Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perbezaan Tafsir, Takwil dan Terjemahan - Coggle Diagram
Perbezaan Tafsir, Takwil dan Terjemahan
TAFSIR
Bahasa: Menurut Al-Suyuti (1991), tafsir ialah masdar atau kata terbitan di atas wazan taf il (تَفْعِييْل) yang berasal daripada perkataan fassara (فَسَّرَ) dan bermaksud menerangkan atau menyatakan sesuatu.
Istilah: Menurut Al-Zarkashi (1998), menyebut bahawa tafsir ialah ilmu untuk memahami Al-Quran yang mengandungi keterangan makna, hukum-hakam dan hikmah. Tafsir ialah satu displin ilmu yang membincangkan mengenai cara-cara memahami makna Al-Quran pada maksudnya yang sebenar melalui kaedah-kaedahyang dipersetujui oleh para ulama.
TAKWIL
Bahasa:
- Al-Zarkashi: Berasas daripada kata 'al-awl' yang bermaksud al-ruju iaitu kembali.
- Al-Fayruz al-Abadi: 'Kembali' ialah kembali ke belakang dan mundur daripada makna zahir.
Istilah: Menurut Ibn Jarir al-Tabari, takwil ialah mentafsirkan perkataan dan menjelaskan pengertian maknanya sama ada ia bersesuaian dengan zahir ayat ataupun bertentangan.
Perbezaan
-
Terjemahan
Memindahkan maklumat daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran dengan mencari padanan yang paling sejadi antara keduanya supaya hasilnya tepat dan boleh difahami.
-
TERJEMAHAN
Kesimpulan: Terjemahan adalah satu proses seni dalam memindahkan maklumat daripada abahsa sumber kepada bahasa sasaran dengan mencari padanan yang paling sejadi antara keduanya supaya hasilnya tepat dan boleh difahami. Dengan itu, konteks terjemahan al-Quran terdapat 2 iaitu:1.Memindahkan perkataan yang terdapat dalam al-Quran ke dalam bahasa sasaran tanpa memberikan penjelasan dengan tidak membuat sebarang perubahan pada makan asal.
- Memindahkan perkataan yang terdapat dalam al-Quran ke dalam bahasa sasaran serta mentafsirkannya supaya tidak terikat dengan susunan dana tatabahasa perkataaan sumber supaya makna yang disampaikan dapat difahami.
Istilah: Menurut Muhammad Arsyad Abdul Majid, penterjemahan ialah mengalih satu bahasa kepada bahasa lain. Pengalihan ini melibatkan mesej teks bahasa sumber, gaya bahasa dan tindak balasa yang sam daripada pembaca bahasa sasaran.
Bahasa: Menurut Mohd Bakri Aziz et.al, perkataan terjemah diambil daripada bahasa proto-semitik Arab iaitu al-tarjamah yang bermaksud mentafsirkan perkataan lisan atau tulisan dengan menggunakan perkataan bahasa lain.