Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ISU PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGARA DARI SEGI PEDAGOGI DAN HEUTAGOGI,…
ISU PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGARA DARI SEGI PEDAGOGI DAN HEUTAGOGI
PENGENALAN
Pembangunan pendidikan negara adalah penting untuk memastikan generasi yang akan datang berpendidikan tinggi, berdaya saing, dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang boleh menjejaskan kemajuan dalam pendidikan negara dari segi pedagogi dan heutagogi.
PEDAGOGI
Pedagogi ialah kebolehan mengajar termasuk pendekatan, kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan berkesan.
HEUTAGOGI
Heutagogi ialah kaedah pembelajaran kendiri di mana pelajar berkuasa memilih strategi pembelajaran dan kaedah pencarian sumber pengetahuan untuk belajar.
HEUTAGOGI
PENYALAHGUNAAN APLIKASI DIGITAL
Teknologi seperti komputer dan telefon bimbit berfungsi sebagai salah satu alat pembelajaran untuk mengakses maklumat, di mana penyalahgunaan boleh menyebabkan pelajar cenderung untuk melayari media sosial semasa proses pembelajaran berlaku.
Ketiadaan disiplin dalam diri pelajar semasa proses pembelajaran boleh mengganggu fokus pelajar.
Guru perlu mengehadkan kekerapan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian bagi memastikan pelajar tidak hilang fokus semasa sesi PdP berlaku.
KESUKARAN MENENTUKAN GAYA PEMBELAJARAN
Pelajar tidak mengetahui kaedah pembelajaran yang efektif tanpa bantuan dan bimbingan tenaga pengajar. Pelajar mungkin terlalu bergantung dengan pembelajaran formal di dalam kelas.
Pelajar tidak dapat menyesuaikan diri dengan kaedah heutagogi yang seterusnya boleh mempengaruhi pencapaian akademik.
Guru melaksanakan penilaian gaya pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar supaya mereka dapat mengenalpasti kaedah pembelajaran yang sesuai.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pembangunan pendidikan negara memerlukan keseimbangan antara pedagogi dan heutagogi bagi memastikan pelajar bukan sahaja menerima ilmu secara berstruktur tetapi juga mampu belajar secara kendiri. Oleh itu, usaha berterusan perlu dilakukan untuk memperkukuh kaedah pembelajaran yang fleksibel dan berkesan dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing serta bersedia menghadapi segala cabaran pada era globalisasi ini.
PEDAGOGI
PENGGUNAAN TEKNOLOGI YANG TERHAD DALAM PENGAJARAN
Meskipun teknologi merupakan aspek penting dalam dunia pendidikan, masih terdapat banyak sekolah yang tidak dapat mengakses sepenuhnya alat digital dan platform pembelajaran dalam talian ke dalam proses pembelajaran.
Menjadikan pelajar kurang pendedahan tentang kemahiran digital dan tidak dapat melahirkan suasana pembelajaran yang inovatif.
Guru perlu memberi lebih pendedahan dari segi kemahiran digital dan memastikan peralatan digital yang digunapakai selaras dengan perkembangan pembelajaran moden. Contohnya, komputer yang digunakan di sekolah dapat mengakses internet bagi kegunaan pelajar untuk mencari lebih banyak sumber pengetahuan.
KEKURANGAN KEMUDAHAN BAHAN PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
Walaupun pada masa kini, kemudahan pembelajaran di sesetengah sekolah terutama pendalaman masih lagi kurang bahan-bahan atau peruntukan untuk melanjutkan pembelajaran secara pedagogi dalam bilik darjah.
Pelajar dan guru mengalami kesukaran untuk melakukan kepelbagaian aktiviti dalam pembelajaran.
Guru perlu lebih kreatif dalam merancang aktiviti pdp dengan menggunakan sumber sedia ada.
KURANGNYA MOTIVASI DAN DISIPLIN DALAM PEMBELAJARAN KENDIRI
Heutagogi menekankan strategi pengajaran yang memfokuskan kepada pelajar untuk mengurus pembelajaran mereka sendiri. Tanpa bimbingan daripada guru menyebabkan pelajar tidak mempunyai kemahiran kendiri yang membuatkan mereka hilang motivasi untuk belajar.
Pelajar perlu diberi pendedahan pembelajaran secara kendiri di peringkat awal supaya pelajar bersedia menghadapi pembelajaran tanpa bimbingan.
Para pelajar menghadapi kesukaran untuk terus belajar dan memerlukan bimbingan daripada guru.
Kesan
Kesan
Cadangan
Cadangan
Kesan
Cadangan
GGGD5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT
DR. SHARIFAH NURARFAH S. ABD RAHMAN
Cadangan
Cadangan
Kesan
Kesan