Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
METODOLOGI PENGUMPULAN DATA DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF - Coggle Diagram
METODOLOGI PENGUMPULAN DATA
DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF
Pengumpulan Data Kualitatif :pen:
Hasil pemerhatian
Huraian terperinci tentang situasi, kejadian, interaksi, dan tingkah
laku yang diamati di lapangan.
Hasil pembicaraan
Kutipan langsung dari pernyataan orang tentang pengalaman, sikap, keyakinan, dan pemikiran mereka dalam kesempatan temu bual mendalam
Bahan tertulis
Petikan atau keseluruhan dokumen, surat-menyurat, rakaman, dan kes sejarah.
Pengenalan
:smiley:
Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri yang berbeza dengan penyelidikan kuantitatif.
Prinsip Pemilihan Kaedah
:<3:
Kecukupan maklumat
Kecekapan (masa & kos)
Pertimbangan etika
Teknik Pengumpulan Data
:pencil2:
Temu bual
Temu Bual Mendalam
Definisi: Kaedah ini menggunakan penemuramah yang menjalankan temu bual yabg terperinci berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Apa yang disebutkan oleh responden merupakan data penting kajian. Tindak balas yang relevan akan dicatatkan kata demi kata.
Kepentingan:
(1) Responden yang lebih kecil akan digunakan.
(2) Pengkaji boleh memberikan keterangan yang terperinci tentang sebab di sebalik jawapan responden.
(3) Ia juga mengizinkan pemerhatian yang lebih lama tentang respon yang diberikan.
Kelebihan:
(1) Aspek yang menjadi perhatian pengkajian sudah jelas dan dirumuskan dengan tepat.
(2) Orang yang menjadi subjek pengkajian tidak terjangkau kerana berkaitan dengan peristiwa lalu.
(3) Pengkaji menghadapi keterbatasan waktu, sehingga tidak mungkin melakukan pemerhatian dengan cara penglibatan penuh.
(4) Pengkajian sangat bergantung pada manusia atau responden dalam skala luas lagi besar.
(5) Pengkaji ingin menjelaskan pengalaman subjek manusia: Riwayat hidup memungkinkan pengkaji mengenal subjek pengkajian secara akrab, melihat dunia melalui mata mereka dan masuk melalui pengalaman mereka.
Kelemahan:
(1) Sebagai suatu percakapan serta temu bual pula bersifat terbuka, maka akan ada kemungkinan berlakunya pemalsuan, penipuan, berlebih-lebihan dalam keterangan, dan penyimpangan fakta. Hal ini terbukti apabila terjadi perbezaan besar antara yang dikatakan dan apa yang dilakukan responden atau dimaklumkan oleh informan.
(2) Seseorang mengatakan dan melakukan, tetapi perlakuan dan kenyataan tersebut berbeza ditambah pula jika ditemubual dalam dalam situasi yang berbeza pula, iaitu dalam bentuk pengulangan temubual. Tidak dapat dianggap bahawa apa yang dikatakan seseorang pada ketika temu bual adalah apa yang diyakini dan dikatakannya dalam situasi lain.
(3) Oleh kerana penemubual tidak mengamati secara langsung seseorang dalam kehidupan mereka sehari-hari, maka penemubual terjauh dari konteks yang penting untuk memahami banyak pandangan orang yang dikajinya.
Temu Bual Kumpulan Fokus (FGD)
Definisi:
Temu bual kumpulan fokus (FGD) ialah kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif yang melibatkan sekumpulan peserta yang mempunyai ciri tertentu untuk berbincang tentang satu topik yang dikaji. Perbincangan ini dipandu oleh seorang fasilitator yang memastikan hala tuju perbincangan berlangsung dengan baik. Kaedah ini memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi dan membandingkan pengalaman serta pandangan mereka terhadap sesuatu isu dalam suasana yang interaktif.
