Bakar As-Siddiq
-
-
JALAN CERITA
- Kisah tiga orang sahabat iaitu Aleya, Fiza dan Hani berbual-bual dihalaman rumah sebelum ke pasar malam.
- Dalam perjalanan menuju ke pasar malam tiga orang sahabat ini terserempak dengan seorang pak cik peminta sedekah di suatu sudut jalan. Seorang pakcik duduk bersila dengan bekas kecil berada dihadapannya.Ketika lalu berhampiran pakcik tersebut, dia telah memberi salam kepada tiga orang sahabat tersebut dan meminta sedekah kepada mereka.
- Aleya dengan pantasnya berhenti dan menghulurkan bantuan kepada pakcik tersebut sambil berdoa agar pakcik tersebut sentiasa dalam rahmat Allah. lalu pakcik tersebut tersentuh dengan perilaku yang ditunjukkan oleh Aleya
- Dua sahabat Aleya iaitu Fiza dan Hani saling berpandangan sesama sendiri lalu tersenyum melihat kejadian tersebut. Kemudian selepas mereka membeli makanan, mereka menuju ke taman permainan sambil bercerita tentang Kahlifah Ar- rashidin. Fiza menyatakan tindakan yang dilakukan oleh Alia sama dengan dengan tindakan yang dilakukakn oleh salah seorang khulafah ar-rasyidin iaitu khalifah Abu Bakar As-Siddiq.
- Aleya menanyakan siapakah Abu Bakar As. Siddiq sebenarnya. Lalu Fiza menceritakan serba sedikit tentang Khulafah Ar-Rasyidin kepada sahabatnya. Fiza telah menyatakan bahawa zaman khulafah Ar-Rasyidin merupakan zaman pemerintahan setelah kewafatan Rasulullah dan mempunyai empat pemerintahan khulafah Ar-rasyidin iaitu 1) Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, 2) Khalifah Umar Al Khatab, 3) khalifah Uthman bin Affan dan 4) Khalifah Ali bin Abi Talib
- Fiza terus melanjutkan penceritaan tentang Khalifah Ar-Rasyidin dengan lebih mendalam. Fiza menyatakan bahawa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq merupakan Khalifah pertama yang memerintahkan selepas kewafatan Baginda Nabi Muhammad.
- Fiza terus berkongsi cerita dengan sahabatnya dengan lebih lanjut iaitu berkaitan dengan sifat keperibadian Khalifah Abu Bakat iaitu seorang yang jujur, pemurah dan sanggup berkorban harta demi agama islam. Aleya berasa kagum dengan sifat keperibadian yang ditunjukkan oleh Abu Bakar As-siddiq, lalu bertanya kepada Fiza kenapa sama tindakan yang dilakukan tadi sama dengan Khalifah Abu Bakar. Fiza terus menlanjutkan cerita tentang sifat Abu Bakar As-siddiq yang suka bersedekah, dimana semasa Nabi Muhammad mengajak berjihad, Khalifah Umar membawa separuh daripada hartanya, tetapi Khalifah Abu Bakar As-siddiq membawa kesemua hartanya.
- Apabila mendengar cerita tentang Abu Bakar As-siddiq, ketiga-tiga sahabat tersebut berasa kagum dengan cerita yang disampaikan oleh Fiza dan akan selalu mengamalkan sifat yang baik seperti yang ditunjukkan oleh Khalifah Abu Bakar As Siddiq. Tamat
- Tentang Penindasan terhadap Bilal bin Rabah. Bilal merupakan lelaki berkulit gelap dan merupakan hamba kepada Umayyah bin Khalaf. Beliau telah diseksa oleh tuannya kerana mempertankan agama islam. Diseksa dengan kejam iaitu diikat ditengah panas dan dadanya dihempapkan dengan batu sehingga sukar untuk bernafas. Namun beliau tetap mempertahankan agama islam. lalu perkhabaran tentang penyeksaan Bilal diketahui oleh Khalifah Abu Bakar, dengan pantas Abu Bakar menuju ke tempat kejadian dan membebaskan Bilal dengan membelinya daripada tuannya. Bilal akhirnya bebas dan Abu Bakar membantunya tanpa meminta apa-apa balasan.
- Selepas berborak di taman, mereka berjalan ke cafe baru dibuka.. disana 3 sahabat Alia, Fiza dan Hani bermain soal jawab berkaitan kisah Abu Bakar As- Siddiq.
-