Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengertian
اسلام - Coggle Diagram
Pengertian
اسلام
Bahasa
Secara etimologi, perkataan اسلام berasal daripada bahasa Arab iaitu aslama yang diambil kosa kata salima bererti selamat dan sentosa.
- Islam berasal dari kata as-salm yang bererti damai.
- Islam berasal aslama yang bererti berserah diri atau pasrah yang merujuk kepada tindakan hamba Allah dalam melaksanakan perintah Allah.
- Islam berasal dari kata istaslama-mustaslimun yang bererti penyerahan sepenuhnya kepada Allah SWT.
- Islam berasal dari kata saliim yang bererti selamat dan sejahtera.
Istilah
Islam merupakan ketundukan seorang hamba kepada wahyu Ilahi yang diturunkan kepada para nabi dan rasul khususnya Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan pedoman dan hukum Allah SWT yang dapat membimbing umat manusia ke jalan yang lurus.
Islam juga merujuk kepada penyerahan diri secara total kepada Allah SWT tanpa ada kompromi atau kehendak hati atau paksaan terhadap perintah Tuhan sejak Nabi Adam A.S.
Dari sudut syarak, Islam bermakna mentauhidkan Allah, patuh, jujur kepadaNya serta beriman ajaran agama.
Islam merujuk kepada ketaatan kepada Allah SWT secara bukan paksaan kerana Islam merupakan pedoman hidup yang paling SEMPURNA untuk dijadikan petunjuk kepada seluruh kehidupan manusia.
Pandangan
Ulama
-
Sufyan
ats-Tsauri
-
Kata as-silmi sebagai proses pendamaian serta ketundukan pada nilai-nilai universal yang ada dalam setiap ajaran.
-
Sayyid Quthb
Islam bererti patuh dan taat kepada perintah Allah serta kepada syariatnya, Rasul beserta manhajnya.
Sesiapa yang tidak patuh, taat dan berittiba', maka ia bukanlah dikategorikan sebagai seorang muslim. Ini kerana golongan tersebut bukanlah daripada agama yang diredai Allah.