Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DPP Kohort 6 (L14) Kumpulan 9 KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (BIDANG…
DPP Kohort 6 (L14) Kumpulan 9
KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
(BIDANG AKHLAK)
AHLI KUMPULAN
Nur Dalia Husna Binti Ahmad Japridin (P157427)
Azzra Marinie Binti Abdul Rahman (P155133)
Aina Najwa Binti Asri (P156948)
Muhamad Afifi Bin Zakaria (P157185)
Nur Farra Farissha Binti Abdul Azim (P157962)
HASIL PEMBELAJARAN
Murid dapat memahami adab dan tata cara menziarahi orang yang sakit dan kurang upaya dengan penuh hormat dan ikhlas
Murid dapat mengamalkan adab yang baik seperti memberi doa dan kata-kata semangat kepada orang yang sakit atau kurang upaya.
Murid dapat mengenal pasti waktu yang sesuai untuk menziarahi orang sakit dan menjaga keselesaan mereka semasa kunjungan.
Murid dapat menunjukkan rasa empati dan keprihatinan terhadap orang yang kurang upaya dengan memberikan bantuan yang diperlukan.
Murid dapat menghormati privasi orang sakit serta menjaga kebersihan dan adab ketika berada di tempat mereka.
KANDUNGAN DI GENIALLY
PAGE 1
TAJUK : ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT
DAN ORANG KURANG UPAYA
KSSM PENDIDKAN ISLAM TINGKATAN 4
(KUMPULAN 9 SET 14)
PAGE 7
ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT
DALIL NAQLI
Abu Musa Al-Asy'ari RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
عُودُوا الْمَرِيضَ، وَأَطْعِمُوا الجَائِعَ، وَفَكُّوا العَانِيَ
Maksud: Ziarahilah orang yang sakit, berikan makanan kepada orang yang lapar dan bebaskanlah tawanan. (Riwayat Al-Bukhari)
DOA KETIKA MENZIARAHI ORANG SAKIT
سْأَلُ الله الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
Maksud: Aku memohon kepada Allah yang memiliki aras yang tinggi semoga kamu diberi kesembuhan dan kesihatan hanya Allah yang menyembuhkan dari penyakit itu.
Animasi seorang kanak-kanak membaca doa.
PENERANGAN
Orang yang sakit ialah mereka yang berasa tidak sihat tubuh badan atau bahagian-bahagiannya atas sesuatu sebab.
Terdapat beberapa jenis-jenis penyakit iaitu penyakit kronik dan penyakit bukan kronik. Contoh penyakit bukan kronik adalah pening, demam, selesema, batuk dan sebagainya. Manakala contoh penyakit kronik adalah kanser, serangan jantung, penyakit HIV dan Aids.
PAGE 8
PENERANGAN ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT
EMOSI
IBADAH
FIZIKAL
HIKMAH
VIDEO DARI YOUTUBE
PAGE 10
PENERANGAN TENTANG ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
EMOSI
MEMBERIKAN LAYANAN DENGAN PENUH KASIH SAYANG TERHADAP MEREKA
TIDAK MENGEJEK DAN MENGHINA MEREKA
IBADAH
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KEPADA MEREKA UNTUK MELAKUKAN IBADAH DENGAN SELESA
MEMBANTU MEREKA DENGAN MEMBERIKAN TUNJUK AJAR MENGENAI URUSAN IBADAH
FIZIKAL
MEMASTIKAN KEMUDAHAN ASAS YANG DISEDIAKAN UNTUK MEREKA TIDAK DISALAHGUNAKAN
MENYEDIAKAN RUANG DAN MEMBERIKAN PELUANG KEPADA MEREKA SESUAI DENGAN KEPERLUAN MEREKA
HIKMAH
Menimbulkan rasa dihargai dalam diri orang kurang upaya kerana mendapat perhatian dan keistimewaan.
Melahirkan rasa syukur kerana diberikan fizikal dan mental yang sempurna.
Memudahkan orang kurang upaya melakukan urusan harian.
VIDEO ANIMASI ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
PAGE 12
KUIZ
Tajuk Kuiz: Ziarah dengan Adab
Soalan Kuiz : Soalan MCQ, betul atau salah
Penilaian Formatif
PAGE 13
REFLEKSI
Merumuskan hikmah/pengajaran yang boleh murid ambil dalam pembelajaran ini
Animasi guru menerangkan kesimpulan pembelajaran
PAGE 2
ANIMASI SITUASI MENGAJAK RAKAN MELAWAT PESAKIT
PAGE 9
ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
MAKSUD ORANG KURANG UPAYA
Seseorang yang tidak mempunya keupayaan untuk melibatkan diri secara efektif dari segi fizikal, mental, intelektual dan pancaindera
DALIL NAQLI
Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ امْرَأَةً كَانَتْ فِي عَقْلِهَا شَيْءٌ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي إِلَيْكَ حَاجَةً فَقَالَ يَا أُمَّ فُلَانٍ انْظُرِي أَيِّ السِّكَكِ شِئْتِ حَتَّى أَقْضِيَ لَكِ حَاجَتَكِ فَخَلَا مَعَهَا فِي بَعْضِ الطَّرُقِ حَتَّى فَرَغَتْ مِنْ حَاجَتِهَا.
Maksud: Seorang wanita yang mempunyai kekurangan pada akalnya berkata: "Wahai Rasulullah SAW, saya memerlukan pertolongan dalam sesuatu urusan". Rasulullah SAW bersabda: " Wahai ibu, bagaimana caranya untuk aku membantumu". Lalu Rasulullah SAW meluangkan masanya sehingga wanita itu dapat menyelesaikan urusannya. (Riwayat Muslim)
PAGE 11
ROLE PLAY
Mengagihkan murid-murid kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan simulasi
Tajuk simulasi: Ziarah Sahabat di Wad.
Objektif: mempraktikkan adab dan nilai murni semasa menziarahi rakan yang sedang sakit dan mengalami kecederaan fizikal.
Situasi: Seorang pelajar mengalami kemalangan dan kini dirawat di hospital. Tiga rakan sekolahnya datang menziarahi rakan tersebut untuk memberi semangat dan menunjukkan keprihatinan mereka.
Murid diminta untuk membuat simulasi adab-adab apabila berlaku situasi tersebut.
PAGE 5
ANIMASI GURU DI DALAM KELAS
PAGE 3
ANIMASI SITUASI RAKAN MENASIHATI AGAR MENJAGA ADAB KETIKA MENZIARAHI PESAKIT
PAGE 4
ANIMASI GURU DI DALAM KELAS
PAGE 6
ISI KANDUNGAN
ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT
PENERANGAN , DALIL NAQLI, DOA (PAGE 7)
Hikmah Menziarahi Orang Sakit
Adab Ketika Menziarahi Orang Sakit
Video Animasi Berkaitan Adab Menziarahi Orang Sakit
ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
PENERANGAN, DALIL NAQLI (PAGE 9)
Hikmah Terhadap Orang Kurang Upaya
Adab Terhadap Orang Kurang Upaya
Video Animasi Berkaitan Adab Terhadap Orang Kurang Upaya
KUIZ (PAGE 12)
AKTIVITI 'ROLE PLAY' (PAGE 11)
REKA BENTUK PENGAJARAN (ADDIE)
ANALYSIS
Murid kekurangan pengetahuan tentang cara berinteraksi secara sensitif atau kurangnya kesedaran terhadap perasaan orang sakit atau kurang upaya.
Menganalisis pemahaman murid terhadap konsep melawat orang sakit dan orang kurang upaya
Menganalisis tahap pemahaman murid - menjalankan soal jawab awal berdasarkan ujian dan pengalaman lepas murid ketika melawat orang sakit serta orang kurang upaya
DESIGN (REKA BENTUK)
Merancang kaedah pengajaran yang
menarik - menyediakan bahan pengajaran video animasi
Melakukan aktiviti - Role Play untuk meningkatkan penglibatan murid
Game Based Learning - Kuiz digital di platform Genially bagi menguji kefahaman murid
Membina struktur pembelajaran –
Menyusun topik secara berperingkat
Adab Ketika Menziarahi Orang Sakit &
Adab Terhadap Orang Kurang Upaya
Pengenalan: Dalil Naqli &
Doa Ketika Menziarahi Orang Sakit
Hikmah beradab kepada orang sakit &
orang kurang upaya
Menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) –
Video, kad situasi/skrip pendek, aplikasi kuiz di platform Genially dan sebagainya
DEVELOPMENT (PEMBANGUNAN)
Guru menyediakan bahan bantu mengajar seperti slide, video, poster dan lain-lain lagi.
Guru merancang beberapa aktiviti yang bersesuaian untuk menarik minat pelajar.
guru menyediakan peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang seperti slide dari genially, video dari youtube, dan video animasi dari powtoon
Guru menyediakan rubrik bagi soalan yang disediakan untuk menguji tahap pemahaman pelajar.
IMPLEMENTATION (PELAKSANAAN)
Role-play : Guru memberi topik kepada murid untuk simulasi pratikal.
Contoh - Ahmad sedang beratur untuk membuat pembayaran di sebuah pasaraya kemudian datang seorang lelaki yang dilihat seperti OKU membawa barang yang banyak beratur di belakang lelaki tersebut untuk membuat pembayaran.
Murid diminta untuk membuat simulasi adab-adab apabila berlaku situasi tersebut.
Guru menayangkan video tentang adab-adab menziarahi orang sakit dan OKU.
Kajian kes : Murid diberi satu situasi untuk pergi melawat orang sakit dimana murid diminta untuk membincangkan adab-adab semasa melawat orang sakit. Contohnya melawat pesakit di rumah atau hospital.
EVALUATION (PENILAIAN)
Guru menilai tahap kefahaman murid melalui skor yang terkumpul di dalam kuiz
Mengadakan sesi soal jawab di penghujung sesi atau kelas untuk memberikan peluang kepada murid bertanya tentang perkara yang mereka tidak faham
Guru memberikan maklum balas secara langsung terhadap pelaksanaan murid dalam aktiviti berkumpulan dan role-play di mana murid mengambil peranan sebagai orang yang menziarahi dan yang diziarahi.
TOPIK 24 : ADAB KETIKA MENZIARAHI ORANG SAKIT & KURANG UPAYA
: