L1 : “Tersebutlah kisah, tiga sahabat yang sukar berpisah. Ramli, Ajis dan Sudin, tiga ‘Bujang Gemuk’ yang terkenal dengan selera makan yang sangat kuat. Pada suatu hari, ketika mereka sedang membeli makanan di pasar malam, mereka berbincang bagaimana cara untuk mengawal nafsu makan mereka setelah gagal dalam pelbagai usaha.”
Ramli : Sampai bila kita nak macam ni? Asyik makan, makan, makan…
Ajis : Kau kenapa Ramli? Kalau kau tak nak, sini aku habiskan makanan kau.
Sudin : Betul lah Ramli, badan kita pun dah macam badak sumbu aku tengok.
Ramli : Bukan kita tak cuba kawal nafsu makan, macam-macam cara dah kita buat.
L2 : “Kemudian, Ajis teringat bahawa beliau pernah terdengar tentang Pendekar Mustar, seorang guru hebat yang mengajar bagaimana caranya untuk mengawal nafsu makan dan menurunkan berat badan.”
Ajis : Aku dengar ada seorang guru hebat di Kampung Pinang Sebatang. Pendekar Mustar namanya. Orang cakap, sudah ramai anak murid beliau berjaya turunkan berat badan.
Sudin : Kau biar betul Jis?
Ajis : Takkan lah aku nak tipu kau Sudin…
Ramli : Kalau begitu, esok petang kita ke Kampung Pinang Sebatang.
L3 : “Keesokan harinya, bermulalah perjalanan tiga ‘Bujang Gemuk’ ke Kampung Pinang Sebatang untuk berguru dengan Pendekar Mustar.