Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SEJARAH TINGKATAN 4 (BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT) -…
SEJARAH TINGKATAN 4 (BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT)
TEORI PEMBELAJARAN
1. Teori Konstruktivisme
Contoh:
Pelajar diberikan sumber sejarah seperti dokumen, gambar, dan artifak untuk dianalisis sebelum mereka membentuk pemahaman sendiri tentang sesuatu peristiwa sejarah.
2. Teori Pembelajaran Sosial
Contoh:
Menerusi tayangan slide, gambar, video atau apa-apa peranti media yang berkaitan dengan peristiwa sejarah.
3. Teori Humanisme
Contoh:
Pelajar diminta menulis/membincangkan refleksi tentang perjuangan dan bagaimana nilai-nilai perjuangan itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
4. Teori Pembelajaran Pengalaman (Experiental Learning - Kolb)
Contoh:
Mengaitkan zaman ketika ancaman komunis dengan keadaan negara Malaysia yang aman ketika ini.
OBJEKTIF
3) Menyenaraikan usaha-usaha yang dilakukan untuk membanteras komunis
4) Menyatakan kesan darurat terhadap negara
2) Menyenaraikan ancaman komunis di negara kita
1) Memahami kronologi dan latar belakang pengaruh komunis di negara kita
HASIL PEMBELAJARAN
.
Kestabilan dan kemakmuran negara merupakan hasil perjuangan masyarakat terdahulu yang harus dipertahankan demi kelangsungan generasi akan datang.
Semangat juang dan perjuangan mereka yang berjuang demi kestabilan dan kemakmuran negara hendaklah dicontohi dan dihargai
Kestabilan & kemakmuran negara yang kita kecapi pada hari ini perlu dikekalkan
Pelajar memahami ancaman komunis yang berlaku di Tanah Melayu bukan sahaja dari segi fizikal malahan dari sudut ideologi dan kesan pengisytiharan darurat.
AKTIVITI
Pelajar memilih subtopik yang mereka hendak bentangkan di dalam kelas.
Membuat kuiz tentang ancaman komunis dan pengisytiharan darurat kepada pelajar
Memberi lembaran kerja kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman pelajar tentang topik ancaman komunis dan pengistiharan darurat.
AHLI KUMPULAN
Muhammad Akmal Taqiuddin bin Azman
(P155350)
Mohd Hanif bin Juniddin
(P156476)
Raden Umar Farouq bin Raden Mohd Ngisomuddin
(P158021)
Nurul Ezzatty binti Ab Rahman
(P155842)
STRATEGI PEMBELAJARAN
1. Pembelajaran Berasaskan Teknologi
Contoh: Memaparkan video dalam bentuk realti atau animasi untuk tontonan pelajar agar mereka dapat melihat kesan kemusnahan yang dilakukan oleh komunis.
2. Penceritaan Sejarah (
Story-telling Method
)
Contoh: Guru menerangkan setiap kronologi peristiwa yang berlaku dan keadaan masyarakat ketika itu yang berada dalam keadaan tidak tenteram.
3. Pembelajaran Kontekstual
Contoh: Mengaitkan keadaan Malaysia yang aman ketika ini berbanding ketika zaman ancaman komunis dahulu.
4. Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Contoh: Selepas menonton tayangan video, Guru akan bertanyakan soalan kepada pelajar tentang apa yang mereka dapat pelajari daripada tayangan video tersebut.
JALAN CERITA (SINOPSIS)
EPISOD 2
- Sebaik sahaja mereka bertemu semula, Hanif menceritakan tentang sebuah bilik misteri yang ditemuinya. Didorong oleh rasa ingin tahu, mereka nekad memasuki bilik tersebut, meskipun papan tanda "DILARANG MASUK" jelas tergantung di hadapannya.
Di dalamnya, mereka mendapati dinding bilik tersebut dipenuhi jam dari pelbagai saiz, termasuk sebuah jam besar antik yang berdiri di sudut. Bersebelahan jam itu, terdapat ukiran kata-kata misteri berupa pantun.
Sebaik sahaja membaca tulisan itu, tiba-tiba, cahaya putih menyelubungi mereka, dan dalam sekelip mata, dunia di sekeliling berubah. Apabila sedar, mereka mendapati diri mereka berada di sebuah perkampungan asing. Dalam keadaan kampung yang huru-hara dan terbakar itu, mereka menemui 2 orang adik beradik, iaitu Raden & Zatty yang dalam perjalanan menuju ke tempat yang lebih selamat. Raden & Zatty pun menceritakan keadaan yang menimpa Tanah Melayu pada ketika itu.
Kemudian mereka semua mengambil keputusan untuk berehat. Selang beberapa minit selepas itu, Haniff meninggalkan dewan untuk ke tandas. Ketika berada di luar, kedengaran perbualan dua orang lelaki misteri di belakang bangunan. Dalam perbualan itu, kedua-dua nya menyatakan hasrat mereka untuk menyokong perjuangan komunis. Haniff terkejut apabila salah seorang daripada lelaki itu adalah orang yang dikenalinya.
