Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teknik Penghasilan Alat Perhiasan Diri (Oramen) - Coggle Diagram
Teknik Penghasilan Alat Perhiasan Diri (Oramen)
Teknik Tuangan (Casting):
menggunakan acuan untuk membentuk perhiasan daripada logam cair seperti emas, perak, dan gangsa. Logam cair dituangkan ke dalam acuan yang direka khas, kemudian dibiarkan sejuk dan mengeras sebelum dilakukan proses kemasan.
https://www.youtube.com/watch?v=NphSuYpxU7A&pp=ygUVdGVrbmlrIHR1YW5nYW4gbG9nYW0g
Kaum India:
Perhiasan emas yang kompleks seperti gelang dan rantai emas yang sering dihiasi dengan batu permata menggunakan teknik ini.
Kaum Cina:
Penghasilan loket dan cincin dengan ukiran naga atau simbol bertuah seperti "福" (fu, bermaksud keberuntungan).
Kaum Melayu:
Penghasilan pending dan dokoh dalam perhiasan tradisional seperti hiasan pada tali pinggang atau rantai leher yang digunakan dalam busana Melayu tradisional.
Teknik Pahat dan Ukir (Engraving & Carving)
melibatkan ukiran atau pahatan langsung pada bahan seperti kayu, tulang, batu, atau logam. Ia memerlukan ketelitian yang tinggi untuk menghasilkan motif yang rumit dan berseni.
https://www.youtube.com/watch?v=PF0fFgGF4NI&pp=ygUVbWVuZ3VraXIga2FsdW5nIGdpb2sg
Kaum Iban & Dayak (Sarawak & Kalimantan):
Pembuatan perhiasan manik yang disertai dengan ukiran pada tulang atau tanduk kerbau sebagai simbol status sosial.
https://youtu.be/yPgs_JNsUos
Kaum Orang Asli (Mah Meri & Temiar):
Ukiran kayu pada gelang atau loket yang sering dikaitkan dengan kepercayaan animisme.
https://www.youtube.com/watch?v=39uilz2VBss&pp=ygUWdWtpcmFuIGxva2V0IG1haCBtZXJpIA%3D%3D
Kaum Cina:
Penghasilan perhiasan daripada batu giok (jade) yang diukir halus menjadi loket, cincin, atau gelang.
https://www.youtube.com/watch?v=t3dStZJdoEw&pp=ygULY2FydmVkIGphZGU%3D
Teknik Tenunan Manik (Bead Weaving)
menggunakan manik-manik kecil yang dirangkai dan dijalin untuk membentuk perhiasan seperti kalung, gelang, atau mahkota.
Kaum India:
Kalung manik atau ‘mangalsutra’ yang diberikan kepada wanita selepas perkahwinan sebagai lambang perkahwinan suci.
https://www.youtube.com/watch?v=ml8re5zWA1I&pp=ygURbWFuaWsgbWFuZ2Fsc3V0cmE%3D
Kaum Kadazan-Dusun (Sabah): Pembuatan ‘simbong’ iaitu rantai leher berasaskan manik berwarna-warni yang dipakai semasa perayaan Kaamatan.
Kaum Iban (Sarawak):
Penghasilan ‘marik empang’, sejenis hiasan dada atau bahu yang diperbuat daripada manik kecil berwarna-warni. ‘Marik empang’ sering dipakai oleh wanita Iban dalam tarian tradisional seperti ngajat dan melambangkan status serta keindahan budaya kaum Iban.
https://www.youtube.com/watch?v=fYa6saNRHcM&pp=ygUcdGVrbmlrIG1lbnVuYW4gbWFyaWsgZW1wYW5nIA%3D%3D
Teknik Kerawang (Fine Filigree)
teknik membentuk perhiasan dengan wayar logam halus yang disusun dan dipintal menjadi reka bentuk yang rumit.
Kaum Melayu:
Pembuatan kerongsang dan subang emas dengan motif flora yang digunakan dalam busana pengantin.
Kaum Cina:
Penghasilan perhiasan perak berbentuk burung phoenix atau bunga peony, sering digunakan dalam perhiasan pengantin.
Link Title
Teknik Anyaman
melibatkan penggunaan serat semula jadi yang dianyam atau dijalin untuk menghasilkan perhiasan yang tahan lama dan fleksibel.
Kaum Iban & Bidayuh
Gelang tangan atau tali pinggang yang dianyam menggunakan manik kecil berwarna-warni.
Kaum Orang Asli (Mah Meri, Temuan)
Gelang dan rantai diperbuat daripada rotan halus yang dijalin dengan motif alam semula jadi.
Teknik Sulaman
Teknik menghias kain atau bahan lain dengan menggunakan benang, manik, atau logam halus yang dijahit untuk membentuk corak atau motif.
Kaum Melayu:
Tengkolok / Destar (Melayu) → Bahagian tepi tengkolok dirajut dengan sulaman benang emas atau perak..
Teknik Tampalan:
digunakan untuk menambahkan elemen hiasan seperti manik, batu permata, kepingan logam, atau kulit pada perhiasan utama.
Kaum Melayu:
Dokoh → Perhiasan dada yang diperbuat daripada kepingan emas atau perak dengan batu permata atau filigree yang ditampal di permukaannya
Kaum CIna:
Mahkota Perkahwinan (凤冠, Fengguan) → Mahkota pengantin tradisional Cina sering ditampal dengan batu jed, mutiara, dan corak burung phoenix daripada logam.