Episod 3: Dalam kelas,cikgu Hanan sedang mengajar bab piramid makanan. Cikgu Hanan menerangkan bahawa piramid makanan terdiri daripada & kelas utama iaitu karbohidrat, protein,lemak vitamin,mineral,pelawas dan air. Cikgu hanan juga menjelaskan bagaimana setiap kelas makanan ini bekerja mengikut keperluan badan setiap manusia. Akhir kelas, cikgu hanan bertanya kepada kelas beberapa soalan, dan Iman boleh menjawab semua soalan itu. Semua rakan di dalam kelas kagum terhadap iman. Tiba-tiba iman ternampak prof makanan di luar kelas sedang membuat simbol tangan terbaik kepada iman.