Babak 3 : Melihat persekitaran
(Situasi di mana Abu dan Ali ingin mengetahui lebih lagi tentang benda hidup dan bukan benda hidup)
Abu :silhouette: : Mama , kalau kucing ni pula benda hidup ke mama ?
Pn Mariam :silhouette: : Kucing adalah benda hidup sebab kucing ada 5 ciri benda hidup iaitu
1) Bernafas -
i. Manusia (boleh bernafas melalui paru-paru)
ii. Haiwan (boleh bernafas menggunakan organ pernafasan masing-masing. Contohnya ikan bernafas menggunakan insang)
iii. Tumbuh-tumbuhan (boleh bernafas semasa proses fotosintesis)
2) Memerlukan makanan & air -
i. Manusia (memerlukan minuman dan makanan untuk mendapatkan tenaga dan meneruskan kehidupan)
ii. Tumbuh-tumbuhan (memerlukan air untuk terus membesar)
iii. Haiwan (memerlukan makanan dan air untuk terus hidup dan terus membesar)
3) Bergerak (benda hidup bergerak dengan sendiri) -
i. Manusia (berjalan atau melakukan pelbagai pergerakan dengan sendiri)
ii Haiwan (bergerak dengan sendiri. Contohnya katak boleh melompat, ikan boleh berenang, lebah dan burung boleh terbang dan sebagainya.)
4) Membiak -
i. Manusia (membiak melalui proses melahirkan anak)
ii. Haiwan ( membiak secara melahirkan anak atau bertelur)
5) Membesar
i. Manusia (membesar bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa)
ii. Haiwan (contohnya ayam bermula daripada telur, anak ayam dan menjadi ibu ayam)
iii. Tumbuh-tumbuhan (bermula dari biji benih, anak pokok dan sehingga keluarnya bunga ataupun pokok)
Setelah Abu dan Ali tahu ciri-ciri benda hidup. Ali bertanyakan kepada mama, adakah kapal terbang "benda bukan hidup".
Ali :silhouette: : Mama, jadinya kapal terbang tu bukan benda hidup lah ya ?
Pn Mariam :silhouette: : Betul tu Ali! Kapal terbang adalah benda bukan hidup sebabnya adalah..
1) Tidak bernafas
2) Tidak memerlukan makanan
3) Bergerak tetapi ia yang digerakkan dengan alat
3) Tidak membiak
Abu & Ali :silhouettes: : Oh begitu.
Babak 4 : Menjelajah taman dengan lebih mendalam
(Situasi Ali dan Abu meneruskan menjelajah taman dengan lebih mendalam untuk mengenali benda hidup dan bukan benda hidup)
Ali :silhouette: : Kawan-kawan tengok tu burung bergerak laa, jadi burung ni benda hidup!
Abu :silhouette: : Eh! Batu ini tak bergerak pun, maksudnya batu ni bukan benda hidup la kan?
Babak 5 : Kesimpulan dan Penutup
Pn Mariam :silhouette: : Betul tu. Wah Abu dan Ali dah pandai. Jadi, boleh beritahu mama apa beza antara benda hidup dan benda bukan hidup?
Abu & Ali :silhouettes: : Boleh mama. Benda hidup ni boleh bernafas, boleh makan dan minum,boleh bergerak dan boleh membiak tetapi benda bukan hidup ia tidak boleh.
Babak 6 : Penilaian Interaktif
Abu :silhouette: : Jadi, kawan-kawan semua dah jelas ke beza antara benda hidup dan bukan benda hidup ?
Ali :silhouette: : Okay baik !
Kawan-kawan semua dah faham kan.
Ali :silhouette: : Jom kita jawab soalan
di sebelah bersama-sama....
Soalan kuiz interaktif Genially: Benda Hidup & Bukan Hidup
Soalan 1: Yang manakah antara berikut ialah benda hidup?
Soalan 2: Apakah ciri utama benda hidup?
Soalan 3: Yang manakah antara berikut ialah benda bukan hidup?
Soalan 4: Benda bukan hidup biasanya...?
Soalan 5: Apakah perbezaan utama antara benda hidup dan bukan hidup?
Soalan 6: (Betul atau Salah ):
Adakah gambar diatas adalah Benda Hidup? (👶🏻 dan 🦋)
Jawapan: Betul :check:
Soalan 7: (Betul atau Salah):
Adakah gambar diatas boleh bernafas dan membiak? (🧸 dan 💡)
Jawapan: Salah :red_cross:
Soalan 8: (Drag and Drop):
1)Bola tidak boleh bernafas. Bola ialah [bukan benda hidup]
2)Manusia makan dan minum. Manusia ialah [benda hidup]
3)Kucing adalah benda hidup kerana ia [membiak].
4)Buku [tidak bergerak] kerana ia benda bukan hidup.
Soalan Kahoot Maklum Balas Pelajaran: Benda Hidup & Benda Bukan Hidup
Soalan 1: Saya seronok belajar tentang Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup hari ini.
Soalan 2: Adakah kamu faham tentang Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup selepas menonton video animasi tadi?
Soalan 3: Saya faham perbezaan antara Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup.
Soalan 4: Saya ingin belajar lebih banyak tentang Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup.
Soalan 5: Berikan 'satu' contoh Benda Hidup yang kamu lihat hari ini.
Soalan 6: Berikan 'satu' contoh Benda Bukan Hidup yang kamu lihat hari ini.