Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
([2.3 Perkembangan Masyarakat Islam Pada Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin] :) -…
[2.3 Perkembangan Masyarakat Islam Pada Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin] :
Perkembangan Masyarakat Arab Islam pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin
Orang Arab menjadi masyarakat yang mulia dan bertamadun tinggi setelah mereka menerima Islam sebagai pegangan mereka. Orang bukan Arab telah dapat menerima Islam sebagai pegangan dan cara hidup berdasarkan keadilan, kebebasan, dan konsep persaudaraan yang dibawa oleh Islam dan seterusnya
2 Walau bagaimanapun, konsep ummah hampir terkubur apabila Rasulullah SAW wafat. Orang Arab mulai berpecah-belah dan ada yang sampai ke tahap menolak salah satu daripada rukun Islam, iaitu enggan membayar zakat.
3 Namun, apabila Sayidina Abu Bakar al-Siddiq dilantik menjadi khalifah, belau berjaya menyelesaikan permasalahan ini dan seterusnya menyatupadukan umat
4 Perkara pertama yang dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar apabila dilantik menjadi khalifah adalah dengan memerangi golongan murtad atau lebih dikenali dengan peperangan 'al-Riddah'.
5 Gerakan peperangan al-Riddah ini ditujukan kepada mereka yang enggan membayar zakat sehingga mengakibatkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam. Sekiranya Sayidina Abu Bakar tidak menjalankan gerakan memerangi al-Riddah ini, sudah tentu perpecahan umat dan kelonggaran pegangan Islam akan berterusan.
6 Tindakan tegas Sayidina Abu Bakar merupakan penyelamat kepada keutuhan Islam dan Madinah yang telah diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW.
Kesan daripada kemenangan Islam dalam peperangan Al-Riddah, membawa kepada suatu perkembangan yang baik apabila masyarakat Islam menjadi bertambah kuat dan ramai daripada kalangan masyarakat Arab dan bukan Arab memeluk Islam.
Masyarakat islam Mengikut tempat
Masyarakat islam di iraq
I Pada zaman Khulafa' al-Rasyidin, wilayah-wilayah di utara Semenanjung Tanah Arab telah dibuka dengan begitu meluas sekali yang melibatkan negeri Iraq,syam dan mesir
2 Peneroka-peneroka yang membantu menewaskan musuh-musuh Islam di medan peperangan khususnya di wilayah Iraq telah diberikan layanan yang istimewa olch Khalifah Umar al-Khattab. Peneroka-peneroka tersebut diberi gelaran sebagai Ahl al-Ayyam dan jumlah mereka dianggarkan seramai 12 000 orang.
3 Mereka juga telah diberikan kuasa mentadbirkan ladang-ladang dan tanah-tanah di wilayah Iraq termasuk memungut cukai daripada hasil-hasil tanaman. Antara pemimpin mereka yang mayhur dan terkenal ialah:
1)al-Ashtar
2)Malik bin al-harith al nakhaie
3)Hijr bin ‘Adi al -kindi
4)Yazid bin wais
4 Secara umumnya, peneroka-peneroka yang membuka wilayah Iraq dibahagikan kepada tiga golongan:
1)Ahl al-Ayyam
2)Muhajirin dan ansar
3)Bekas holongan murtad
5 Orang yang pernah murtad dan menentang Kerajaan Islam Madinah di bawa Kepimpina Sayidina Abu Bakar telah dikecualikan oleh Sayidina Umar daripada menjawat jawatan yang penting di wilayah Iraq sama ada dalam bidang ketenteran ataupun pentadbiran.
6 Oleh yang demikian, golongan Aht al-Ayyam telah bertindak sebagai pemegang amanah serta mengelola dan mentadbirkan tanah-tanah baharu di wilayah iraq.
Mereka juga telah menikmati kekuasaan penuh terhadap tanah-tanah yang ditakluki di Iraq.
