Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN - Coggle Diagram
FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN
FENOMENA DAN MANIFESTASI RELATIVISME PASCAMODEN
Cabaran Ideologi Relativisme Pascamoden
Interaksi budaya global:
Menimbulkan konflik nilai dan etika.
Isu global utama:
Hak asasi manusia, perubahan iklim, ketidaksamarataan ekonomi memerlukan pendekatan sejagat.
Cabaran pascamodenisme:
Menolak kebenaran mutlak, sukar menangani konflik nilai tradisional vs. nilai universal.
Relativisme:
Kelebihan – Menggalakkan keterbukaan dan inklusiviti;
Kekurangan – Tidak menyediakan panduan moral jelas.
Kritikan relativisme:
Kurang konkrit dalam isu diskriminasi, penindasan, dan keganasan.
Keperluan dunia moden:
Keseimbangan antara keterbukaan budaya dan prinsip etika universal untuk keharmonian sosial.
KRITIKAN FAHAMAN RELATIVISME
Kritikan terhadap Relativisme
Membenarkan pelanggaran hak asasi manusia atas nama budaya dan mencetus dilema moral.
Cabaran Global
Menyukarkan kerjasama antarabangsa dalam isu keadilan, hak asasi, dan alam sekitar.
Pandangan Ahli Falsafah:
Kant: Perlunya prinsip moral universal untuk keadilan.
MacIntyre: Relativisme merosakkan kebaikan bersama.
TEORI RELATIVISME
Relativisme
Kebenaran, nilai, dan moral bergantung pada individu, budaya, atau konteks sosial; tiada yang bersifat mutlak
Pascamodenisme
Menolak hierarki nilai tradisional, mengangkat pluralisme, dan menerima pelbagai tafsiran.
Pandangan Tokoh
Foucault & Derrida menyatakan kebenaran dipengaruhi kuasa dan wacana dominan.
Implikasi
Toleransi terhadap perbezaan.
Menimbulkan isu dalam menilai kebenaran di peringkat global.
IMPLIKASI RELATIVISME PASCAMODEN DALAM KEHIDUPAN
RELATIVISME PASCAMODEN KEHIDUPAN TANPA HAKIKAT DAN KEBENARAN
Impak
Konflik nilai antara generasi tradisional dan pascamoden.
Kehilangan garis panduan untuk menilai benar/salah.
Perpecahan masyarakat dan tanggungjawab sosial berkurang.
Ciri-ciri
Tolak prinsip tradisional; moral dan etika fleksibel; tafsiran bebas (contoh: seni, agama).
Definisi
Menolak kebenaran mutlak; kebenaran relatif berdasarkan pandangan individu/kumpulan.
CABARAN IDEOLOGI RELATIVISME PASCAMODEN
Perbezaan Modenisme dan Pascamodenisme
Modernisme
Percaya pada kebenaran mutlak dan objektif.
Fokus pada rasionaliti, logik, sains, dan kaedah saintifik.
Mengagungkan budaya tinggi (seni, muzik klasik, sastera).
Menjunjung hierarki sosial dan budaya.
Mendorong kapitalisme liberal dan revolusi industri.
Tokoh: Immanuel Kant, John Locke.
Pascamodenisme
Menolak kebenaran mutlak, menganggap kebenaran relatif dan subjektif.
Menentang logocentrisme, utamakan emosi, intuisi, dan kerohanian.
Fokus pada egalitarianisme, keadilan sosial, dan kesamarataan.
Mencabar hierarki tradisional dan autoriti.
Menyokong sosialisme, kepelbagaian, dan budaya popular.
ORIENTASI PEMIKIRAN MASYARAKAT KONTEMPORARI
Era Awal
Hidup bergantung pada naluri tanpa orientasi pemikiran.
Era Klasik
Pembinaan tamadun, rekod sejarah bermula.
Zaman Pertengahan (Medieval)
Muncul ideologi keagamaan.
Era Moden Awal
Ideologi modenisme (sekularisme, humanisme, liberalisme).