Kelebihan:
Mendapatkan Data Awalan (Preliminari Data)
Menjana Idea Baharu
Menjimatkan Masa dan Kos
Fleksibiliti dalam Reka Bentuk Soalan
Dapat Menilai Reaksi dan Interaksi Peserta
Kelemahan:
Dominasi oleh Peserta Tertentu
Bergantung kepada Kepakaran Fasilitator
Tekanan Sosial dalam Kumpulan
Kesukaran dalam Rakaman Data
Kehadiran Alat Rakaman Boleh Menjejaskan Kejujuran Jawapan
Cara pelaksanaan temu bual
Memulakan Sesi Temu Bual
Mewujudkan hubungan baik (rapport) dengan responden untuk menggalakkan keterbukaan.
Pertanyaan awal bersifat umum bagi mengelakkan responden berasa tertekan.
Menyesuaikan pendekatan agar responden lebih selesa berkongsi maklumat.
Ketika Situasi Temu Bual
Menggunakan pertanyaan deskriptif untuk membolehkan responden menceritakan pengalaman mereka dengan bebas.
Meminta responden menulis kisah atau riwayat hidup sebagai panduan perbincangan.
Berdasarkan catatan harian – meminta responden mencatat aktiviti harian untuk rujukan temu bual.
Menganalisis dokumen peribadi seperti diari, surat, gambar untuk merangsang perbincangan.
Menggunakan teknik mendengar aktif dengan menunjukkan minat terhadap jawapan responden.
Menggali Maklumat Lebih Jauh (Probing)
Menanyakan soalan spesifik berkaitan isu yang sedang dikaji.
Mendorong responden untuk menjelaskan pengalaman mereka dengan lebih terperinci.
Meminta penjelasan lanjut tentang kenyataan yang diberikan bagi mendapatkan pemahaman mendalam.
Semak Silangan (Triangulasi Data)
Membandingkan jawapan responden dengan maklumat daripada sumber lain.
Menemubual pihak ketiga yang mengetahui tentang isu yang dikaji.
Menganalisis dokumen berkaitan bagi menyokong dapatan temu bual.
Merekod dan Menganalisis Data
Membuat catatan harian selepas setiap sesi temu bual untuk merekod maklumat penting.
Menulis catatan fakta berdasarkan temu bual, termasuk ekspresi dan gerak tubuh responden.
Menyiapkan transkripsi temu bual untuk analisis lanjut.
Pemerhatian
Definisi: Kaedah pemerhatian dalam penyelidikan kualitatif merujuk kepada proses mengamati dan mencatat tingkah laku, interaksi, dan fenomena sosial dalam persekitaran semula jadi tanpa mempengaruhi subjek yang dikaji.
Pemerhatian Langsung (Direct Observation): Pemerhatian dilakukan secara terus tanpa melibatkan interaksi dengan subjek.Contohnya: Mengira jumlah pelajar yang hadir di dalam kelas tanpa berkomunikasi dengan mereka.
Pemerhatian Berperanan Serta (Participant Observation):Penyelidik terlibat secara langsung dengan subjek yang dikaji untuk memahami sesuatu fenomena dari perspektif mereka. Contohnya: Seorang penyelidik menyertai aktiviti masyarakat untuk mengkaji budaya dan tingkah laku mereka.
Tahap Keterlibatan Penyelidik dalam Pemerhatian
Peranan Serta Penuh (Complete Participant): Penyelidik sepenuhnya menjadi sebahagian daripada kumpulan atau situasi yang dikaji tanpa mendedahkan dirinya sebagai penyelidik.
Peranan Serta Terbatas (Participant as Observer): Penyelidik terlibat dalam aktiviti tetapi masih mengekalkan peranan sebagai pemerhati dan tidak menyembunyikan identitinya.
Tanpa Peranan Serta (Non-participant Observer): Penyelidik hanya bertindak sebagai pemerhati dan tidak menyertai sebarang aktiviti atau interaksi dalam kumpulan kajian.
Pemerhatian Tersembunyi (Covert Observation): Penyelidik tidak memberitahu subjek bahawa mereka sedang diperhatikan untuk mengelakkan perubahan tingkah laku akibat kesedaran diperhatikan.
Validiti & Batasan Kaedah Pemerhatian
Memahami Konteks Secara Mendalam: Pemerhatian membolehkan penyelidik menghayati realiti sosial yang dikaji secara langsung.
Mengesahkan Data daripada Sumber Lain: Membantu penyelidik mengesahkan maklumat yang diperoleh daripada temu bual atau dokumen melalui triangulasi data.
Mengenal Pasti Isu yang Sukar Dinyatakan Secara Lisan: Pemerhatian membolehkan penyelidik melihat tingkah laku dan ekspresi yang mungkin tidak dapat dinyatakan oleh subjek dalam temu bual.
Batasan (Kelemahan Kaedah Pemerhatian)
Bias Penyelidik (Researcher Bias): Pemerhatian boleh dipengaruhi oleh tafsiran subjektif penyelidik yang mungkin terkesan dengan pengalaman peribadi atau jangkaan awal.
Kesan Kehadiran Penyelidik (Observer Effect): Subjek mungkin mengubah tingkah laku mereka kerana menyedari sedang diperhatikan, menyebabkan data tidak menggambarkan keadaan sebenar.
Masa dan Kos yang Tinggi: Pemerhatian berperanan serta memerlukan tempoh yang lama untuk mendapatkan kepercayaan dan memahami budaya subjek kajian.
Kesukaran dalam Mencatat Data Secara Langsung: Pemerhatian memerlukan pencatatan segera dan tepat terhadap apa yang berlaku, tetapi beberapa aspek seperti emosi atau interaksi kompleks mungkin sukar ditangkap sepenuhnya.
Analisis dokumen
Definisi: Analisis dokumen ialah kaedah pengumpulan data yang melibatkan kajian terhadap dokumen bertulis, bercetak, atau berbentuk visual untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan isu atau fenomena yang dikaji.
Sumber & Contoh Dokumen
📌 Dokumen berkaitan pendidikan: Buku rancangan mengajar, Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pengajaran, Kertas peperiksaan dan ujian bulanan, Tugasan atau buku latihan murid
📌 Dokumen berkaitan organisasi: Minit mesyuarat, Rekod pencapaian atau disiplin murid, Laporan pengalaman pembelajaran pelajar
📌 Dokumen peribadi: Diari atau jurnal peribadi, Surat dan e-mel, Gambar foto dan rakaman audio/video
Teknik & Kaedah Analisis
✔ Analisis Kandungan – Mengenal pasti tema, maksud, dan pola dalam dokumen.
✔ Analisis Tematik – Mengkategorikan data berdasarkan topik utama yang dikaji.
✔ Analisis Naratif – Meneliti jalan cerita dalam dokumen untuk memahami perspektif responden.
✔ Analisis Perbandingan – Membandingkan dokumen dari sumber yang berbeza untuk mencari persamaan atau perbezaan.
Triangulasi Data
:fountain_pen:
Triangulasi Data (Menggunakan Pelbagai Sumber)
📌 Membandingkan maklumat yang diperoleh daripada: Temu bual, Pemerhatian, Dokumen bertulis, Nota lapangan
Triangulasi Pengkaji (Melibatkan Penyelidik Lain)
📌 Menggunakan lebih daripada seorang penyelidik untuk: Menganalisis data yang sama dari sudut pandangan yang berbeza, Mengurangkan bias penyelidik individu.
Triangulasi Teori (Menggunakan Pelbagai Perspektif)
📌 Menggunakan lebih daripada satu teori untuk mentafsir data bagi memastikan analisis lebih menyeluruh.
Triangulasi Teknik (Gabungan Kaedah Pengumpulan Data)
📌 Menggunakan pelbagai teknik seperti: Temu bual, Pemerhatian, Analisis dokumen
Catatan Lapangan & Diari Penyelidik
:star:
Catatan fakta (Data utama)
📌 Merekod maklumat objektif seperti: Peristiwa yang berlaku, Tingkah laku subjek kajian, Keadaan persekitaran kajian
Catatan teori (Analisis di lapangan)
📌 Penyelidik membuat refleksi terhadap pemerhatian dan temu bual.
Catatan metodologi (Refleksi penyelidik)
📌 Merekod pengalaman penyelidik dalam mengumpul data dan cabaran yang dihadapi.