Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN, image - Coggle Diagram
KESAN STRATIFIKASI SOSIAL
TERHADAP PENDIDIKAN
Masyarakat
Meningkatkan kualiti sumber manusia melalui pendidikan yang adil dan berkualiti kerana pendidiakn dapat meningkatkan status dan kesejahteraan individu.
menggalakkan masyarakat untuk terlibat secara aktif dalam pembangunan komuniti mereka sendiri untuk memperkukuh perpaduan antara individu dalam masyarakat.
Usaha2 untik mengatasi masalah sosial yang dihadapi oleh komuniti
Penyertaan dan kerjasama komuniti - bekerja bersama-sama dan terlibat dalam aktiviti pembangunan
Mmbangunkan potensi tempatan - sumber alam, kemahiran atau aspek sosial dan budaya
-Mengatasi masalah sosial- kemiskinan, pengganguran, jenayah atau masalah kesihatan awam.
-Mengukuhkan perpaduan sosial- memupuk masyarakat lebih bertanggungjawab dan mampu menyelesaikan masalah secara bersama.
Langkah mengatasi masalah kesan negatif sosial terhadap masyarakat
memastikan setiap rakyat mempunyai peluang yang sama dalam mendapatkan pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan perkhidmatan awam lain.
-untuk mengurangkan kemiskinan dan dapat mengimbangkan golongan yang kaya dan miskin.
Meningkatkan kesedaran dan sikap kritis masyarakat terhadap masalah sosial seperti kemiskinan, ketidaksamaan, diskriminasi dan peminggiran.
-masyarakat akan lebih cenderung untuk mengambil peranan dalam membawa perubahan sosial yang positif.
INSTITUSI SOSIAL:
Cara menjejaskan
Kualiti dan kemudahan sekolah – Sekolah di kawasan miskin kurang sumber dan guru berkualiti.
.Ketidaksamaan Pendidikan : Pelajar dari keluarga miskin atau kurang berpendidikan menghadapi lebih banyak cabaran dalam mendapatkan dan menamatkan pendidikan.
Budaya dan tingkah laku sekolah – Mempengaruhi norma, nilai, sikap, dan interaksi pelajar. Boleh menyebabkan perasaan rendah diri, keagresifan, serta mempengaruhi aspirasi pelajar.
Kesan Stratifikasi Sosial terhadap Pendidikan
Gaya Keibubapaan – Keluarga kelas atasan lebih menyokong pendidikan anak-anak mereka dengan menyediakan bimbingan dan sumber, manakala keluarga kelas bawahan menghadapi cabaran ekonomi dan sosial yang menghalang prestasi anak-anak dalam pendidikan.
Agama – Kelas atasan mempunyai lebih banyak pilihan dalam pendidikan agama, sedangkan kelas bawahan sering menghadapi kekangan seperti kos, jarak, dan diskriminasi yang menyukarkan akses kepada pendidikan agama yang sesuai.
Politik – Stratifikasi sosial mempengaruhi penglibatan dalam dasar pendidikan. Kelas atasan mempunyai lebih banyak hak dan kuasa untuk menentukan hala tuju pendidikan, manakala kelas bawahan mempunyai pengaruh yang terhad terhadap sistem pendidikan.
Ekonomi – Kelas atasan mempunyai pendapatan lebih tinggi, yang memberi mereka peluang pendidikan yang lebih baik. Sebaliknya, kelas bawahan menghadapi keterbatasan dalam akses kepada pendidikan berkualiti kerana kekurangan sumber kewangan.
KELUARGA
Akses dan Kualiti Pendidikan
Keluarga berstatus sosial tinggi mempunyai akses lebih baik kepada pendidikan berkualiti, termasuk kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang lebih baik.
Sebaliknya, keluarga berstatus rendah mungkin menghadapi halangan dalam mendapatkan pendidikan berkualiti.
Sikap, Motivasi dan Aspirasi
Keluarga berstatus tinggi cenderung mempunyai harapan dan matlamat pendidikan yang tinggi, mengambil risiko, dan menekankan prestasi.
Sebaliknya, keluarga berstatus rendah mungkin kurang bermotivasi dan berorientasikan kejayaan akademik.
Mobiliti Sosial
Pendidikan boleh menjadi alat untuk meningkatkan status sosial seseorang (mobiliti ke atas) atau sebaliknya.
Pembiakan Sosial
Pendidikan juga boleh mengekalkan atau menurunkan status sosial seseorang, menyebabkan jurang sosial kekal wujud.
Faktor:
Ekonomi, politik, budaya, dan keluarga mempengaruhi pendidikan.
Kesan:
Positif: Memberi motivasi, inspirasi, dan peluang untuk mencapai cita-cita.
Negatif: Menyebabkan diskriminasi, ketidakadilan, jurang pendidikan, serta menghalang akses pendidikan bagi keluarga berstatus rendah.
SEKOLAH
KETIDAKSAMAAN PENDIDIKAN
Latar Belakang Keluarga:
Pelajar dari keluarga miskin atau kurang berpendidikan menghadapi lebih banyak halangan dalam pendidikan.
Pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi prestasi pelajar.
Budaya dan Tingkah Laku Sekolah:
Stratifikasi sosial mempengaruhi norma, nilai, sikap, dan interaksi dalam sekolah.
Pelajar mungkin mengalami cemburu, kekecewaan, keagresifan, atau perasaan rendah diri akibat perbezaan stratifikasi sosial.
Harapan dan aspirasi pelajar terhadap pendidikan dan masa depan dipengaruhi oleh stratifikasi sosial.
Kualiti dan Peralatan Sekolah:
Sekolah di kawasan miskin atau terpencil sering kekurangan kemudahan, sumber, dan guru berkelayakan. Ini mengurangkan kualiti pendidikan dan motivasi pelajar.
Sekolah di kawasan kaya atau bandar mempunyai kemudahan dan sumber yang lebih baik.
Stratifikasi Sosial:
Stratifikasi sosial adalah pengelasan individu ke dalam kelas berbeza berdasarkan kekayaan, pendidikan, pekerjaan, atau status.
Ia boleh menjejaskan pendidikan dan institusi sekolah dengan pelbagai cara.
Langkah Mengurangkan Kesan Negatif Stratifikasi Sosial terhadap Pendidikan
Meluaskan dan Menyamakan Peluang Pendidikan:
Kerajaan dan komuniti memberikan bantuan dan insentif kepada pelajar dan sekolah yang memerlukan.
Contoh bantuan termasuk biasiswa, bantuan yuran, bantuan buku, dan kemudahan infrastruktur.
Tujuan: Meningkatkan akses dan kualiti pendidikan.
Menggalakkan Kepelbagaian dan Integrasi dalam Pendidikan:
Menganjurkan program pertukaran pelajar, asrama, dan sekolah model khas.
Membantu pelajar dan sekolah memahami, menghargai, dan bekerjasama dengan latar belakang sosial yang berbeza.
Meningkatkan Kesedaran dan Penglibatan Pendidikan:
Menggunakan sosialisasi, publisiti, perundingan, dan bimbingan untuk meningkatkan kesedaran.
Membantu pelajar dan sekolah memahami kepentingan pendidikan dan mengatasi cabaran yang dihadapi.
Tujuan: Mencapai potensi dan matlamat pendidikan.