Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
strategi pembelajaran berpusatkan bahan penggunaan sumber Sejarah - Coggle…
strategi pembelajaran berpusatkan bahan penggunaan sumber Sejarah
KONSEP
Merujuk kepada pendekatan yang memberi fokus kepada penggunaan bahan atau sumber pembelajaran yang relevan dan autentik
Melibatkan penggunaan bahan seperti dokumen, gambar , artifak, video atau sumber digital yang berkaitan dengan kandungan Sejarah.
Bertuijuan memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakba dan interaktif kepada murid.
OBJEKTIF
Membina pemikiran kritid melalui analisis bahan sejarah
Menggalakkan murid memahami konteks dan hubungan sebab-akibat dalam sejarah.
Memberikan pengalaman pembelajaran yang melibatkan kemahiran seperti menganalisis, membuat interpretasi, dan mengambil pengajaran daripada sejarah.
Jenis Sumber yang Digunakan
Sumber Utama: Dokumen asal, peta lama, manuskrip, dan artifak seperti duit syiling atau senjata.
Sumber Sekunder: Buku teks, artikel, jurnal, dan dokumentari.
Sumber Digital: Animasi, laman web pendidikan, dan aplikasi realiti maya (VR) yang berkaitan dengan sejarah.
CONTOH PELAKSANAAN
Aktiviti Peta Konsep Sejarah: Murid menggunakan peta lama untuk menganalisis kedudukan strategik sesebuah kerajaan Melayu awal.
Kajian Dokumen: Murid menganalisis teks Proklamasi Kemerdekaan untuk memahami isi kandungan dan semangat perjuangan
Eksplorasi Artifak: Guru membawa replika artifak sejarah seperti keris atau tembikar untuk diterokai murid.
Simulasi dan Lakonan: Murid melakonkan situasi penting sejarah berdasarkan fakta yang diperoleh daripada bahan kajian.
KEPENTINGAN
Membantu murid memahami sejarah secara kontekstual dan mendalam.
Menjadikan pembelajaran lebih menarik dan praktikal.
Membina kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, komunikasi, dan kreativiti.
Cabaran dan Penyelesaian
Cabaran: Kekurangan bahan autentik atau murid tidak mahir menggunakan sumber digital.
Penyelesaian: Guru boleh mencipta bahan tiruan atau menggunakan sumber digital seperti aplikasi Sejarah interaktif yang mudah diakses.