Era Pascamoden
Ideologi pascamodenisme (relativisme, subjektivisme, skeptisisme), dipacu teknologi.
GARIS MASA IDEOLOGI
Asal Usul
Relativisme bermula dari rasionalisme (Descartes, Kant) dan berkembang dengan konsep "kematian tuhan" (Nietzsche).
Awal Abad ke-20
Eksistensialisme (Sartre, Heidegger) dan falsafah bahasa (Wittgenstein, Saussure) menunjukkan kebenaran bergantung pada konteks.
Kemuncak (1950–1970)
Foucault, Lyotard, Derrida menolak naratif agung, melihat kebenaran sebagai hasil kuasa dan sosial.
Dominasi dan Kritikan
Dominan di akademia, dikritik oleh Habermas yang mempertahankan kebenaran objektif.
Abad ke-21
Terus memengaruhi budaya, menghadapi cabaran dalam isu global seperti pandemik dan perubahan iklim.
TAKRIFAN MODENISME DAN PASCAMODENISME
Modenisme:
Berkembang pada abad ke-18 bersama gerakan Pencerahan.
Menekankan akal rasional dan kaedah saintifik untuk mencapai kebenaran dan kemajuan.
Dipengaruhi oleh Kant, Locke, dan Hume, yang menolak kepercayaan medieval.
Sains dan empirisisme dianggap asas membina masyarakat maju dan logikal.
Kejayaan sains memberikan keyakinan bahawa dunia boleh diperbaiki melalui pendekatan objektif dan rasional.
Pascamodenisme
Reaksi terhadap modenisme; mempertikaikan rasionaliti dan objektiviti sebagai ukuran tunggal kebenaran.
Reaksi terhadap modenisme; mempertikaikan rasionaliti dan objektiviti sebagai ukuran tunggal kebenaran.
Menolak pandangan bahawa sains adalah neutral dan progresif, menyatakan ia dipengaruhi oleh konteks sosial dan budaya.
Thomas Kuhn: Sains berkembang dengan faktor bukan rasional.
Sosial konstruktivis: Ilmu mencerminkan kepentingan masyarakat, bukan realiti objektif.
Menerima kepelbagaian perspektif, melihat kebenaran sebagai relatif dan terikat konteks sosial dan sejarah.
JAWAPAN AGAMA DAN TRADISI TERHADAP RELATIVISME PASCAMODEN
BAGAIMANA AGAMA DAN TRADISI MENANGANI CABARAN IDEOLOGI RELATIVISME PASCAMODEN
Dialog
Galakkan dialog antara agama untuk toleransi dan pemahaman mendalam.
Kontekstualisasi
Sesuaikan ajaran dengan realiti moden tanpa ubah intipati kepercayaan.
Nilai Moral
Menekankan keadilan, kasih sayang, dan kebaikan sebagai nilai universal.
Pendidikan
Memperkukuh pemahaman ajaran melalui pendidikan dan penyelidikan.
Kebenaran Mutlak
Agama menegaskan kebenaran Ilahi yang kekal (contoh: Al-Quran, Alkitab).
Spiritualiti
Hubungan peribadi dengan Ilahi sebagai alternatif kepada relativisme.
KESAN FAHAMAN RELATIVISME KEPADA FAHAMAN KEAGAMAAN
Agama dan Relativisme
Agama bersifat dogmatik: penerimaan mutlak, tiada ruang keraguan.
Relativisme menolak kebenaran mutlak, menganggap kepercayaan relatif pada konteks.
Kesan Relativisme pada Agama
Cabaran Doktrin
Kitab suci dan nilai tradisional dipersoalkan.
Pluralisme
Semua agama dianggap setara; toleransi meningkat, tetapi keyakinan pada autoriti agama melemah.
Norma Moral
Prinsip moral agama diinterpretasi semula, menimbulkan ketegangan antara konservatif dan liberal.
Spiritualiti Individu
Fokus pada pengalaman peribadi, bukan institusi agama.
Fenomena "spiritual but not religious" meningkat, mengurangkan kepercayaan pada agama formal.