Definisi
-Istilah ini berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu 'Meta' dan 'fizik'. 'Meta' bermaksud 'melampaui', 'melebihi', 'tingkatan yang lebih tinggi', atau 'sesuatu yang berada di luar atau selepas sesuatu', yang menunjukkan konsep melampaui sempadan atau batasan fizik. Manakala, 'fizik' merujuk kepada perkara-perkara atau alam yang bersifat material atau nyata, yang dapat diukur atau dirasai melalui panca indera. Oleh itu, kajian terhadap kebenaran yang terletak di sebalik atau selepas dimensi fizikal ini perlu diteroka.