Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pedagogi & Heutagogi - Coggle Diagram
Pedagogi & Heutagogi
Heutagogi
Definisi
Heutagogi adalah pendekatan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar di mana pelajar diberi lebih kebebasan untuk mengawal proses pembelajaran mereka sendiri. Dalam Heutagogi, guru bertindak sebagai fasilitator dan memberi arahan kepada pelajar untuk mengenalpasti tujuan pembelajaran, merancang proses pembelajaran, dan merekabentuk sumber yang telah sedia ada.
Berasal daripada Bahasa Yunani iaitu "heuto" membawa maksud
"diri sendiri" dan "agogos" bererti "pemimpin"
Dalam Heutagogi, guru bertindak sebagai fasilitator dan memberi arahan kepada pelajar untuk mengenalpasti tujuan pembelajaran, merancang proses pembelajaran, dan merekabentuk sumber yang telah sedia ada.
elemen:
Meneroka, menghubungkan, bekerjasama, mencipta, mencerminkan dan berkongsi: Elemen ini adalah teras kepada reka bentuk heutagogi
Keberkesanan diri: Kepercayaan terhadap kebolehan diri sendiri dan keupayaan untuk menunjukkan kemahiran tersebut dalam situasi baharu
-
Isu-Isu
Pelajar yang kurang kemahiran dalam pengurusan pembelajaran kendiri mungkin menghadapi kesukaran untuk menguruskan proses pembelajaran mereka dengan berkesan.
Menggunakan pendekatan pembelajaran berperingkat, di mana pelajar secara perlahan diperkenalkan kepada pembelajaran kendiri dengan bimbingan yang lebih banyak di peringkat awal.
Menyediakan peluang kepada pelajar untuk belajar secara kolaboratif, seperti melalui kerja kumpulan atau projek, untuk membantu mereka membina kemahiran sosial dan pembelajaran kendiri.
Perubahan peranan guru dimana Guru tidak lagi bertindak sebagai penyampai ilmu semata-mata, tetapi lebih kepada fasilitator yang membimbing pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Namun, tidak semua guru bersedia untuk mengubah pendekatan pengajaran tersebut
Menyediakan latihan profesional untuk guru
Guru perlu diberikan latihan dan pendedahan dalam mengubah peranan mereka daripada pengajar kepaa fasilitator pembelajaran
Menyediakan amalan terbaik antara guru
Guru boleh berkongsi pengalaman dan strategi terbaik dalam mengendalikan pembelajaran kendiri melalui komuniti pembelajaran profesional (PLC)
Pelajar berkemungkinan akan belajar maklumat yang salah tanpa kesedaran. Hal ini kerana pelajar akan membaca dan memahami maklumat tanpa iringan dan bimbingan daripada orang lain.
Pelajar perlu sentiasa berbincang dengan guru dan orang lain untuk memastikan ilmu yang mereka belajar adalah betul.
Kesukaran dalam penilaian dalam heutagogi juga menjadi cabaran kerana ia tidak bergantung kepada kaedah tradisional seperti peperiksaan. Kaedah penilaian yang lebih autentik, seperti portfolio, pembelajaran berasaskan projek, atau refleksi kendiri, perlu digunakan untuk menilai pencapaian pelajar dengan lebih tepat.
Mengganti ujian tradisional dengan portfolio, pembelajaran berasaskan projek, dan penilaian reflektif yang membolehkan pelajar menunjukkan pencapaian mereka dalam pembelajaran berdikari.
Menggunakan penilaian rakan sebaya atau penilaian kendiri sebagai alat untuk memberi maklum balas kepada pelajar mengenai kemajuan mereka.
Gabungan Penilaian Formatif dan Sumatif
Selain ujian atau peperiksaan, pelajar boleh dinilai melalui perbincangan dalam talian, maklum balas daripada fasilitator, dan pencapaian dalam projek berkumpulan.
Pendekatan heutagogi memerlukan akses kepada teknologi dan sumber yang dapat menyokong pembelajaran kendiri pelajar seperti komputer, internet, dan platform pembelajaran dalam talian menyebabkan pembelajaran terhad
Pelaburan dalam infrastruktur pendidikan, seperti komputer, internet berkelajuan tinggi, dan platform pembelajaran dalam talian.
Menyediakan sumber pembelajaran yang lebih mudah diakses secara fizikal dan digital, termasuk bahan pembelajaran yang mesra pengguna.
Pengunaan platform pembelajaran terbuka
Penggunaan sumber seperti MOOCs (Massive Open Online Courses), perpustakaan digital, dan bahan pembelajaran dalam talian dapat membantu pelajar mendapatkan bahan yang berkualiti secara percuma.
-
-
Konsep
-
Menerapkan pendekatan holistik untuk mengembangkan kemampuan pelajar dengan belajar secara aktif dan proaktif, pelajar sebafai agen utama dalam pembelajaran mereka sendiri
-
-
Pedagogi
Isu isu
-
-
Cabaran untuk guru dalam mengembangkan dan memperbaharui ilmu dalam pedagogi disebabkan oleh kekangan masa dengan kerja hakiki di sekolah
Mengambil peluang daripada kursus dalam talian yang fleksibel dan mudah diakses oleh guru. Platform pembelajaran dalam talian yang fleksibel seperti Coursera, edX, atau MOOC boleh menawarkan kursus mengenai pedagogi terkini tanpa memerlukan komitmen masa yang panjang.
-
Murid sering menghadapi tekanan akademik yang tinggi semasa dalam proses pembelajaran kerana mereka perlu memenuhi keperluan penilaian yang berterusan dan ujian untuk mengukur prestasi mereka. Ini menyebabkan pelajar lebih fokus kepada lulus ujian berbanding dengan memahami subjek yang dipelajari.
Menggalakkan pembelajaran aktif yang lebih berfokuskan pada pemahaman konsep melalui aktiviti berbentuk projek dan kerja kumpulan, yang memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara mendalam tanpa merasa terbeban dengan ujian.
Definisi
Pedagogi merujuk kepada pendekatan pengajaran yang lebih berpusatkan guru, di mana guru bertindak sebagai penyampai ilmu dan pelajar sebagai penerima. Pendekatan ini banyak digunakan dalam sistem pendidikan tradisional.
-
-
-
-