Pada peringkat awal, alat bantu mengajar seperti papan hitam, papan flanel, dan papan kenyataan digunakan secara meluas.
Kemudian, alat pandang dengar seperti projektor slaid, projektor filem jalur, dan projektor 16mm mula diperkenalkan selepas kemerdekaan pada tahun 1957.
Penubuhan Jawatankuasa Alat Pandang Dengar (APD) pada tahun 1949 di peringkat persekutuan dan pada tahun 1959 di peringkat negeri memperkukuhkan penggunaan teknologi ini dalam pendidikan.