Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 6 : Bentuk Pemerintahan, afikah, Naqiu, balqis - Coggle Diagram
Bab 6 : Bentuk Pemerintahan
AHLI KUMPULAN :
:
6.2 PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH KALIFAH UTHMANIYAH
6.2.1 Latar Belakang Kerajaan Uthmaniyah
Penubuhan dan Asal Usul:
Kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Sultan Uthman bin Artoghrul pada tahun 1281 Masihi selepas menggantikan ayahandanya. Pada waktu itu, wilayahnya berada di bawah kekuasaan kerajaan Saljuk yang berpusat di Anatolia.
Kejatuhan Saljuk dan Peluang Kemerdekaan:
Pada tahun 1299 Masihi (699 Hijrah), kerajaan Saljuk ditawan oleh bangsa Mongol. Kematian Sultan Alauddin Saljuk membuka ruang bagi Uthman untuk mengisytiharkan kemerdekaan wilayahnya dan menubuhkan sebuah kerajaan berdaulat yang dinamakan Kesultanan Uthmaniyah.
Peranan Dalam Dunia Islam:
Kerajaan Uthmaniyah kemudian berkembang menjadi satu-satunya kuasa Islam besar yang mampu menentang kuasa-kuasa musuh seperti Byzantine. Ia memainkan peranan penting sebagai pelindung dunia Islam, terutama ketika banyak wilayah Islam lain berada dalam keadaan lemah.
6.2.2 Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran
a) Sultan
Pemimpin tertinggi, pemegang kuasa mutlak dalam hal pemerintahan, ketenteraan dan agama.
Kedudukan Sultan dianggap suci, malah ada yang menggunakan gelaran Khalifah.
b) Wazir Besar (Grand Vizier)
Ketua pentadbiran harian negara.
Menjalankan dasar-dasar kerajaan dan mengetuai Dewan Menteri (Divan).
Pegang tughra (cap mohor) – simbol rasmi kuasa Sultan.
c) Kadi (Qadi)
Duta kehakiman di setiap wilayah
Laksanakan hukum berdasarkan
syariah
– undang-undang Islam.
Mengendalikan urusan seperti warisan, jenayah, muamalat dan nikah.
d) Syeikh al-Islam
Tokoh agama tertinggi, penasihat rasmi kepada Sultan dalam hal agama.
Berperanan memberi fatwa dan menentukan dasar agama kerajaan.
Kuasanya besar hingga boleh menolak atau menyokong keputusan politik Sultan.
Sistem Autokrasi:
Kerajaan Uthmaniyah mengamalkan sistem pemerintahan autokrasi, di mana kuasa tertinggi terletak di tangan sultan. Sultan memiliki kawalan penuh terhadap urusan pentadbiran, kehakiman dan ketenteraan.
Struktur Ketenteraan dan Kawalan Wilayah
Struktur Tentera:
Kerajaan Uthmaniyah membina sistem ketenteraan yang tersusun rapi. Tentera berperanan bukan sahaja untuk mempertahankan wilayah, tetapi juga sebagai alat peluasan empayar.
Beylerbey dan Bey:
Beylerbey
ialah ketua wilayah ketenteraan yang besar dan penting, seperti Anatolia dan Rumali. Mereka mempunyai kuasa autonomi tetapi tetap tunduk kepada sultan. Beylerbey yang berpengaruh boleh digelar Pasha.
Bey
ialah pangkat ketenteraan lebih rendah, mengetuai batalion atau kumpulan tentera. Mereka bertanggungjawab membawa panji perang (liwā’).
Evolusi Ketenteraan:
Sistem tentera ini awalnya dipengaruhi oleh model Byzantine. Namun bermula abad ke-16, kerajaan Uthmaniyah memperkenalkan tentera upahan dengan senjata lebih moden seperti meriam besar.
Tentera Fief:
Tentera Fief ialah tentera asas yang diberi tanah sebagai balasan atas khidmat ketenteraan. Sistem ini mirip sistem feudal – tentera mempertahankan negara dan diberi ganjaran berupa tanah. Mereka memakai pakaian tradisional dan bersenjata tombak, pedang dan perisai.
