Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Hubungan Insan/Manusia dengan Tuhan - Coggle Diagram
Hubungan Insan/Manusia dengan Tuhan
Kesimpulan
Kerohanian adalah perkara-perkara berkait rapat dengan roh yang melibatkan emosi, perasaan dalaman dan pertimbangan akal sihat manusia.
Aspek kerohanian yang seimbang, kukuh dan mampan adalah sumber pegangan moral manusia bagi meneruskan kehidupan di alam ini.
Definisi Tuhan
Dalam Kamus Dewan, 'Tuhan' didefinisikan sebagai sesuatu seperti dewa yang dipuja oleh segolongan orang yang beragama atau berkepercayaan.
Secara umum, 'Tuhan' difahami sebagai sesuatu entiti yang mencipta alam, kekal, berkuasa, mengawal alam, disembah dan mengawal makhluk
Teologi
Hasil daripada proses pertimbangan dan penilaian akal manusia yang berkaitan dengan ketuhanan, keagamaan dan kerohanian.
Kepercayaan manusia berbeza berdasarkan kedudukan geografi, sosial dan latar belakang kebudayaan mereka. Contohnya, bangsa Eropah umumnya beragama Kristian manakala bangsa Arab beragama Islam.
Hubungan Insan-Tuhan
Hubungan manusia dengan Tuhan mempengaruhi kehidupan manusia sepanjang sejarah peradaban.
Segala gerak laku, aktiviti dan tindakan manusia terhadap alam dan sesama manusia bergantung kepada hubungan mereka dengan Tuhan. Jika baik hubungan dengan Tuhan, maka baiklah tindakan kepada alam.
Persoalan Keagamaan atau Kerohanian
Malik Bennabi
Agama fenomena alam yang wujud menguasai fikiran dan peradaban manusia, sebagaimana magnet menguasai benda serta mendominasi perkembangan benda
Emile Durkheim
Agama ialah kumpulan sistem keyakinan dan amalan-amalan yang berkaitan dengan sesuatu yang suci, tabu, keyakinan-keyakinan dan amalan-amalan yang menyatukan para pengikut dalam satu kesatuan moral.
E.B. Tylor dan James Frazer
Agama sebagai kepercayaan pada makhluk rohani dan merupakan gerakan intelektual semata-mata.
Sigmund Freud
Agama adalah bentuk neurosis jisim, iaitu gangguan mental yang ringan dan wujud hanya sebagai tindak balas kepada konflik dan kelemahan emosi yang mendalam.
Nama: Mohammad Fikri Arfan
No matrik: 228404