Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Feqah Pendidikan Islam Tingkatan 2 SOLAT JAMA' - Coggle Diagram
Feqah
Pendidikan Islam
Tingkatan 2
SOLAT JAMA'
Hasil pembelajaran
Murid dapat menyatakan 3 syarat perjalanan yang diharuskan solat jama' dan 4 syarat sah solat jama' taqdim dan 2 syarat sah jama' taakhir
Aktiviti
Set induksi : Bertanya soalan berkenaan rukhsoh (keringanan) dalam ibadah kepada murid :
Siapa yang pernah patah tangan?
Siapa yang balik kampung jauh?
Murid menonton video pengenalan dan pembelajaran berkenaan dengan maksud, bahagian dan syarat solat jamak.
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk wujudkan peta minda setiap kumpulan.
Setiap kumpulan murid menerangkan tajuk pembelajaran melalui peta minda yang dihasilkan.
Murid menghantar hasil kerja kepada guru dan penilaian guru melalui aktiviti yang dijalankan.
Strategi pembelajaran
2) Berpusatkan (konstruktivisme dan kognitif)
1) Berpusatkan pelajar (behaviouris dan kognitif)
Objektif
Menyatakan 3 syarat perjalanan yang diharuskan solat jama' dan 4 syarat sah solat jama' taqdim dan 2 syarat sah jama' taakhir
Ahli Kumpulan
AHMAD ADAM BIN AZMI (P156923)
ZAYD BIN ZAHARIN (P157781)
ABDUL QAYYUM BIN NOR AZMEE (P159181)
NAJIHAH HAYATI BINTI MOHAMAD ZAHIR (P156086)
Animasi 3 Episod
Perisian
Jalan cerita
Coggle.it
Karakter
SketchFab.com
Dunia 3D
Spatial.io , Suno.ai
Suntingan video
Capcut , Adobe Premier Pro
Karakter
Adam sebagai Cikgu Rahman
Zayd sebagai Aiman
Qayyum sebagai Hafiz
Najihah sebagai Salimah Anak Cikgu Rahman
Latar tempat
Gunung Tidak Tahan
Di tapak Perkhemahan
Gerbang Pintu Masuk Gunung Tidak Tahan
Jalan cerita
Pengenalan
Hafiz, Aiman, Salimah dan Cikgu Rahman menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tidak Tahan ditemani cikgu rahman. di denai hutan yang sejuk berbalam, cikgu rahman mengingatkan mereka bahwa ditapak perkhemahan nanti beliau akan menerangkan hukum solat jama. Aiman teruja tetapi mula risau tentang bagaimana mereka akan menunaikan solat ketika berada di gunung.
Klimaks
Petang ketika mereka sampai ke puncak, sebelum matahari terbenam. Selepas memasang khemah, cikgu rahman mengumpul pelajar dihadapan perkhemahan. Hafiz mulai keliru bertanya bagaimana solat jama takhir, suasan mulai tegang seketika.
Namun, Cikgu Rahman menenangkan mereka dan menjelaskan bahawa dalam situasi ini, mereka boleh menunaikan solat jamak takhir. Hafiz berasa lega dan semakin memahami bahawa Islam itu memberi kemudahan kepada umatnya.
Peleraian
Setelah solat, langit senja memancar jingga. pelajar duduk melingkar dengan perasaan lega dan menikmati keindahan alam sekitar. mereka, merasa bersyukur kerana dapat menyempurnakan ibadah walaupun dalam keadaan mencabar.
dan mereka duduk santai di depan unggun api dan sambil cikgu rahman memberi kuiz.
Kesimpulan
penyampaian cerita atau narasi penutup menyimpulkan bahwa ilmu fiqh mesti diaplikasikan, bukan hanya teori semata. Islam itu memudahkan umatnya, bukan memberatkan buktinya mereka dapat melakukan solat jama dan qasar di dalam hutan dan sedang bermusafir. Seterusnya ukhuwwaah dan bimbingan guru menjadikan perjalanan mereka tidak hanya perjalanan fizikal malahan sekaligus perjalanan rohani. Secara dasarnya perjalanan ini menjadi tema "kembara ilmu, ringan ibadah, jauh perjalanan, luas pengalaman.
Perkembangan
pendakian semakin curam: aiman tercungap cungap. rombongan berhenti di bawah pokok besar. waktu zohor telah masuk. aiman pun mulai gelisah, menanyakan kepada cikgu rahman "bolehkah solat dalam keadaan begini. Cikgu Rahman pula menjawab dengan tenang soalan aiman itu tadi bahwa "islam itu mudah", dan menerangkan tiga syarat musafir.
Skrip
Babak 1: Pengenalan – Dalam Perjalanan ke Gunung Tidak Tahan
(Bunyi kicauan burung dan derapan tapak kaki mendaki. Kamera fokus pada rombongan pelajar bersama guru.)
Cikgu Rahman:
Baiklah semua, kita akan sampai ke tapak perkhemahan tidak lama lagi. Jangan lupa, kita juga akan bincangkan tentang solat jama’ bila kita berhenti nanti.