7 Bagi mengurangkan golongan yang berhijrah yang begitu banyak ke Iraq, sebuah bandar tentera, iaitu Basrah telah didirikan. Walau bagaimanapun, pada akhir tahun ke-17 Hijrah bersamaan 638 Mashi, suku-suku Arab daripada kawasan timur Semenanjung Tanah Arab telah datang mencurah-curah ke Basrah ekoran kekalahan tentera Islam dalam ekspedisi di Parsi.
1 more item...
Masyarakat Islam Di Syam
1.Bumi Syam adalah sebuah wilayah di utara Semenanjung Tanah Arab yang pada
hari ini meliputi Syria, Palestin, Jordan, dan Lubnan.
2.Bumi Syam telah diduduki oleh orang Arab dan bukan Arab. Sebelum kedatangan Islam, agama Kristian menjadi pegangan penduduk di situ yang telah dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Rom.
3 Sejak abad ke-2 Masibi, orang Arab Badwi yang tinggal di sempadan Syam telah berhijrah ke situ dan seterusnya membina beberapa kerajaan seperti:
a)Hims
b)Petra
c)Palmyra
4.Selain bangsa arab,terdapat juga bangsa yahudi dan Rom yang mendiami bumi Syam
Setelah kedatangan Islam, penduduk Syam yang dahulunya beragama Kristian dan Yahudi telah memeluk agama Islam.
1 more item...
Masyarakat Islam di Mesir dan Utara Afrika
1.Penduduk Mesir adalah berketurnan Qibti yang beragama Kristian. Agama ini telah menjadi agama rasmi di Mesir sejak tahun 381 Masihi.
2.Mazhab-mazhab Kristian di Mesir yang terdiri daripada Katholik dan Protestan sentiasa berbalah mengakibatkan keadaan menjadi kucar-kacir.
Ketika berada di bawah jajahan Rom, Mesir telah dijadikan sebagai negara pembekal bahan-bahan makanan kepada kerajaan pusat di Rom.
Kerajaan Rom telah mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk Mesir yang menimbulkan kemarahan kepada mereka. Tindakan ini menjadi faktor yang membuka laluan kepada Islam untuk menguasai Mesir. Islam dapat masuk ke Mesir pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
Setelah Islam menguasai Mesir, penduduk Mesir mula memeluk Islam dan bangsa Arab dari Semenanjung tanah Arab telah berhijrah ke Mesir. Setelah itu, bangsa Arab menjadi penduduk majoriti di Mesir. Bahasa Arab dan agama Islam juga telah menjadi bahasa agama rasmi di Mesir.
8 Kemudian, berlakulah beberapa siri peperangan antara tentera Islam dengan tentera Rom yang menguasai kawasan. Akhirnya, tentera Islam mencapai kemenangan besar yang menyebabkan raja mereka, Gregory turut terbunuh di tangan Abdullah az-Zubayr.
9 Sebenarnya, tentera Islam bukan setakat mahu mengukuhkan kedudukan mereka di Mesir tetapi mereka juga mahu mengelakkan permusuhan. Oleh itu, Abdullah bin Sa'ad mahu membuat beberapa perjanjian damai dengan beberapa pemimpin tempatan yang berjanji untuk membayar jizyah atau cukai kepala.
10 Selepas pulang ke Mesir, Abdullah telah membuka wilayah baharu lagi, iaitu negeri Nubah yang terletak di selatan Mesir pada tahun 31 Hijrah bersamaan tahun 651 Masihi.
11 Walaupun penduduk Nubah enggan tunduk kepada pemerintahan Islam tetapi mereka tetap berbaik dengan umat Islam. Selain itu, mereka juga melakukan pertukaran barang dagangan. Namun, tidak lama selepas itu, mereka akhirnya menerima Islam dan menjadi sebahagian daripada masyarakat Islam dan kekal shingga hari ini.
7 Setelah Islam bertapak di Mesir, masyarakat Islam terus berkembang ke kawasan berhampiran. Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, pada tahun 27 Hijrah bersamaan tahun 647 Mashi, bala tentera Islam pimpinan Abdullah bin Saad mula bergerak menuju ke barat Mesir sehingga sampai di Cartagena,Iaitu inu negara Tunisia pada waktu itu