Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEMAHIRAN PENERANGAN / ILUSTRASI / CONTOH - Coggle Diagram
KEMAHIRAN PENERANGAN / ILUSTRASI / CONTOH
DEFINISI
Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran.
OBJEKTIF PENGGUNAAN
Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat.
Memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.
Menghuraikan sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah.
Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan peristiwa tertentu.
PRINSIP-PRINSIP
Rancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai.
Contoh-contoh, ilustrasi atau sumber pengejaran hendaklah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu.
Aktiviti menerangkan tidak terlalu lama kerana akan menimbulkan kebosanan kepada murid-murid.
Jika penerangan memakan masa yang lama, gunakan kemahiran variasi rangsangan untuk mengekalkan minat dan perhatian murid.
Perkataan dan istilah yang digunakan dalam penerangan hendaklah berdasarkan pengetahuan murid supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna.
Alat bantu mengajar digunakan semasa menerangkan hendaklah sesuai serta digunakan dengan teknik yang berkesan.
Selepas aktiviti menerangkan, galakan murid bertanya perkara-perkara yang mereka tidak faham.
KESAN
Murid-murid dapat memehami konsep atau isi pelajaran dengan cepat, mudah dan tepat.
Murid dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur.
Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.
Aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini membolehkan guru menambah aktiviti pembelajaran lain.
Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar akan dapat merangsang pelabagi deria murid, selin memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan.