Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Taksonomi Bloom - Coggle Diagram
Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom Original Domain
Tahap Pertama
Tahap Pengetahuan
Mengingat fakta, istilah, dan konsep asas.
Tahap Kedua
Tahap Pemahaman
Menjelaskan idea dan menafsir maklumat.
Tahap Ketiga
Tahap Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi baharu
Tahap Keempat
Tahap Analisis
Memecahkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami struktur
Tahap Kelima
Tahap Sintesis
Menggabungkan elemen untuk membentuk sesuatu yang baharu
Tahap Keenam
Tahap Penilaian
Membuat keputusan berdasarkan kriteria tertentu
Taksonomi Bloom Domain Terkini
Tahap Pertama
Mengingat
Mengingat dan mengenali maklumat.
Tahap Kedua
Memahami
Mentafsir, menjelaskan, dan merumuskan maklumat.
Tahap Ketiga
Menggunakan
Menggunakan konsep dalam situasi sebenar.
Tahap Keempat
Menganalisis
Mengenal pasti pola, struktur, dan hubungan antara maklumat.
Tahap Kelima
Menilai
Membuat keputusan berdasarkan bukti dan kriteria.
Tahap Keenam
Mencipta
Menghasilkan sesuatu yang baharu dengan menggabungkan idea dan konsep.
Perubahan Utama
Penggunaan kata kerja untuk mencerminkan tindakan pembelajaran.
"Sintesis" digantikan dengan "Mencipta" dan dipindahkan ke tahap tertinggi.
Fokus lebih kepada kemahiran pemikiran aras tinggi (HOTS).
Kesan Perubahan Terhadap Pengajaran Guru
Pendekatan Pengajaran yang Lebih Dinamik
Guru kini lebih menekankan aktiviti yang melibatkan pemikiran aras tinggi, seperti mencipta dan menilai, berbanding hanya menghafal maklumat.
Pengajaran lebih interaktif kerana murid digalakkan untuk meneroka dan mencipta.
Penilaian yang Lebih Berorientasikan Kemahiran Berfikir
Soalan dan tugasan lebih tertumpu pada analisis, sintesis, dan penciptaan, bukan sekadar mengingat dan memahami.
Guru merancang soalan yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal dan kreatif.
Penggunaan Strategi Pengajaran yang Lebih Pelbagai
Guru perlu menggabungkan pelbagai strategi seperti pembelajaran berasaskan masalah (PBL), pembelajaran koperatif, dan pembelajaran berbentuk projek untuk menyokong perkembangan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS).