Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
GROUP 7 SET 51 PENDIDIKAN ISLAM DARJAH 4 (PUASA) - Coggle Diagram
GROUP 7
SET 51
PENDIDIKAN ISLAM DARJAH 4
(PUASA)
TEORI PEMBELAJARAN
BLOOM'S TAXONOMY
MEMAHAMI
Murid akan menjelaskan dengan kata-kata mereka sendiri tentang perbezaan antara puasa wajib dan puasa sunat, serta memahami hikmah di sebalik ibadah puasa. Teknik soal terbuka, perbincangan kumpulan, dan penceritaan pengalaman boleh dimanfaatkan.
MENGINGATI
Pada peringkat ini, murid diberi peluang untuk mengenal pasti dan menyatakan maklumat asas seperti maksud puasa, rukun-rukun puasa, dan golongan yang diwajibkan berpuasa. Aktiviti seperti soal jawab, kad imbas atau permainan padanan sesuai digunakan bagi merangsang ingatan.
MENGAPLIKASI
Di peringkat ini, murid diberi aktiviti praktikal seperti menunjukkan cara niat puasa secara lisan atau melalui lakonan. Mereka juga boleh membuat jadual waktu berbuka puasa atau mengisi latihan berkaitan amalan puasa seharian.
MENGANALISIS
Murid dapat membezakan diantara perkara yang membatalkan puasa dengan perkara yang tidak membatalkan puasa. Selain itu, murid juga dapat mengenalpasti sebab-sebab seseorang itu tidak diwajibkan berpuasa.
MENILAI
Murid diberi tugasan untuk memberikan pandangan terhadap isu semasa seperti berpuasa tanpa solat atau berpuasa tetapi masih mengumpat. Aktiviti debat ringan, penulisan pendapat, atau forum mini dapat memberi ruang kepada murid berfikir secara kritikal dan bernilai.
MENCIPTA
Murid digalakkan untuk menyusun dan menghasilkan karya seperti poster adab puasa, sajak, lagu pendek, atau lakonan pendek yang mempamerkan kefahaman dan kreativiti mereka dalam menghayati puasa. Ini dapat mengukuhkan pembelajaran melalui pendekatan STEAM dan kemahiran abad ke-21.
TEORI BEHAVIORISME
SUATU FAHAMAN BAHAWA MENYATAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKAN MEMPENGARUHI SEGALA PERBUATAN ATAU TINGKAH LAKU PELAJAR SAMA ADA BAIK ATAU SEBALIKNYA
CONTOH : MELATIH PELAJAR UNTUK BERPUASA SEPARUH HARI DAN BAGI GANJARAN
DALAM PROSES PENGAJIAN INI, PELAJAR AKAN MENYESUAIKAN PENGETAHUAN YANG DIPEROLEHI DAN DIAPLIKASIKAN DALAM TINGKAH LAKU MEREKA
ARCS MODEL
ATTENTION
Ianya menarik minat awal murid terhadap tajuk puasa. Dalam pengajaran kami, guru memulakan pelajaran dengan soalan yang mencetuskan pemikiran dan pengalaman murid.
RELEVANCE
Ianya menunjukkan perkaitan diantara tajuk dengan kehidupan seharian. Murid boleh berkongsi pengalaman bersahur mahupun berbuka.
CONFIDENCE
Ianya meningkatkan keyakinan murid untuk menguasai sesuatu tajuk. Latihan menyebut dan menghafal niat berpuasa secara berperingkat mampu memberikan daya penguasaan yang baik kepada murid.
SATISFACTION
Ianya memberikan kepuasan hasil daripada pembelajaran. Anugerah mini seperti 'Ikon sabar Ramadan' bagi murid yang menunjukkan akhlak baik sepanjang bulan puasa mampu mencetuskan semangat untuk menjayakan sesuatu arahan.
OBJEKTIF
MEMAHAMI KONSEP PUASA MENURUT SYARAK
MENERANGKAN HUKUM PUASA RAMADAN
MENJELASKAN SYARAT-SYARAT WAJIB DAN SYARAT-SYARAT SAH PUASA
MENGANALISIS PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
MASALAH
TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN SYARAT-SYARAT WAJIB, SAH DAN RUKUN PUASA RAMADAN
KESUKARAN MURID MENAHAN NAFSU DAN KEINGINAN
KESUKARAN MENGAITKAN KONSEP PUASA DENGAN NILAI SEHARIAN
STORY LINE
LOKASI
DI KANTIN SEKOLAH DAN TAMAN PERMAINAN SEKOLAH
WATAK
3 PELAJAR SEKOLAH (ALIF, AMIN, MAHRIZ)
MAHRIZ - IALAH PELAJAR BERUMUR 9TAHUN TAK BERPUASA DI BULAN RAMADAN
ALIF - KAWAN SEBAYA DENGAN MAHRIZ
AMIN - KAWAN KEPADA : MAHRIZ DAN ALIF
INFO
KANDUNGAN VIDEO MERANGKUMI KESELURUHAN SUBTOPIK
VIDEO GROUP 7
TAJUK : JOM PUASA
PENGENALAN
SITUASI DI BULAN RAMADHAN, MAHRIZ SEDANG MAKAN DI KANTIN PADA BULAN PUASA. NAMUN TELAH DILIHAT OLEH ALIF DAN AMIN. ALIF TELAH MENCEGAH MAHRIZ DARIPADA MAKAN.
KLIMAKS
ALIF DAN AMIN MEMBERI PENERANGAN PENGERTIAN PUASA, SYARAT WAJIB PUASA, PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA DAN HIKMAH BERPUASA.
PENUTUP
MAHRIZ MENGINSAFI DIRI DAN BERJANJI AKAN CUBA BERPUASA
SESI PENGUKUHAN
GURU AKAN MENJALANKAN SESI SOAL JAWAB
SKRIP
SCENE 1 DI KANTIN SEKOLAH SEK RENDAH PADA WAKTU REHAT DI BULAN RAMADAN
Kelihatan Mahriz duduk di meja kantin sekolah dan sedang menikmati makanan di hadapannya
(Alif dan Amin menghampiri dan duduk di samping mahriz dan Alif menegur), “Eh, Mahriz… kau makan ke? Hari ni kan puasa?”
(Mahriz berhenti makan dan berpaling ke arah alif sambil menjawab) “Yela kita kan budak lagi. Tak salah kot?”
( Amin menjawab penyataan Mahriz) “Betul tu, kita memang belum wajib puasa... Tapi, bila kita mula belajar dari kecil, nanti bila besar dah biasa.”
Mahriz: "hmmm...baiklah"
1 more item...
SCENE 2 DI BAWAH POKOK TAMAN SEKOLAH LEPAS REHAT
BELAJAR UNTUK PUASA
Mahriz duduk sambil minum air (tapi dah diberitahu tadi, jadi dia simpan botol tu bila melihat Alif dan Amin menghampiri). Alif dan Amin duduk sebelah.
Mahriz (yang masih keliru bertanya kepada Alif dan Amin):
“Kalau aku nak puasa… macam mana nak mula? Aku tak tahu pun niat dia, atau macam mana nak tahu dah batal ke belum…”
Alif (senyum, ajar perlahan):
“Tak apa, aku ajar kau. Mula-mula, niat puasa ni dalam hati je. Waktu malam atau sebelum Subuh kita niat:”
1 more item...
NAMA AHLI
P156963 ALIF AZIZ
P159122 FARHANA
P158679 AZRINA
P155473 ALIA
P157181 MAHRIZ
P157763 AAMIIN
HASIL PEMBELAJARAN
PELAJAR DAPAT MEMAHAMI KONSEP PUASA MENURUT SYARAK
PELAJAR DAPAT MENERANGKAN HUKUM PUASA RAMADAN
PELAJAR DAPAT MENGHURAIKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA.
PELAJAR DAPAT MENEJELASKAN SYARAT -SYARAT WAJIB DAN SAH PUASA
PENGUKUHAN