Hafiz:
Yeay..yeay dah nak sampai..yeay yeay
Aiman:
Eh eh apa kamu ni buang tebiat ke tengah-tengah hutan nak berjoget
Hafiz:
Ok ok Alhamdulillah syukur kita dah nak sampai
Aiman:
Kejap Cikgu, maksud Cikgu... kita boleh buat solat musafir dalam pendakian kita ni ke?
Cikgu Rahman:
Betul Aiman. Solat jama’ membolehkan kita himpunkan solat Zohor dan Asar atau Maghrib dan Isyak ketika musafir. Tapi ada syarat-syaratnya.
Babak 2: Hafiz, Aiman, Salimah dan Cikgu Rahmah sedang dalam perjalanan mendaki Gunung Tidak Tahan
Aiman tercungap-cungap keletihan
Aiman:
Cikgu, boleh ke kita nak solat ni dalam keadaan kita macam ni:?
Cikgu Rahman:
Mestilah boleh. Islam tu kan mudah. Kita wajib dirikan solat walau dimana sahaja kita berada
Aiman:
Ohh begitu
mereka berhenti disuatu tempat untuk berehat seketika
Salimah:
Eh Abi, sekarang dah masuk waktu Zohor kan?
Cikgu Rahman:
Dah masuk dah sebenarnya ni Salimah. Tetapi, kita dalam perjalanan yang jauh menuju ke tapak perkhemahan. jadi kita akan melakukan solat jamak ta'khir. gabungkan Asar dan Zohor sekali.
Salimah:
Oh maksudnya kita dah boleh solat jama' lah ya abi sebab perjalanan kita dah jauh?
Cikgu Rahman:
Betul tu syarat perjalanan yang harus untuk solat jama' dan qasar ni ada 3 : 1. PERJALAN JAUH (81KM) 2. PERJALANAN YANG BERTUJUAN (TIDAK TENTU ARAH) 3. TIDAK MAKSIAT
terang sambil tunjuk slide
Hafiz:
Oh ok cikgu kira kita punya perjalanan ni cukup lengkap la ya ktiga-tiga syarat ini.
Cikgu Rahman;
Betul tu Hafiz.Cumanya sekarang ni kita akan solat jama' taakhir maka ni kita kena niat dahulu dalam hati yang kita akan solat zohor dalam waktu asar.
Salimah:
Ok mari kita sama-sama niatkan dahulu dalam hati.
Babak 3: Petang – Sesi Perkongsian Ilmu
(Setibanya di tapak perkhemahan. Cikgu Rahman memberikan taklimat tentang persiapan perkhemahan.)
Cikgu Rahman:
Alhamdulillah kita dah selamat sampai di tapak perkhemahan. Jom kita bersiap apa yang patut untuk mendirikan solat bersama. Dah siap bersiap nanti kita kumpul di hadapan ini ya.
Aiman, Hafiz, Salimah:
Okay cikgu, LETS GOOOOOO!
Cikgu Rahman:
Ok semua dah siap mari kita mulakan solat.
Hafiz:
Kejap cikgu, maaf saya masih tak faham lah tentang solat jama ta'khir tu?
Cikgu Rahman:
Mari cikgu terangkan. Solat jama’ ni ada dua jenis – jama’ taqdim dan jama’ takhir.
Kita pilih jama’ takhir sebab nak lewatkan solat zohor dalam waktu asar kerana kita takut sampai lambat dan mahu berehat dahulu.
Aiman:
Oh macam tu, apa dia syarat solat jama' taqdim dan ta'khir ni cikgu?
Cikgu Rahman:
Baik untuk syarat solat jama' taqdim ni ada 4:
Dahulukan solat empunya waktu (Zohor/Maghrib)
Niat jama' dalam solat pertama
Berturut-turut antara solat pertama dan kedua.
Masih musafir hingga takbir solat kedua
Salimah:
Untuk syarat solat jama'taakhir pula bagaimana abi?
Cikgu Rahman:
Untuk syarat solat jama'taakhir pula ada 2 sahaja:
Niat taakhir solat pertama pada solat kedua adalah ketika masuk waktu solat pertama
Kekal bermusafir sehingga selesai kedua-dua solat
Salimah:
Ok faham jadinya untuk syarat solat jama' taakhir ni kita dah niat kan tadi waktu pertama iaitu waktu zohor tu?
Cikgu Rahman:
Betul tu Salimah
Aiman:
Ok faham dah cikgu. Hah Hafiz macam kamu dah faham ke?
Hafiz:
Alhamdulillah semuanya sudah jelas seperti pelita di malam gelap
Salimah:
Alhamdulillah lepas ni boleh kita praktikkan dan sentiasa menjaga solat kita di mana kita berada.
Cikgu Rahman:
Ok kalau semua dah faham cikgu nak buat kesimpulan melalui kuiz ini ...............
main slide kuiz
Cikgu Rahman:
Baik untuk syarat solat jama' taqdim ni ada 4: