Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengajaran dan Pembelajaran Pedagogi Terkini - Coggle Diagram
Pengajaran dan Pembelajaran Pedagogi Terkini
Pembelajaran Masteri
Definisi: Memastikan semua murid menguasai pengetahuan atau kemahiran asas sebelum ke peringkat seterusnya.
Ciri Utama:Penilaian berterusan dan ujian formatif
Pengayaan untuk murid cemerlang, pemulihan untuk murid yang kurang mahir.
Contoh Aktiviti:Latihan bertulis berulang (latih tubi) & Modul tambahan bagi memperkukuh kemahiran.
Pembelajaran Konstruktif
Definisi: Pendekatan yang memberi fokus kepada murid membina pengetahuan melalui pengalaman dan eksplorasi.
Ciri Utama:
Pemusatan murid.
Menyokong pemikiran kritis dan kreatif.
Contoh Aktiviti:
Aktiviti eksperimen sains.
Perbincangan kumpulan untuk menyelesaikan masalah matematik.
Pembelajaran Koperatif
Definisi: Pembelajaran secara kerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama.
Contoh Aktiviti:Teknik Jigsaw: Setiap murid menguasai bahagian tertentu bahan pembelajaran dan berkongsi dengan kumpulan.Aktiviti Think-Pair-Share untuk menyelesaikan teka-teki sejarah.
Ciri Utama:Interaksi dan kerjasama antara murid
Bermain
Definisi: Aktiviti belajar melalui elemen permainan.
Ciri Utama:Interaktif dan menyeronokkan.
Meningkatkan motivasi murid
Contoh Aktiviti:Simulasi jual beli.
Permainan papan untuk mengenal kata nama dan kata kerja.
Latih Tubi
Definisi: Latihan berulang untuk memperkukuh kemahiran asas.
Ciri Utama:Fokus pada pengukuhan.Ulang kaji sistematik.
Contoh Aktiviti:Soalan berstruktur untuk memahami tatabahasa.Menyelesaikan masalah matematik secara berturutan.
Eksperimen
Definisi: Pembelajaran melalui penyelidikan kendiri atau amali.
Ciri Utama:Menyiasat hipotesis.Memupuk kemahiran saintifik.
Contoh Aktiviti:Menjalankan eksperimen sains seperti menguji keasidan bahan.Mencipta model sistem tenaga suria.
Lakonan
Definisi: Pembelajaran melalui lakonan untuk memahami situasi atau konsep.
Ciri Utama:Melibatkan perasaan dan ekspresi diri.
Membina empati dan penghayatan.
Contoh Aktiviti:Lakonan situasi kehidupan harian seperti membeli barang.Bermain peranan sebagai tokoh sejarah.
Projek
Definisi: Aktiviti pembelajaran berasaskan penyelidikan atau penciptaan.
Ciri Utama:Berlangsung dalam tempoh tertentu.
Hasil pembelajaran berbentuk produk atau penemuan
Contoh Aktiviti:Projek berkumpulan membina model jambatan.Penyelidikan tentang biodiversiti kawasan sekolah