Selepas waktu rehat, di dalam waktu pembelajaran matematik Cikgu Laila mengulang secara ringkas pembelajaran terdahulu berkenaan masa dan waktu dan mengajar cara menyelesaikan ayat matematik tambah dan tolak masa melibatkan pecahan dan perpuluhan. Cikgu turut menjelaskan bahawa kaedah ini terpakai untuk pelbagai jenis masa dan waktu seperti jam, minit, hari, tahun, bulan, dekad dan abad. Nini teruja dan bersemangat untuk belajar tajuk ini disebabkan dia mengingati kisah biskut kegemarannya serta ilmu hari daripada ayahnya. Di samping itu, Cikgu Laila turut memberi kuiz pemdek berbentuk contoh dan situasi bagi membuatkan Nini dan rakannya lebih memahami dengan jelas topik ini.