Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) - Coggle Diagram
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Apakah itu PBS?
PBS merangkumi :
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
Kelab dan Persatuan
Badan Beruniform
Sukan dan Permainan
Ujian Standard Kecergasan Fizikal (Ujian Segak)
Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Mengukur kebolehan semula jadi pelajar serta kemahiran yang diperolehi dari pengalaman dan persekitaran mereka
2 Ujian : Ujian atitud & Ujian personaliti
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menilai perkembangan, kemajuan, penguasaan dan kebolehan murid
Mengapa?
Untuk guru membuat tindakan susulan dan membuat refleksi terhadap pengajaran bilik darjah
3 Kaedah Pelaksanaan : Pemerhatian, Lisan & Bertuis
Pentaksiran Pusat (PP)
Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
Kepentingannya dalam Pendidikan Masa Kini
Penilaian Yang Lebih Adil dan Holistik
Merangkumi pentaksiran akademik dan bukan akademik oleh itu dapat menilai murid dari semua segi
Membantu dalam Penilaian Perkembangan Sahsiah dan Jati Diri
Selain akademik, PBS juga menilai aspek sahsiah, disiplin, dan kemahiran sosial murid.
Ini membantu melahirkan murid yang lebih bertanggungjawab dan berakhlak mulia.
Membantu Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Dengan maklumat penilaian yang lebih terperinci, guru boleh menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan murid.
Memudahkan guru mengenal pasti tahap penguasaan murid dan menyediakan intervensi yang sesuai.
Meningkatkan pemahaman dan penguasaan ilmu
PBS membolehkan guru menilai kemajuan murid secara berterusan dan mengenal pasti kelemahan mereka untuk penambahbaikan segera.
Menggalakkan Pembelajaran Bermakna dan Berpusatkan Murid
PBS menekankan pembelajaran yang lebih fleksibel, interaktif, dan menyeronokkan.
Murid lebih bermotivasi untuk belajar kerana mereka tidak hanya menghafal untuk peperiksaan tetapi benar-benar memahami konsep yang diajar.
Membangunkan Kemahiran Abad ke-21
PBS memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kreativiti, dan komunikasi.
Murid belajar bekerja secara berkumpulan, berdikari, dan lebih yakin dalam menyampaikan idea.
Mengurangkan Tekanan Peperiksaan
Murid tidak hanya dinilai melalui peperiksaan semata-mata tetapi juga berdasarkan prestasi mereka dalam pelbagai aktiviti sepanjang tahun.