Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DPP SET 13 KUMPULAN 1 KSSR SAINS TAHUN 4 BAB 6: BUNYI - Coggle Diagram
DPP SET 13 KUMPULAN 1
KSSR SAINS TAHUN 4
BAB 6: BUNYI
OBJEKTIF
Murid akan dapat memerihalkan bunyi bergerak ke semua arah.
Murid akan dapat memberikan contoh fenomena dalam kehidupan harian yang menunjukkan bunyi boleh dipantulkan.
Murid akan dapat memerihalkan bunyi yang berfaedah dan bunyi yang memudaratkan dalam kehidupan harian.
Murid akan dapat menjanakan idea untuk menyelesaikan masalah bagi mengurangkan pencemaran bunyi.
Murid dapat menyatakan bunyi dihasilkan daripada getaran dengan menjalankan aktiviti.
AHLI KUMPULAN
P156028 - SYAFIQAH BINTI ALI
P158560 - ERNIE CARSA BINTI MININ
P155684 - NUR NABILAH BINTI ABD RAHMAN
P155142 - CHRISTEE JUJIE JOSUE
P157894 - MUHAMMAD IKMAL BIN MOHD AMIN ZAKI
P156265 - FATIN NASHIEHA ATHIRA BINTI AHMAD ASHRI
KANDUNGAN DI GENIALLY
Page 2
Objektif
6.1.1 Menyatakan bunyi dihasilkan oleh getaran dengan menjalankan aktiviti.
6.1.2 Memerihalkan bunyi bergerak ke semua arah.
6.1.3 Memberi contoh fenomena dalam kehidupan harian yang menunjukkan bunyi boleh dipantulkan.
6.1.4 Memerihalkan bunyi yang berfaedah dan bunyi yang memudaratkandalam kehidupan seharian.
6.1.5 Menjana idea untuk menyelesaikan masalah bagi mengurangkan pencemaran bunyi.
Page 3
Pengenalan Tentang Bunyi
Page 1
Tajuk: Bunyi
Page 4
Bunyi Bergerak ke Semua Arah
Page 6
Bunyi yang Berfaedah dan
Bunyi yang Memudaratkan
Page 5
Jenis Fenomena Pantulan Bunyi
Jenis-Jenis
Gema
Ultrasonik
Sonar
Page 7
Cara-cara untuk Mengurangkan Pencemaran Bunyi
Page 8
Game-Based Learning
Page 9
Refleksi
Merumuskan pengajaran dengan bertanyakan tentang apa yang murid telah pelajari menerusi peta minda.
REKA BENTUK PENGAJARAN (ADDIE)
DEVELOPMENT
Guru menyediakan aktiviti di mana murid akan diminta untuk menjerit/bercakap di ruang terbuka dan tertutup (seperti padang atau dewan) dan mendengarkan perbezaan pantulan bunyi.
Guru membangunkan gambar di platform Genially untuk memberikan gambaran berkaitan bunyi yang berfaedah,bunyi yang memudaratkan dan cara untuk mengurangkan pencemaran bunyi.
Guru menyediakan bahan-bahan alat bantu mengajar iaitu belon dan pensel serta membangunkan video animasi di platform Genially.
Guru membangunkan aplikasi permainan seperti kuiz di Genially.
IMPLEMENTATION
Guru menerangkan bagaimana bunyi sangat berfaedah tetapi bunyi juga boleh memudaratkan dan cara- cara untuk mengurangkan pencemaran bunyi.
Guru menerangkan dan memberi contoh kepada murid seperti "loceng sekolah" yang berkumandang satu sekolah dan dapat di dengar di seluruh arah sekolah.
Guru memulakan pelajaran dengan soalan pemanas "Kamu dengar apa yang cikgu dengar?" sambil menayangkan video animasi memetik gitar dan "Kamu rasa apa yang menghasilkan bunyi itu?" seterusnya melakukan aktiviti meniup belon, mengetuk meja dengan pensel serta menepuk tangan.
Guru membawa murid ke tempat yang berbeza ruangan tertutup dan terbuka untuk melakukan aktiviti dan mendengar bunyi yang dipantulkan daripada suara mereka.
Guru memberikan soalan kuiz yang disediakan di Genially kepada murid.
Guru mendapatkan refleksi daripada murid di dalam kelas melalui soal jawab.
DESIGN
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL: Guru merancang aktiviti berkumpulan menerusi pengalaman pelajar membuat gemaan bunyi.
BAHAN PENGAJARAN: Guru menyediakan bahan pengajaran berbentuk gambar di platform Genially bagi contoh-contoh bunyi yang berfaedah,bunyi yang memudaratkan dan cara untuk mengurangkan pencemaran bunyi.
BAHAN PENGAJARAN: Guru menyediakan video animasi di mana ada individu sedang memetik gitar dan menghasilkan bunyi di platform Genially.
DEMONSTRASI: Guru merancang kaedah pengajaran yang menarik dan menggunakan pendekatan seperti "menekan loceng" agar murid dengar di semua arah.
GAMED BASED LEARNING: Guru menyediakan permainan berbentuk kuiz di Genially untuk murid.
EVALUATION
Guru membuat penilaian berdasarkan pemerhatian sepanjang aktiviti dilakukan berdasarkan rubrik yang disediakan.
Guru menilai tahap kefahaman murid melalui skor diperoleh daripada kuiz interaktif yang disediakan.
Guru memperincikan penerangan tentang bunyi dan kesimpulan dari aktiviti yang dilakukan.
Guru membuat penilaian berdasarkan kepada refleksi daripada murid.
ANALYSIS
Murid kurang berminat dan rasa mengantuk dengan pengajaran sehala.
Topik ini dipilih untuk menarik minat murid bagi memahami dan mempelajari perkara yang berkaitan dengan bunyi dengan melakukan aktiviti yang lebih interaktif dan menyeronokkan.
HASIL PEMBELAJARAN
Murid boleh menyatakan bunyi dihasilkan oleh getaran melalui aktiviti seperti tepukan, ketukan dan petikan.
Murid boleh mempelajari dan mengetahui bahawa
bunyi bergerak ke semua arah.
Murid boleh memahami dan mengetahui bahawa bunyi boleh dipantulkan oleh permukaan licin dan keras.
Murid boleh mengetahui sekurang-kurangnya dua dari empat bunyi yang berfaedah dan bunyi yang memudaratkan dalam kehidupan harian.
Murid boleh memerihalkan tiga idea untuk menyelesaikan masalah bagi mengurangkan pencemaran bunyi.
TOPIK: BUNYI