Strategi:
✅ Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based Learning - PBL): Murid menghasilkan reka bentuk grafik atau ilustrasi digital / Projek seni digital seperti komik, mural maya, atau poster kesedaran sosial.
✅ Gamifikasi dalam Pembelajaran Seni: Kuiz interaktif mengenai sejarah seni, teori warna, dan teknik lukisan (Kahoot! & Quizizz) / (Minecraft) Murid boleh membina seni bina digital berdasarkan konsep seni visual.
✅Pembelajaran Kolaboratif Digital: Menggunakan Google Jamboard, Padlet, atau Miro untuk murid berkongsi idea dan membuat mind map seni / Projek seni berkumpulan secara dalam talian melalui Google Slides atau Canva.
✅ Eksplorasi Galeri dan Muzium Maya: Google Arts & Culture membolehkan murid meneroka galeri seni secara maya dan memahami karya seni dari pelbagai era dan budaya.