Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP SOSIOLOGI - Coggle Diagram
KONSEP SOSIOLOGI
Konsep umum
Budaya
Jenis budaya Budaya material: Komponen yang bersifat fizikal (boleh dilihat, disentuh) Contoh: tempat tinggal, pakaian, alatan permainan
Budaya bukan material: Komponen yang melibatkan ciptaan manusia yang abstrak dan tidak boleh disentuh secara fizikal Contoh: fahaman, tingkah laku
Ilmu, bahasa, nilai, adat atau kebiasaan (norma), kesenian, objek material yang diperturunkan dari seorang individu kepada individu lain dan dari segi satu generasi ke generasi yang lain dalam sesebuah masyarakat
Penilaian budaya - Sukuisme (ethnocentrism): Anggapan sesuatu budaya yang dimiliki sebagai lebih baik (utama) dari budaya lain - Relatisme: Amalan menilai tingkahlaku atau nilai sesuatu budaya berdasarkan penilaian budaya penilai - Xenocentrisme: Anggapan budaya lain lebih baik (utama) dari budaya sendiri
Enkulturasi
• Proses yang berlaku sepanjang hayat di mana seseorang individu
– Belajar mengenai keperluan sesebuah budaya melalui proses pergaulan, pengulangan dan pengukuhan
– Memperolehi nilai dan mempelajari perilaku yang sesuai atau selaras dengan tuntutan sosio budaya sesuatu masyarakat
– Diterima dan diiktiraf sebagai anggota masyarakat terbabit berdasarkan peranannya
– Menilai kepentingan, harga perilaku atau sesuatu nilai adab mengikut konteks budaya individu terbabit
Sosialisasi
Proses pembelajaran mengenai – Peranan – Status – Nilai yang perlu ada
Diterapkan ketika interaksi sosial oleh agen sosialisasi di dalam institusi sosial cth: keluarga, sekolah, rakan sekolah, media dsb.
Jenis sosialisasi
- Sosialisasi primer (primary socialisation) Pendedahan awal mengenai aspek persekitaran sosial
- Sosialisasi sekunder (secondary sosialisation) Pendedahan dan pemindahan nilai budaya oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media
- Sosialisasi semula (resosialisation) Proses perubahan nilai yang telah diterapkan secara drastik atau mengejut
Konsep asas
Bangsa
Takrifan: Idea perkongsian dari segi aspek genetik,
kaum, keturunan (klasifikasi biologi)
Menggambarkan satu populasi atau kumpulan individu yang boleh dibezakan dengan kumpulan lain melalui sifat tertentu dan kepercayaan/persepsi mengenai asal usul keturunan
Sifat yang sering digunakan untuk klasifikasi bangsa: Warna, Bentuk, Tekstur
Masyarakat
-
Dalam satu masyarakat, ahlinya boleh dibezakan melalui ciri-ciri etnik
Kumpulan individu yang mempunyai perkaitan berstruktur seperti agama, politik, kepatriotikan dsb.
Etnik
Merujuk kepada kumpulan individu dari keturunan yang sama dan mewarisi ciri-ciri tertentu (lebih mengkhusus dari bangsa)
Perbezaan penggunaan istilah ‘bangsa’ dan ‘etnik’ ada kaitan dengan zaman penjajahan barat dan era kapitalis (perluasan penguasaan ekonomi)
Pengenalpastian etnik dilakukan oleh orang luar (external identification) berbanding dengan pengenalpastian oleh individu tersebut