Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penyelesaian Masalah
Pendekatan yang berpusatkan pelajar
Pelajar diberi masalah yang kompleks untuk diselesaikan. Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menganalisis masalah, mencari maklumat, dan menghasilkan penyelesaian.
Pembelajaran Berasaskan Projek
Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa tertentu.
Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan.
Penilainya dijalankan pada setiap tahap proses sehingga ke tahap hasil yang telah lengkap.
Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.
Pembelajaran Koperatif
Pelajar bekerja dalam kumpulan kecil untuk mencapai tujuan pembelajaran bersama
Mengutamakan kolaborasi, interaksi sosial, dan penglibatan aktif antara pelajar.
Pembelajaran Kecerdasan Pelbagai
Mempunyai hubungkait yang rapat dengan bidang pendidikan.
Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan dan cara murid berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan berbanding dengan murid yang lain.
Pembelajaran Kontekstual
Menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on
Guru digalakkan memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang bermakna.
Pembelajaran Konstruktivisme
Berfokus pada pembelajaran yang aktif dan melibatkan pelajar dalam proses pembinaan pengetahuan mereka sendiri
Pelajar digalakkan untuk mencari maklumat baru berdasarkan pengalaman yang lalu dan cabaran semasa.
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Melibatkan pemahaman tentang cara pelajar memperoleh, mengatur, dan menilai maklumat untuk meningkatkan pemahaman dan pencapaian akademik.
Kajian Masa Depan
Untuk memahami dan meramalkan perkembangan yang mungkin berlaku di masa depan, serta untuk membantu merancang dan menyediakan strategi untuk menghadapi cabaran atau peluang yang akan datang.
Memberi tumpuan kepada pemahaman mengenai kemungkinan, pilihan, dan tindakan yang akan diambil untuk membentuk masa depan yang diinginkan.
Pembelajaran Akses Kendiri
Melibatkan kemampuan untuk mencari, memilih, dan menggunakan sumber pembelajaran secara bebas, tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.
Menekankan aspek disiplin diri dan kemahiran pengurusan masa dalam mengakses bahan pembelajaran serta membuat keputusan yang bersesuaian dengan keperluan peribadi.
Penyelesaian Luar Bilik Darjah
Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka konsep dan kemahiran melalui aktiviti praktikal di dunia nyata, seperti lawatan, kajian lapangan, projek komuniti, atau pembelajaran berasaskan alam sekitar. Pendekatan ini membantu pelajar mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan sebenar dan memperkukuh pemahaman mereka melalui pengalaman langsung.
Pembelajaran Masteri
Untuk memastikan murid dapat menguasai objektif pembelajaran yang dihasratkan dalam pembelajaran sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya.
Fokus kepada penguasaan murid dalam perkara yang dipelajari.
Pendekatan Modular
Kaedah pembelajaran yang membahagikan kandungan kursus atau subtopik kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul
Setiap modul merangkumi topik tertentu yang boleh dipelajari secara berasingan dan membolehkan pelajar menguasai satu topik sebelum beralih ke topik seterusnya.
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan Berasaskan pengetahuan sedia ada.
Pelajar terlibat secara langsung dalam aktiviti yang merangsang pemikiran kritikal, refleksi, dan penemuan pengetahuan.
Pembelajaran dimulakan dengan soalan atau masalah yang memerlukan penyelidikan, eksperimen, dan analisis untuk mencari jawapan.
Pendekatan Didik Hibur
Kaedah pembelajaran yang menggabungkan unsur-unsur hiburan dalam pengajaran untuk menarik minat pelajar.
Guru menggunakan aktiviti yang menyeronokkan, seperti permainan, lagu atau drama untuk menyampaikan maklumat mahupun konsep dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami.
Kepelbagaian Sumber dan Bahan
Peralatan atau perkakasan bahan perisian media akan digunakan sesama PdP.
Akhbar
Majalah
Kamus
Internet
CD atau DVD
Pendekatan Tematik
Pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat,latar belakang dan tahap perkembangan murid.
Saling berkait dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang diperoleh secara tersusun dan sistematik.