Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP SAINS TAHUN 3 UNIT 9: SISTEM SURIA, Ahli - Ahli Kumpulan, Nurul…
DSKP SAINS
TAHUN 3
UNIT 9: SISTEM SURIA
Model Instruksional
Model ASSURE
PENGLIBATAN MURID DALAM PEMBELAJARAN
NYATAKAN OBJEKTIF
ANALISIS PELAJAR
PEMILIHAN MEDIA
PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN
PENILAIAN/ SEMAKAN SEMULA
Hasil Pembelajaran
Mengitlak suhu planet berdasarkan urutan dalam Sistem Suria.
Memerihalkan planet beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit.
Menyenaraikan ahli dalam Sistem Suria melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.
Menghubung kait kedudukan planet dari Matahari dengan masa planet beredar mengelilingi Matahari.
Menjelaskan pemerhatian tentang sistem suria melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.
Storyline
Video Pengenalan
Cikgu Zaki masuk ke dalam kelas bersama model sistem suria dan beberapa unit Virtual Reality (VR). Cikgu Zaki bertanya kepada murid-murid mengenai pengetahuan mereka secara am berkaitan dengan sistem suria. Beberapa murid tidak mengetahui tentang kewujudan sistem suria.
Amir dan Sofia antara pelajar yang sangat berminat apabila Cikgu Zaki memberikan pengenalan mengenai sistem suria.
Cikgu Zaki meminta pelajar memakai Virtual Reality (VR) dan bersama sama meneroka sistem Suria.
Video Kandungan 1
Cikgu Zaki menerangkan bahawa Sistem Suria terdiri daripada Matahari, planet, bulan, asteroid, dan komet. Matahari sebagai pusat Sistem Suria dan bintang gergasi yang menghasilkan cahaya dan haba. Semua planet beredar mengelilingi Matahari dalam orbit tertentu.
Video Kandungan 2
Merkuri – Planet paling dekat dengan Matahari, paling kecil, dan sangat panas. (Mak)
Venus – Planet paling panas, atmosfera tebal yang memerangkap haba. (Venice)
Bumi – Satu-satunya planet yang menyokong kehidupan. (Beli)
Marikh – Digelar "Planet Merah" kerana permukaannya dipenuhi debu besi oksida. (Mee)
Musytari – Planet terbesar dengan ribut besar yang dikenali sebagai "Bintik Merah Besar". (Masa)
Zuhal – Mempunyai cincin besar yang diperbuat daripada ais dan batu. (Zohor)
Uranus – Planet yang berputar mengiring, berwarna biru kerana gas metana. (Untuk)
Neptun – Planet paling jauh, berangin kuat dan berwarna biru gelap. (Nenek)
Video Kandungan 3
Asteroid ialah batu angkasa yang terdapat dalam Lingkaran Asteroid antara Marikh & Musytari. Komet ialah ketulan ais yang mengorbit Matahari dan mempunyai ekor bercahaya apabila menghampiri Matahari.
Video Penutup
Setelah tamat pembelajaran, murid-murid lebih mengetahui dengan lebih jelas mengenai sistem suria. Hal ini telah menarik minat Amir dan Sofia untuk bercita-cita menjadi seorang angkasawan dan meneroka dunia angkasa lepas dengan lebih mendalam.
Teori pembelajaran
Teori Kognitif
Guru sentiasa mendorong murid-murid untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif, kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran.
Murid diberi peluang untuk menerokai perhubungan baharu terhadap Ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian dan guru bertindak sebagai fasilitator bagi merangsangkan tahap pemikiran murid.
Murid dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti, alatan yang selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka
Pembelajaran Kognitif adalah pembelajaran yang bergantung kepada tahap pemikiran dan pengamatan sesorang pelajar terhadap sesuatu pengetahuan.
Strategi Pengajaran
Berpusatkan Guru
Guru sebagai penyampai utama maklumat
berkenaan Sistem Suria
Guru menyediakan bahan dan memantau serta membimbing pelajar untuk menjawab soalan diberikan
Aktiviti
Guru menyatakan objektif pembelajaran agar murid jelas dan faham ilmu yang akan diperolehi di hujung pembelajaran
Guru boleh memberi kertas kerja dimana murid melukis dan melabel sistem suria mengikut susunan dan nama-nama planet yang diajar
Guru menilai pengetahuan yang telah diperoleh murid dengan mengadakan sesi soal jawab
Guru menayangkan simulasi dan menerangkan tentang peredaran sistem suria kepada murid
Guru membuat akronim menarik bagi memudahkan murid menghafal kedudukan planet mengikut susunan daripada Matahari
Objektif
Memperoleh pengetahuan tentang fakta dan konsep sains.
Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
Memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar.
Menggunakan pendekatan inkuiri untuk memenuhi sifat ingin tahu tentang dunia di sekeliling mereka.
Ahli - Ahli Kumpulan
:
Nurul Hafizah Binti Hassan
P158004
Siti Maisarah Binti Zakaria
P155982
Nur Fatien Hananie Binti Raihan
P157435
: :
Nurfitri Hamizah Binti Abdul Ronie
P156199
Nur Alya Izzati Binti Zahid
P155565
Nur Nabihah Binti Alias
P155682
Nur Ufiya Wafa Binti Zulkhair
P156194
Fatin Liyana Binti Jamaludin
P155196
Nur Aina Asyikin Binti Mohd Sapuan
P157939
Syamila Azizan Binti Abdul Aziz
P156695