Di sekeliling kita, terdapat haiwan yang hidup di darat, di air dan terdapat juga haiwan yang boleh hidup di darat serta di air. Haiwan perlu bernafas untuk terus hidup. Namun, cara haiwan bernafas berbeza bergantung kepada jenis haiwan dan habitatnya. Secara umumnya, terdapat empat jenis organ pernafasan haiwan iaitu peparu, insang, kulit lembab dan spirakel.
-