Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP BAHASA MELAYU TINGKATAN 1: KERJAYA, DUNIA 3D - Coggle Diagram
DSKP BAHASA MELAYU TINGKATAN 1: KERJAYA
AHLI KUMPULAN
RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOKTAR (P157636)
MUHAMMAD LUQMAN HANNAN BIN MAD LAZIM (P156280)
NUR AFIQAH BINTI CHE JAAPA(P157379)
NUR ALIAH ARINAH BINTI MOHD IDHAM (P156296)
PERISIAN
ANIMASI 3 EPISOD
Brainstorming
Chatgpt
Coggle
Google
PEMBINAAN VISUAL
KARAKTER
spatial.io
ready player
MODEL 3D
sketchfab
meshy
spatial.io
mixamo
SUNTINGAN VIDEO
capcut
LATAR TEMPAT
Sekolah Menengah Kebangsaan Rambutan Botak– Sebuah sekolah menengah di pinggir bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, makmal sains, pusat kesihatan dan juga padang sukan. Ini adalah tempat di mana Dina menghadapi dilema setelah ibunya meninggal dan memikirkan nasib masa depannya
Kampung Sentosa – Merupakan sebuah kampung yang tenang dan aman, merupakan tempat di mana Dina tinggal bersama datuknya dan juga tempat pertanian datuknya diusahakan sehingga berjaya
Studio TV – Tempat di mana Atok Rashid ditemu ramah oleh wartawan terkenal setelah memenangi inovasi pertanian, simbol kejayaan dan hasil kerja keras dalam bidang pertanian moden dan juga tempat yang memberi inspirasi kepada Dina tentang dunia kewartawanan
Hospital – Sebuah hospital di pusat bandar, merupakan tempat ayah Dina sibuk bekerja dan tempat di mana Dina meragui keputusan ayahnya untuk menghantarnya ke kampung untuk tinggal bersama datuknya
Ladang Atok Rashid - Merupakan ladang subur milik Atok Rashid yang mempunyai pelbagai tanaman dan haiwan ternakan, tempat di mana Dina mula belajar tetntang kerja keras, ketabahan, dan juga pertanian moden
WATAK & KARAKTER
Dina – Seorang pelajar yang baru sahaja kehilangan ibu, dibesarkan oleh ayahnya tetapi dihantar pulang untuk tinggal bersama datuknya di kampung disebabkan ayahnya sibuk bekerja dan dia tidak tahu hala tuju masa depannya
Cikgu Saliha– Guru Kelas Dina yang membantu Dina dalam proses mengenali dirinya sendiri. Seorang yang penyabar, bijaksana, dan memahami dilema pelajar dalam menentukan masa depan mereka.
Pengacara TV Farina – Wartawan terkenal yang menemu-ramah dan temubual khas bersama datuk Dina tentang keyaannya sebagai seorang petani
Atok Rashid - Datuk kepada Dina, bekerja sebagai sorang petani yang berjaya di sebuah kampung
Dr Raden - Ayah kepada Dina bekerja sebagai seorang doktor di sebuah bandar yang besar dan baru kehilangan seorang isteri
JALAN CERITA
EPISOD 1
Dina, seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja kehilangan ibunya, termenung di kelas memikirkan perbualan bersama ayahnya. Ayahnya yang merupakan seorang doktor pakar yang hebat dan sibuk di hoispital pusat bandar, dan terpaksa buat keputusan sukar untuk menghantar Dina ke kampung untuk tinggal bersama datuk nya. Dina berasa sedih dan keliru terhadap keputusan ayahnya dan mula mempersoalkan tindakan ayahnya kerana tidak sama seperti ayah kawan-kawan yang lain, namun ayahnya menjelaskan tugas dan komitmen seorang doktor amat besar.
Perbualan Dina dan ayahnya membuatkan Dina rasa memberontak dalam dirinya dan kelam-kabut akan masa depannya, Pikirannya yang runsing membuatkan wajah Dina muram sehingga ditegur oleh guru kelasnya. Dina kemudian bertanya kepada guru kelasnya mengenai keputusan ayahnya untuk tinggal di kampung kerana kerjaya datuknya merupakan petani yang tidak hebat pada tanggapan Dina. Dina mula merasakan tekanan untuk menentukan masa depannya, sedangkan dia sendiri tidak yakin dengan apa yang diinginkan. Dalam usaha memahami keputusan ayah nya, guru kelasnya menasihati Dina untuk tidak merendahkan apa-apa kerjaya dan mencari makna dan nilai kehidupan di kampung bersama datuknya.
EPISOD 2
Dina akhirnya tiba di Kampung Sentosa dan mula tinggal dengan atuknya, Tok Rashid. Pada awalnya, Dina merasa asing dengan kehidupan di kampung yang jauh berbeza dengan kemudahan bandar. Namun, setelah dinasihatkan oleh cikgunya, Dina bersedia untuk menemani atuk ke ladang dan melihat dengan lebih dekat kehidupan petani.
Tok Rashid menunjukkan bagaimana teknologi moden digunakan dalam pertanian, seperti penggunaan jentera canggih dan sistem automasi untuk memudahkan kerja. Dina mula terkejut dengan inovasi yang ada di ladang dan mula menghargai usaha atuknya dalam menjalankan pertanian.
Atuk Rashid kemudian memberitahu Dina berita gembira bahawa dia baru sahaja memenangi Anugerah Inovasi Pertanian Peringkat Negeri dan akan dijemput ke sebuah rancangan TV untuk berkongsi kisah hidupnya sebagai petani moden. Dina merasa teruja dan ingin menyertai atuk ke studio TV untuk merasai pengalaman itu.
EPISOD 3
Tok Rashid dijemput ke sebuah rancangan TV untuk ditemu ramah mengenai kejayaannya dalam bidang pertanian moden. Di studio, dia menceritakan perjalanan hidupnya bermula dengan menggunakan cara tradisional di ladang sehingga akhirnya memenangi anugerah dengan menggunakan teknologi seperti fertigasi dan IoT dalam sektor pertanian.
Dina sangat kagum dengan cara atuknya berkongsi kisah hidupnya di hadapan kamera, serta pengiktirafan yang diterima. Dia mula menyedari bahawa pekerjaan petani bukanlah sesuatu yang rendah, malah penuh dengan potensi dan peluang yang besar dalam era moden ini.
Selepas temu ramah, Dina mengungkapkan rasa teruja dan tidak merendahkan mana-mana kerjaya, dan dia juga bersemangat untuk mengejar cita-citanya sebagai wartawan yang hebat. Atuk memberi nasihat agar Dina terus belajar, berusaha, dan tidak takut untuk mencuba perkara baru.
STRATEGI PEMBELAJARAN
Berpusatkan pelajar (Behaviouris dan Kognitif)
Berpusatkan guru (Konstruktivisme dan Kognitif)
AKTIVITI
Memperkenalkan topik kerjaya dan kata ganda kepada pelajar.
Menayangkan video mengenai kerjaya yang telah disediakan.
Murid menonton video.
Murid mencari kata ganda dalam kumpulan menggunakan akhbar.
HASIL PEMBELAJARAN
Murid dapat menyatakan kerjaya yang mereka mahukan.
Guru dan murid dapat memberikan maklum balas terhadap kerjaya masing-masing.
Pelajar dapat mengenalpasti kumpulan kata ganda yang ada.
MODEL ADDIE
ANALYSIS
Kandungan pembelajaran berdasarkan buku teks tingkatan 1
DESIGN
Skrip, Papan Cerita, Reka Bentuk Visual
DEVELOPMENT
Menyediakan media (model 3D, muzik, rekaan)
Mengedit menggunakan perisian
IMPLEMENTATION
Tayangan video pendek di dalam bilik darjah
EVALUATION
Murid diberi tugasan berkumpulan dan refleksi individu untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Memupuk minat dan impian dalam kerjaya.
Memberikan pendapat, mencari maklumat, menulis ringkasan dan mengesan kata ganda.
TEORI PEMBELAJARAN
Konstruktivisme (Murid melakukan aktiviti mencari kata ganda dengan bimbingan guru)
Behaviouris (Guru menyediakan hadiah atau tambahan markah kepada murid sebagai motivasi selepas menyelesaikan aktiviti dengan baik.)
Kognitif (Tayangan Video dan Aktiviti.)
DUNIA 3D
sketchfab
spatial.io