Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 4 : Leadership and Motivation - Coggle Diagram
TOPIK 4 : Leadership and
Motivation
4.1 Apa itu motivasi
motivasi adalah keadaan atau dorongan dalaman yang memulakan dan mengekalkan tingkah laku seseorang.
Motivasi memberi kesan terhadap
Tahap rangsangan: Keamatan atau semangat untuk melakukan sesuatu
Pilihan: Memilih alternatif tertentu
Prestasi: Jumlah usaha yang diberikan
Ketahanan: Sama ada terus bekerja walaupun berdepan halangan atau berhenti
Keadaan emosi
Pengalaman positif memberi kepuasan (contohnya, pelajar berjaya memahami pelajaran)
Pengalaman negatif yang berterusan boleh menyebabkan kehilangan motivasi (contohnya, gagal memahami pelajaran).
4.2 KEPIMPINAN DAN MOTIVASI
Tugas seorang pemimpin pendidikan (contohnya, di sekolah, kolej atau universiti) adalah memastikan tugas dilaksanakan oleh kakitangan dengan cara memotivasikan mereka
Kepentingan Kakitangan Bermotivasi
Keperluan survival: Kakitangan yang bermotivasi adalah lebih produktif dan kreatif
Pemahaman motivasi pekerja
Keperluan survival: Kakitangan yang bermotivasi adalah lebih produktif dan kreatif
Contoh: Apabila pendapatan meningkat, wang menjadi kurang motivasi (Kovach, 1987)
Semakin tua, kerja yang menarik lebih menjadi motivasi.
Cabaran Memotivasikan Pekerja
Subjek motivasi sering tidak difahami dengan jelas dan sukar dipraktikkan
Untuk memahami motivasi, perlu memahami sifat manusia yang kompleks
Analogi Motivasi
Seperti membawa kuda ke kolam air, tetapi ia hanya akan minum jika ia haus
Begitu juga, guru hanya akan melakukan kerja tambahan (seperti kelas tambahan) jika mereka bermotivasi secara dalaman atau melalui rangsangan luaran
4.3 Teori Motivasi
4.3.1 TEORI MOTIVASI McClelland
David Clarence McClelland, seorang pakar motivasi yang terkenal, mengkaji fenomena motivasi dalam tempat kerja dan memperkenalkan teorinya dalam buku Human Motivation (1988). Teorinya menyatakan bahawa motivasi seseorang berpunca daripada keperluan untuk pencapaian, kuasa/autoriti, atau afiliasi, atau gabungan ketiga-tiga aspek ini.
(a) Motivasi Pencapaian (Achievement Motivation - n-ach)
Dimotivasikan untuk mencapai matlamat yang realistik tetapi mencabar
Memerlukan maklum balas berterusan mengenai pencapaian dan kemajuan.
Ciri-Ciri Orang yang Bermotivasi Tinggi Dalam Pencapaian (n-ach)
Pencapaian lebih penting daripada ganjaran material atau kewangan
Kepuasan peribadi lebih besar daripada pujian atau pengiktirafan.
Ganjaran kewangan dilihat sebagai ukuran kejayaan, bukan matlamat akhir.
Keselamatan (security) dan status bukan pemacu utama motivasi.
Maklum balas adalah penting untuk menilai kejayaan, bukan untuk pujian. bersifat reliable (boleh dipercayai), kuantitatif, dan faktual.
Sentiasa mencari cara untuk memperbaiki dan meningkatkan cara kerja.
Motivasi Kuasa/Autoriti (n-pow)
Didorong oleh keperluan untuk mempengaruhi, menjadi berkesan, dan memberi kesan
Berhasrat untuk memimpin dan melaksanakan idea serta meningkatkan status peribadi dalam kumpulan.
Motivasi Afiliasi (n-affil)
Didorong oleh keperluan untuk hubungan yang mesra dan interaksi dengan orang lain.
Fokus kepada keinginan untuk disukai, diterima, dan menjadi popular dalam kumpulan
4.3.2 Vroom’s Expectancy Theory
Teori ini mengkaji motivasi dari sudut kenapa seseorang memilih untuk mengambil tindakan tertentu.
Individu percaya bahawa usaha akan membawa kepada prestasi, dan prestasi akan membawa kepada ganjaran. Ganjaran boleh bersifat positif atau negatif
Ganjaran positif meningkatkan motivasi & Ganjaran negatif mengurangkan motivasi
Teori ini mengandaikan bahawa manusia membuat pilihan secara sedar untuk memaksimumkan keseronokan dan meminimumkan kesakitan atau kesan negatif.
The expectancy theory states that individuals have different sets of goals and can be motivated if they believe that there is a positive correlation between effort and reward.
Prestasi seseorang bergantung pada
Keperibadian
Kemahiran
Pengetahuan
Pengalaman
Kebolehan
Tiga Pembolehubah Penting Dalam Teori Jangkaan
Valens
Kepentingan ganjaran kepada individu
Adakah wang atau pengiktirafan lebih penting?
Jangkaan (Expectancy)
Kepercayaan bahawa usaha membawa kepada prestasi
Contoh: "Jika saya bekerja lebih keras, hasil kerja saya akan lebih baik.
Adakah individu mempunyai sumber atau latihan yang diperlukan?
Instrumentaliti
Kepercayaan bahawa prestasi membawa kepada ganjaran yang dijanjikan
Contoh: "Jika saya memenuhi jangkaan, saya pasti akan mendapat ganjaran.
Peranan pemimpin: Memastikan janji ganjaran ditepati dan pekerja menyedari hubungan usaha-prestasi-ganjaran.
4.3.3 Locke and Latham’s Goal-setting Theory
Teori ini dikemukakan oleh Edwin Locke dan Gary Latham berdasarkan lebih 40 tahun kajian empirikal. Matlamat adalah sasaran atau objektif sesuatu tindakan. Contohnya, mencapai tahap kemahiran tertentu dalam Bahasa Perancis
Matlamat yang berkesan
Jelas (tidak samar-samar) untuk memberikan panduan tindakan
Mencabar untuk merangsang minat
Boleh dicapai supaya tidak menyebabkan kekecewaan
Dilibatkan oleh individu itu sendiri untuk meningkatkan motivasi
Mekanisme Matlamat Mempengaruhi Prestasi
Fungsi Arahan (Directive Function)
Mengarahkan perhatian dan usaha kepada aktiviti yang relevan, serta menjauhi aktiviti yang tidak relevan.
Fungsi Merangsang (Energising Function)
Matlamat yang mencabar meningkatkan usaha.
Tahap kepuasan dicapai apabila matlamat berjaya dicapai.
Mempengaruhi Ketekunan (Persistence)
Tugas yang sukar boleh diselesaikan dengan usaha yang pantas dalam masa singkat atau perlahan dalam masa panjang
Tarikh akhir yang ketat mendorong kadar kerja lebih cepat.
Meningkatkan Pengetahuan & Strategi
Matlamat mendorong penemuan dan penggunaan pengetahuan atau strategi yang relevan.
Isu Penting Dalam Teori Penetapan Matlamat
Keperluan Maklum Balas (Feedback)
Maklum balas membantu individu menilai prestasi dan membuat pembetulan
Maklum balas diri juga penting; elakkan pemikiran negatif yang boleh melemahkan motivasi
Arah Matlamat (Direction)
Matlamat menunjukkan hala tuju jelas, membantu individu fokus dan memilih tindakan yang sesuai.
Ketepatan Matlamat (Accuracy)
Matlamat yang tepat menjelaskan pencapaian yang sebenar
Matlamat tepat menggalakkan usaha berterusan untuk penambahbaikan
Kejelasan Matlamat (Clarity)
Matlamat yang jelas meningkatkan prestasi kerana individu memahami apa yang perlu dicapai.
Aplikasi Teori Penetapan Matlamat
Penilaian Prestasi
Digunakan untuk menilai keberkesanan prestasi pekerja
Kepuasan Kerja
Matlamat mencabar meningkatkan produktiviti, yang mempengaruhi kepuasan kerja.
Semakin hampir individu mencapai matlamat, semakin puas mereka; sebaliknya, semakin jauh dari matlamat, semakin tinggi ketidakpuasan
4.4 MODIFIKASI TINGKAH LAKU DAN MOTIVASI
4.4.1 Modifikasi Tingkah Laku
Modifikasi tingkah laku adalah proses mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku yang diinginkan.
