Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTAKSIRAN BERDASARKAN BILIK DARJAH (PBD) - Coggle Diagram
PENTAKSIRAN BERDASARKAN BILIK DARJAH (PBD)
PENTAKSIRAN BERDASARKAN SEKOLAH (PBS)
Pentaksiran holistik yang terdiri daripada akademik dan bukan akademik.
Akademik
Pentaksiran Pusat (PP)
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Bukan Akademik
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
DEFINISI PBD
Pentaksiran yang dilakukan secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid.
Turut melibatkan proses menganalisis maklumat membuat refleksi terhadap PdP dan merancang tindakan susulan bagi menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
JENIS PENTAKSIRAN
Pentaksiran Formatif (secara berterusan sepanjang PdP)
Pentaksiran Sumatif (sesudah selesai topik diajar)
PELAKSANAAN PBD
Guru mentaksir murid dengan 3 cara iaitu :
pemerhatian
lisan
bertulis
Pemerhatian
sesuai dilakukan untuk mentaksir proses dan hasil kerja murid
guru mentaksir kemahiran dan sikap murid
guru memerhatikan aktiviti murid dan mentaksir dengan membuat catatan ringkas atau senarai semak atau skala kadar atau rekod berterusan
Lisan
boleh berlaku secara spontan semasa PdP atau terancang semasa sesi soal jawab atau kuiz
digunakan untuk mentaksir kefahaman konsep, kemahiran mendengar, kecekapan mencongak, pertuturan dan sikap
Bertulis
guru menyemak dan memeriksa hasil kerja murid seperti karangan, laporan projek atau latihan bertulis
guru memberi gred atau markah atau sebarang maklum balas lain yang bersesuaian
guru menggunakan senarai semak, catatan ringkas dan rekod berterusan serta lembaran kerja murid sebagai bukti untuk mengesan perkembangan murid
MEREKOD DAN MENGANALISIS
PENGUASAAN MURID
guru merekod maklumat pentaksiran yang dijalankan untuk menentukan tahap penguasaan murid
guru gunakan maklumat penguasaan pembelajaran murid bagi menambah baik kaedah penyampaian atau bahan PdP mengikut tahap keupayaan murid
guru melengkapkan templat pelaporan PBD
guru menentukan tahap penguasaan murid secara keseluruhan pada akhir tahun berdasarkan pengetahuan, pengalaman, tanggungjawab profesional dan input murid
MELAPOR TP MURID
guru melapor kemajuan pembelajaran murid kepada ibu bapa atau penjaga sekurang-kurangnya 2 kali setahun
laporan tersebut membolehkan ibu bapa atau penjaga memantau perkembangan pembelajaran anak mereka dan memberi sokongan yng bersesuaian
PENJAMINAN KUALITI
dilaksanakan di peringkat sekolah bagi memastikan maklumat pentaksiran adalah tepat dan adil serta menunjukkan perkembangan pembelajaran murid
guru besar bertanggungjawab memastikan penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBD dilakukan melalui pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan