Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MITOS, CERITA RAKYAT, LAGENDA, HIKAYAT, PROSA MELAYU TRADISIONAL - Coggle…
MITOS
-
Mitos ialah cerita tradisional yang berkait rapat dengan kepercayaan kepada unsur supernatural atau dewa-dewi. Mitos sering digunakan untuk menjelaskan kejadian luar biasa atau fenomena alam yang tidak dapat diterangkan secara logik.
CONTOH
Mitos Puteri Ular: Menceritakan seorang puteri yang disumpah menjadi ular kerana melanggar pantang larang.
Mitos Gunung Tahan: Mengisahkan asal-usul Gunung Tahan, yang dikaitkan dengan dewa dan pantang larang semasa mendaki.
CERITA RAKYAT
-
Pak Pandir: Cerita tentang seorang lelaki yang sering membuat keputusan yang kelihatan bodoh tetapi penuh sindiran dan pengajaran.
Sang Kancil dan Buaya: Kisah kepintaran Sang Kancil yang berjaya menipu buaya untuk menyelamatkan dirinya.
Cerita rakyat ialah kisah yang lahir daripada masyarakat tempatan, sering disampaikan secara lisan, dan membawa pengajaran moral. Cerita rakyat biasanya menggunakan watak manusia biasa, haiwan, atau makhluk ghaib.
LAGENDA
-
Dikaitkan dengan kejadian nyata atau sejarah, tetapi bercampur unsur rekaan.
Tokohnya sering menjadi lambang adat, keberanian, atau pengajaran.
-
-
Legenda Mahsuri: Kisah seorang wanita dari Langkawi yang difitnah dan dihukum bunuh. Sebelum mati, Mahsuri mengutuk Langkawi agar dilanda malapetaka selama tujuh keturunan.
Legenda Malin Kundang: Cerita seorang anak derhaka yang disumpah menjadi batu oleh ibunya kerana tidak mengakuinya.
Legenda ialah cerita yang dianggap pernah berlaku pada masa lampau, walaupun tiada bukti kukuh. Selalunya, legenda berkait rapat dengan tokoh atau tempat tertentu.
HIKAYAT
CIRI-CIRI HIKAYAT
-
-
Fokus pada tokoh wira, kepahlawanan, atau kesetiaan.
Hikayat ialah prosa panjang yang ditulis dalam bahasa Melayu klasik. Hikayat biasanya mengisahkan cerita epik mengenai tokoh-tokoh kerajaan, peperangan, keajaiban, atau pengembaraan yang luar biasa.
Hikayat Hang Tuah: Cerita tentang Hang Tuah, seorang laksamana Melaka yang setia kepada Sultan dan terkenal dengan keberanian serta kebijaksanaannya.
Hikayat Raja-Raja Pasai: Kisah tentang sejarah kerajaan Samudera Pasai dan penyebaran Islam di Nusantara.
-
-