Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JENIS PENSAMPELAN (SAMPLING) Maisurah binti Supi - Coggle Diagram
JENIS PENSAMPELAN (SAMPLING)
Maisurah binti Supi
PENSAMPELAN RAWAK (RANDOM SAMPLING)
Kaedah ini melibatkan pemilihan responden secara rawak, di mana setiap individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.
Kelebihan: Meminimumkan bias & menjamin keterwakilan populasi.
Contoh: Menggunakan jadual nombor rawak atau perisian komputer untuk memilih sampel.
PENSAMPELAN SISTEMATIK (SYSTEMATIC SAMPLING)
Dalam kaedah ini, responden dipilih pada sela tertentu selepas memilih titik permulaan secara rawak.
Kelebihan: Mudah, efisien dan membolehkan penyebaran sampel merata dalam populasi.
Contoh: Jika populasi mempunyai 1,000 individu dan saiz sampel ialah 100, pilih setiap individu ke-10 dari senarai.
PENSAMPELAN BERLAPIS (STRATIFIED SAMPLING)
Kaedah ini digunakan apabila populasi mempunyai subkumpulan (lapisan) yang berbeza. Populasi dipecahkan kepada strata, dan sampel diambil secara rawak dalam setiap strata.
Kelebihan: Menjamin keterwakilan setiap subkumpulan dan sesuai untuk populasi yang heterogen.
Contoh: Dalam kajian demografi, populasi dibahagikan kepada strata berdasarkan umur, jantina, atau lokasi.
PENSAMPELAN KLUSTER (CLUSTER SAMPLING)
Kaedah ini melibatkan pembahagian populasi kepada kluster (contohnya, kawasan geografi), dan kemudian beberapa kluster dipilih secara rawak untuk kajian.
Kelebihan: Kos efektif, terutamanya untuk populasi yang besar. dan mudah untuk menguruskan data.
Contoh: Mengambil sekolah tertentu secara rawak untuk kajian tentang pelajar.
PENSAMPELAN MUDAH (CONVENIENCE SAMPLING)
Kaedah ini melibatkan pemilihan sampel berdasarkan kemudahan penyelidik.
Kelebihan: Mudah, cepat dilaksanakan dan kos yang rendah.
Contoh: Menggunakan responden yang berada berhampiran atau mudah diakses.
PENSAMPELAN TUJUAN (PURPOSIVE SAMPLING)
Kaedah ini melibatkan pemilihan sampel berdasarkan kriteria tertentu yang ditetapkan oleh penyelidik.
Kelebihan: Sesuai untuk kajian dengan fokus tertentu & Berguna jika hanya individu tertentu mempunyai maklumat yang diperlukan.
Contoh: Mengambil doktor pakar untuk kajian tentang rawatan penyakit tertentu.
PENSAMPELAN BOLA SALJI (SNOWBALL SAMPLING)
Kelebihan: Memudahkan akses kepada responden sukar ditemui & Sesuai untuk populasi tersembunyi atau kecil.
Contoh: Kajian tentang komuniti minoriti tertentu.
Kaedah ini digunakan apabila populasi sukar dikenal pasti. Responden yang dipilih pertama kali membantu mengenal pasti individu lain.
PENSAMPELAN BERKADARAN (PROPORTIONAL SAMPLING)
Sampel diambil mengikut kadar tertentu berdasarkan saiz strata dalam populasi.
Kelebihan: Memastikan setiap strata diwakili secara berkadaran & sesuai untuk analisis perbandingan.
Contoh: Dalam kajian pelajar universiti, bilangan sampel daripada setiap fakulti dipilih berdasarkan peratusan pelajar di fakulti tersebut.