Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
E-PEMBELAJARAN 1 EDUP3143, NUR AISHAH NAJIHAH BINTI MOHD FAIZAL ASMAH…
E-PEMBELAJARAN 1 EDUP3143
KEPENTINGAN KAWALAN SOSIAL DALAM MENANGANI SALAH LAKU MEMBABITKAN PENYOKONG BOLA SEPAK DI MALAYSIA
FAKTOR PENYEBAB SALAH LAKU
Umur
Bodin, Heas & Robin (2004) mendapati bahawa kebanyakan kes membabitkan keganasan semasa menyaksikan perlawanan bola sepak dilakukan oleh golongan muda
Golongan muda sekitar usia 15-25 tahun lebih gemar untuk terlibat dalam pergaduhan berbanding dengan golongan yang lebih berusia (Otto, 1999; Fikret & Bilal, 2005; Spaaij 2006)
Elemen Maskuliniti
Kleomanis (2004) faktor maskuliniti yang sememangnya tidak dapat lari dengan sifat kasar, ingin menunjukkan kekuasaan serta keupayaan diri ada kalanya menjadi keterlaluan sehingga berlakunya pelanggaran undang-undang dan merosakkan harta benda awam
Kaum lelaki yang disosialisasikan dengan elemen maskuliniti dalam diri mereka merasakan bahawa perlu adanya unsur keganasan, kekasaran bagi membuktikan imej maskuliniti yang dimiliki mereka (Young & White, 2000)
Penyokong Fanatik
apabila pasukan mereka tidak dapat mencapai kehendak mereka yakni beroleh kemenangan, golongan ini mudah dikawal oleh emosi negatif
Bermula secara verbal dengan mengutuk dan memaki hamun pasukan sendiri dan juga pasukan lawan dan berakhir dengan merosakkan harta benda awam serta bergaduh dengan penyokong pasukan lawan (Young, 1993; Spaijj, 2006)
Golongan ini sering kali menganggap bahawa setiap sen yang telah dilaburkan terhadap pasukan kegemaran mereka sepatutnya membawa kepada kemenangan selari dengan apa yang dilaburkan oleh mereka
Kelemahan Kawalan Sosial
Jumlah anggota keselamatan yang tidak mencukupi menjadikan sukar untuk mengawal kesemua penyokong bola sepak yang berjumlah puluhan ribu di dalam stadium
JENIS SALAH LAKU
Verbal
mengganggu emosi penyokong lawan dan akan menyebabkan reaksi yang berlawanan berlaku sehingga diakhiri dengan serangan fizikal
Contohnya, menjerit, mencaci maki, mengeluarkan kata-kata lucah serta memperlekehkan pasukan dan penyokong lawan
Rusuhan Penyokong
Pada tahun 2015 apabila pasukan Sarawak melakukan rusuhan di Stadium Sarawak dengan merosakkan harta benda stadium dan bergaduh dengan anggota keselamatan sehingga insiden tersebut terpaksa dihuraikan dengan tembakan gas pemedih mata
Stadium Kelantan pada tahun 2010 yang menyaksikan para penyokong Kelantan bukan sahaja merosakkan harta benda stadium malah membakar kenderaan awam serta bergaduh dengan anggota polis
LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN SALAH LAKU PENYOKONG BOLA SEPAK
Kemudahan sekuriti seperti CCTV di dalam stadium perlu ditambah baik
jumlah anggota polis di stadium perlu ditambah agar dapat menimbulkan rasa gerun dalam kalangan penyokong
Self-regulation (Para penyokong perlu mengambil tanggungjawab terhadap setiap kesalahan yang mereka lakukan)
hubungan antara penyokong dengan kelab atau pasukan dapat memastikan para penyokong mematuhi norma dan peraturan yang telah ditetapkan
REALITI KEPELBAGAIAN KAUM KE ARAH PERPADUAN
NASIONAL PASCA MERDEKA
Konsep Kemajmukan dan Perpaduan Nasional
Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk dengan pelbagai kaum dan budaya.
Kepelbagaian etnik boleh menjadi cabaran dalam pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan nasional
Konsep unity in diversity diterapkan dengan memastikan hubungan antara kaum sentiasa terpelihara
Kontrak Sosial dan Asas Perpaduan
Kontrak Sosial adalah asas kepada perpaduan kaum yang dibentuk melalui permuafakatan pemimpin sebelum kemerdekaan
Perjanjian ini diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 dan masih menjadi asas kepada kestabilan negara
Walaupun ada pihak yang mempertikaikannya, Kontrak Sosial kekal sebagai formula utama dalam hubungan etnik di Malaysia.
Strategi Mencapai Perpaduan Nasional
Demokrasi permuafakatan (consociationalism) menjadi model yang diamalkan dalam sistem politik Malaysia
Rundingan dan toleransi antara kaum diperlukan bagi memastikan keharmonian berterusan
Pengenalan konsep 1Malaysia bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.
Cabaran Perpaduan Nasional
Sistem pendidikan vernakular sering dikaitkan dengan pemisahan kaum sejak usia muda
Isu dasar afirmatif seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sering menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat majmuk
Polarisasi kaum masih berlaku akibat perbezaan budaya, pendidikan dan ekonomi.
Perbandingan dengan Negara Lain
Thailand dan Indonesia mewajibkan etnik minoriti berasimilasi, manakala Malaysia mengekalkan identiti setiap kaum
Berbeza dengan Indonesia yang mengamalkan asimilasi secara paksa, Malaysia menggunakan pendekatan integrasi
NUR AISHAH NAJIHAH BINTI MOHD FAIZAL
ASMAH WATY BINTI KAMARUDIN
SIDRATUL MUNTAHA BINTI ROSLI