EPISOD 3
- Berlaku konflik antara kedua adik beradik Raden dan Zatty. Raden meninggalkan dewan dengan perasaan marah. Semasa ketiadaan Raden, dewan tersebut telah diserang dan beberapa orang penduduk telah ditangkap oleh komunis - termasuklah Hanif, Akmal dan Zatty. Raden berbelah bahagi antara memilih rakan & keluarga ataupun mahu menyertai komunis. Akhirnya Raden menyedari perjuangan yang dibawa komunis bertentangan dengan masyarakat melayu. Apabila Rejimen Askar Melayu menawan kawasan tersebut, Raden mengambil kesempatan itu untuk menyelamatkan rakan-rakan dan adiknya. Setelah terselamat, mereka berteduh di sebuah rumah usang sebelum berpisah. Di rumah usang tersebut, sekali lagi Akmal & Hanif menjumpai jam bersama kata-kata misteri. Sebaik sahaja membaca, mereka terus kembali ke zaman moden.
Setelah selesai lawatan dan kembali ke sekolah, mereka terpandang bendera Malaysia berkibar megah. Dengan penuh rasa hormat dan kesedaran baru tentang sejarah negara, Akmal dan Hanif melihat bendera berkibar megah tanda penghargaan terhadap perjuangan terdahulu. Mereka membawa bersama pengalaman berharga yang mengubah perspektif mereka terhadap sejarah.
EPISOD 1
- Semua pelajar SMK Seri Perdana menyanyikan lagu "Negaraku" semasa perhimpunan pagi. Selepas perhimpunan tamat, guru bertugas membuat pengumuman. Pelajar Tingkatan 4 yang terlibat dengan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara diminta berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah. Sementara menunggu bas tiba, Haniff dan Akmal berbual-bual di kawasan berkumpul. Setibanya di Muzium Negara, para pelajar memulakan lawatan. Haniff bertanyakan Akmal tentang gambar-gambar yang dipamerkan. Namun tidak lama kemudian, Haniff kelihatan bosan dan memberi alasan untuk ke tandas. Selepas hampir 20 minit, Haniff masih belum kembali. Akmal mula berasa curiga lalu memutuskan untuk mencarinya di sekitar muzium.
.
WATAK-WATAK
WATAK 1 - HANIFF
- Merupakan watak yang hidup di zaman moden 2025. Pelajar Sekolah Menengah Seri Perdana, 16 tahun. Tidak minat Sejarah, menganggapnya membosankan. Cenderung untuk tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, menunjukkan kurangnya minat dan perhatian terhadap aktiviti berkaitan sejarah. Pandangannya berubah selepas merentas masa ke zaman komunis. :
WATAK 2 - AKMAL
- Merupakan watak yang hidup di zaman moden 2025. Rakan sekelas Hanif, 16 tahun. Seorang yang patuh dan mengambil berat tentang pelajaran. Ikut serta dalam lawatan ke muzium, terheret bersama Hanif ke zaman silam.
WATAK 3 - RADEN
– Merupakan watak yang hidup di zaman silam pada tahun 1948. Anak yatim piatu, 17 tahun. Membenci Jepun kerana ibu bapanya dibunuh. Terdorong untuk menyertai komunis kerana mereka (komunis) adalah antara kumpulan yang bersama membantu menghalau Jepun di Tanah Melayu pada suatu ketika. Namun, mula sedar kejahatan komunis apabila adik dan rakan-rakannya ditahan mereka.
WATAK 4 - ZATTY
– Merupakan watak yang hidup di zaman silam pada tahun 1948. Zatty adalah adik kepada Raden, berumur 14 tahun. Bersama-sama abangnya, Haniff dan Akmal berlindung di Dewan Orang Ramai untuk melindungi diri daripada ancaman komunis. Tidak bersetuju dengan ideologi abangnya yang mahu menyertai komunis. Tercetus konflik antara Zatty dan Raden apabila Raden berkeras dengan pendiriannya untuk menyokong perjuangan Bintang Tiga. Tertangkap ketika cuba melarikan diri.
PERISIAN
Spatial.io - Platform Realiti Maya (VR) dan Realiti Tambahan (AR)yang digunakan untuk mencipta ruang kolaboratif dalam metaverse. Ia membolehkan pengguna bertemu, berinteraksi, dan bekerja dalam persekitaran 3D yang imersif.
Mixamo - Platform yang digunakan untuk animasi 3D
automatik.
Meshy AI - Perisian yang digunakan untuk menghasilkan dan mengoptimumkan model 3D. Ia biasanya digunakan dalam bidang pemodelan 3D, animasi, permainan video, dan realiti maya (VR).
Suno - Perisian berasaskan AI yang digunakan untuk menghasilkan muzik secara automatik. Ia membolehkan pengguna mencipta lagu dengan lirik, melodi, dan irama hanya dengan memberikan arahan teks.
Capcut - Perisian penyuntingan video yang mudah digunakan, direka khas untuk mencipta video kreatif di telefon pintar atau komputer. CapCut membolehkan pengguna menyunting video dengan pelbagai ciri menarik seperti pemotongan klip, penambahan teks, muzik latar, kesan khas, transisi, dan penapis visual