Proses ini membantu individu mencapai matlamat tertentu melalui perubahan tingkah laku
Seorang pelajar yang terpengaruh dengan budaya “kuasa kekerasan” mungkin menunjukkan disiplin buruk dan gagal dalam akademik.
Guru dan pihak sekolah perlu menggunakan kaedah modifikasi tingkah laku untuk menanam budaya positif.
Teori Tingkah Laku
(a) Pelaziman Klasik (Classical Conditioning)
Ivan Pavlov (1890-an)
Menunjukkan bahawa rangsangan (contoh: bunyi loceng) boleh menyebabkan tindak balas (contoh: anjing berliur) selepas latihan tertentu.
Prinsip: Tindak balas automatik terhadap rangsangan - respon (S-R)
Pelaziman Operan (Operant Conditioning)
B.F. Skinner (1932)
Tingkah laku dipelajari melalui ganjaran atau hukuman.
Prinsip: Tindak balas respon → Rangsangan (R → S).
Pemodelan Sosial (Social Modelling)
Albert Bandura (1977)
Menekankan pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan tingkah laku
Proses pemerhatian
Perhatian: Pelajar perlu fokus pada model
Penahanan: Pelajar perlu mengingat tingkah laku yang diperhatikan
Pengeluaran Motor: Pelajar meniru tingkah laku yang dipelajari.
Motivasi: Pelajar perlukan motivasi untuk teruskan tingkah laku
Principals of Behaviour Change
Tingkah laku manusia adalah hasil pembelajaran
Tingkah laku boleh dipelajari semula atau diperbetulkan.
Tingkah laku dipengaruhi oleh ganjaran (positif/negatif).
Faktor dalaman dan luaran (contoh: model dan pujian) mempengaruhi tingkah laku.
Tingkah laku negatif boleh diubah dengan mengubah persekitaran.
Manusia lahir dengan “tabula rasa” (suci tanpa pengaruh).
Tingkah laku dipelajari secara individu melalui latihan, pelaziman, atau pemerhatian.
4.4.2 Pengurusan Perubahan Tingkah Laku (Bandura)
Penetapan Matlamat:
Selepas masalah dikenalpasti, matlamat ditetapkan, seperti pelajar menguasai 80% pembelajaran matematik melalui pembelajaran mastery (pembelajaran yang sistematis dan terstruktur)
Pengenalpastian Masalah:
Masalah pelajar dikenal pasti melalui pemerhatian, rekod pelajar, dan penyelidikan.
Penetapan Data Asas:
Data dari pemerhatian, rekod pelajar dan penyelidikan menjadi rujukan asas untuk merancang program peningkatan akademik.
Pemilihan Intervensi:
Program intervensi direka dan dinilai, tetapi hanya satu dipilih untuk dilaksanakan
Penilaian: Penilaian formatif dilakukan selepas pelaksanaan untuk menilai keberkesanan. Intervensi boleh diubah jika perlu.
Jenis Motivasi Pelajar
(a) (i)Pelajar Berorientasikan Pembelajaran
Berminat mencapai gred baik, meningkatkan kemahiran, dan percaya kebolehan boleh berubah melalui usaha
Suka mencabar diri walaupun tidak berasa sangat pintar
(a) (ii) Pelajar Berorientasikan Imej
Berminat kelihatan bijak untuk elak dipandang rendah.
Percaya kebolehan adalah tetap, tidak berusaha keras, kurang motivasi, dan elak mencuba sesuatu yang baru
Penekanan berlebihan terhadap pengukuhan positif boleh melemahkan semangat mencabar diri.
(b) Teori Atribusi dan Pencapaian (Weiner, 1980)
Mendekati tugas untuk berjaya kerana percaya kejayaan berpunca daripada kebolehan dan usaha.
Lebih gigih apabila menghadapi kesukaran, menganggap kegagalan berpunca daripada kurang usaha.
Memilih cabaran sederhana dengan kadar kejayaan 50% untuk mendapatkan maklum balas prestasi.
Bekerja keras kerana percaya usaha menentukan hasil.
Ciri Pelajar Tidak Bermotivasi
Sikap negatif membawa kepada kurang keyakinan diri, harga diri rendah, dan pencapaian lebih lemah.