Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 2 (PEMAKANAN & PENYAKIT) - Coggle…
PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 2 (PEMAKANAN & PENYAKIT)
OBJEKTIF
Meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan pemakanan sihat dalam kehidupan seharian.
Menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui pemilihan makanan yang betul mengikut piramid makanan.
Membentuk sikap positif terhadap penjagaan kesihatan diri melalui pemakanan seimbang dan perubahan tabiat harian.
Mendedahkan kesan negatif pemakanan tidak seimbang terhadap kesihatan fizikal dan mental.
Membina kemahiran membuat keputusan sihat melalui aktiviti interaktif seperti kuiz dan cabaran makanan sihat.
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan konsep pemakanan sihat berdasarkan piramid makanan.
Mengenal pasti kepentingan memilih makanan seimbang dalam kehidupan seharian.
Menilai kesan pengambilan makanan tidak sihat terhadap kesihatan fizikal dan emosi.
Mengamalkan gaya hidup sihat dengan membuat pilihan makanan yang lebih baik.
Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri.
KARAKTER
Mijan: Kawan baik Pijam, bijak tentang pemakanan sihat.
Wanie: Seorang pelajar aktif dan peka tentang kesihatan dan piramid makanan.
Pijam: Seorang pelajar yang suka makan makanan segera dan tidak mengamalkan pemakanan sihat.
AHLI KUMPUALN
MUHAMMAD AFFIZAM BIN ZAKARIA (P159052)
MOHD ARMIZAN BIN MOHD ZUHAIRI (P157175)
SHAHWANIE BINTI HERMANSAH (P157657)
PERISIAN
DUNIA 3D
Spatial.io
Sketchfab
SUNTINGAN VIDEO
KARAKTER
Ready Player.me
JALAN CERITA / BRAINSTORMING
Coggle.it
JALAN CERITA
Episod 1: Tapak Food Truck Petang Selepas Sekolah
Tema: Pengenalan kepada piramid makanan dan kepentingan keseimbangan nutrisi.
Ringkasan:
Pijam menikmati makanan segera (burger dan air gas) dengan penuh selera di tapak food truck. Kawan-kawannya, Mijan dan Wanie, menegur tabiat makannya yang tidak sihat. Mereka mengingatkannya tentang piramid makanan dan kepentingan memilih makanan yang seimbang. Untuk memudahkan Pijam memahami, mereka menyanyi lagu ceria berkaitan pemakanan sihat. Walaupun Pijam belum bersedia untuk berubah sepenuhnya, dia mula terfikir tentang tabiat makannya.
Episod 2: Padang Sekolah Isyarat dari Badan
Tema: Kesan pemakanan tidak seimbang terhadap kesihatan dan risiko penyakit.
Ringkasan:
Semasa kelas Pendidikan Jasmani, Pijam mengalami kepenatan melampau dan hampir pitam setelah berlari. Mijan dan Wanie segera membantunya dan mendapati Pijam hanya makan nugget dan minum air gas sebagai sarapan. Mereka menjelaskan bagaimana pemakanan tidak seimbang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan walaupun masih muda. Pijam mula insaf dan menyedari tubuhnya memberi isyarat. Dia berjanji untuk cuba berubah dengan perlahan-lahan, bermula dengan sarapan sihat.
Episod 3: Kantin Sekolah Cabaran Makanan Sihat
Tema: Galakan untuk membuat perubahan gaya hidup sihat secara berperingkat dan menyeronokkan.
Ringkasan:
Pijam muncul dengan semangat baru di kantin sekolah, membawa kotak misteri yang mengandungi poster “Cabaran Makanan Sihat 7 Hari”. Dia mencabar rakan-rakan untuk sama-sama mengelak makanan tidak sihat dan mengikuti panduan piramid makanan. Mereka turut mengadakan kuiz interaktif mengenai pemakanan sihat untuk mendidik rakan-rakan. Pelajar lain turut serta dan kempen kesihatan kecil bermula di sekolah. Pijam kini menjadi inspirasi untuk perubahan positif, menunjukkan bahawa langkah kecil boleh membawa perubahan besar.
LATAR TEMPAT
Food Truck
Padang Sekolah
Kantin Sekolah
AKTIVITI
Murid akan diberikan penerangan tentang topik pembelajaran.
Guru memaparkan video pembelajaran menggunakan projector.
Sesi soal jawab bersama guru dan murid-murid
Guru menyediakan bahan pembelajaran (projector, animasi dan buku teks.