Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 3 GRINDING WHEELS DEVELOPMENT - Coggle Diagram
TOPIK 3 GRINDING WHEELS DEVELOPMENT
3.4 Grinding Wheel Dressing Method
Sekiranya roda canai tidak tajam dimana tanda-tanda seperti permukaan bendakerja hitam, kasar, bergaris-garis walaupun pemotongan penyudahan dilakukan banyak kali maka roda canai perlulah disegat (dressing) bagi mengambalikan permukaan roda yang tajam. Bagi meletakkan blok penyegat mestilah diantara 15deg dan 5~6mm jarak antara garispusat roda.
Mengembalikan bentuk asal roda pencanai.
Membuang bahan asing atau serpihan logam yang melekat.
Memastikan permukaan roda sentiasa tajam.
Memanjangkan jangka hayat roda pencanai.
Menjamin hasil pengisaran yang seragam dan berkualiti.
3.5 Grinding Wheel Balancing Method
Banyak kaedah dan teknik mengimbang roda canai yang boleh dilakukan, antaranya ialah dengan meletakkan roda canai atas landasan larik dengan menggunakan blok selari dan mengimbang dengan alat pengimbang yang dibekalkan sekali dengan mesin pencanai.
i. Untuk membolehkan roda berputar sekata
ii. Untuk mengelakkan mesin bergegar
iii. Mengelakkan mesin cepat rosak
iv. Menghasilkan permukaan bahan kerja yang licin
v. Memudahkan kerja menyagat dan truing
3.2 Standard Coding For Grinding Wheels
Kod standard ini digunakan untuk mengenal pasti dan menentukan ciri-ciri teknikal batu pencanai yang sesuai digunakan dalam mesin canai. Kod ini membantu memastikan batu pencanai yang dipilih sesuai dengan jenis bahan yang dicanai, jenis proses pencanai, dan hasil akhir yang diinginkan.
3.3 Grinding Wheel Truing Method
Truing bermaksud mengembalikan roda pada keadan asal. Gambaran yang jelas apa bila anda menggunakan roda canai yang baru atau mengganti roda canai pada mesin canai bentuk permukaan roda pencanai yang baru atau yang telah ditukar adalah tidak sekata dan perlu di asah bagi menghasilkan permukaan roda pencanai yang rata, sekata dan sepusat dengan jejari roda pencanai.
3.6 Lubricants
Semasa proses mencanai di lakukan haba akan terhasil disebabkan berlakunya geseran antara roda pencanai dengan bahan kerja, oleh itu bahan penyejuk mesti digunakan bagi menyejukkan bendakerja supaya ia tidak terlebih panas dan susah mendapatkan toleransi yang tepat. Bahan penyejuk juga boleh membantu pengendali mesin kerana haba yang dikeluarkan kadang-kadang boleh menyebabkan melecur. Untuk mesin canai yang berketepatan tinggi seperti (cylindrical dan surface grinder) peringkat terakhir mencanai biasanya diset supaya ia membuang 200μm (kurang dari 1/1000) setiap laluan. Ini menghasilkan haba yang sedikit sahaja dan walau tanpa pengunaan bahan penyejuk. Semasa mencanai bendakerja, geseran dan haba yang terhasil mengakibatkan roda canai cepat haus dan tumpul. Keadaan ini dapat dielakkan dengan penggunaan bendalir pemotongan yang bertindak sebagai pelincir dan penyejuk.