Polisi Luasan Kuasa dan Kawalan Wilayah
Polisi Peluasan Kuasa:
Kerajaan Uthmaniyah giat meluaskan wilayah melalui penaklukan. Antara kejayaan paling besar ialah penaklukan Kota Constantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1453M. Ini menjadikan Uthmaniyah sebagai empayar Islam paling berpengaruh selepas zaman Khulafa’ al-Rashidin dan Abbasiyah.
Kawalan Terhadap Wilayah Islam:
Wilayah-wilayah Islam yang berada di bawah Uthmaniyah dilindungi sepenuhnya. Pemerintahan pusat memastikan wilayah tersebut tidak jatuh ke tangan penjajah, khususnya kuasa kolonial Eropah. Ini menjadikan Uthmaniyah pelindung utama dunia Islam sepanjang beberapa abad.
6.3 Pemerintahan Pusat dan wilayah di Andalusia pada Abad ke-13
6.3.1 Latar belakang Andalusia dan sistem pemerintahan
Kecemerlangan Andalusia di bawah pemerintahan Islam berlangsung hampir lapan abad.
titik kejayaan ini bermula daripada kejayaan pasukan Tariq bin Ziyad menguasai Andalusia pada tahun 711 Masihi sehingga kerajaan Bani Nasr atau Bani al-Ahmar mengakhiri pada tahun 1492 Masihi
-membuktikan bahawa kemunculan tamadun barat ada kaitannya dengan kecemerlangan tamadun islam yang telah terbina di Andalusia.
Para sejarawan telah membahagikan pemerintahan Islam di Andalusia kepada beberapa tahap seperti yang berikut:
-Zaman Pemerintahan Gabenor - Bani Umaiyah Damsyik
-Zaman Pemerintahan Bani Umaiyah
-Zaman Pemerintahan Kerajaan Kecil
-Zaman Penguasaan Kerajaan Afrika Utara
-Zaman al-Muawahhidun
Zaman Pemerintahan Bani Nasr atau Bani al-Ahmar
Drpd. segi sosial, masyarakat Andalus terdiri drpd. golongan raja,paderi gereja, tuan tanah, golongan bangsawan, rakyat biasa, golongan buruh dan hamba abdi.
pemerintahan di Andalusia ini ditadbirkan oleh Amir atau Khalifah.
berkuasa melantik wakil-wakilnya untuk mentadbirkan wilayah-wilayah yg berada di bawah kekuasaannya.
-Gabenor Jeneral, iaitu Wakil bagi khalifah bertanggungjawab melantik para pegawainya untuk membantu mengendalikan urusan pentadbiran di Andallusia.
6.3.2 Kerajaan Al-Muwahhidun
Sejarah Awal Penubuhan Kerajaan Muwahhidun
-kerajaan Muwahhidun merupakan salah sebuah kerajaan islam yang didirikan oleh bangsa Barbar Islam ( Afrika Utara ) selepas kerajaan Murabithun.
-pernah menguasai wilayah yg terdpt di sepanjang pulau-pulauyg terdpt di lautan Atlantik hingga perbatasan Mesir dan Andalusia.
-Usaha ini merupakan kejayaan terbesar yg dilakukan bangsa Barbar Islam di Afrika Utara selepas Kerajaan al- Murabitun.
-kerajaan ini didirikan oleh Ibnu Tumart ( Muhammad bin Tumart ) pda tahun 1121 Masihi yg berpusat di Maghribi.
-Banyak perubahan yg dibuat oleh Ibn Tumart dlm pemerintahannya salah satunya yg beliau lakukan adalah membuat pemurniaan terhadap ajaran islam iaitu mendirikan pemerintahan islam yg didasari atas prinsip-prinsip ketauhidan.
-hal ini demikian kerana menurutnya, ajaran Islam yg dibawa oleh Murabitun telah menyimpang drpd prinsip Islam.
-gerakan dan pemulihan beliau dikenali sebagai Muwahhidun ( gerakan Penyatuan ) dan beliau pula dikenali sebagai al-Mahdi.
Kerajaan Muwahhidun di Andalusia
-Pada tahun 1146 Masihi, pemerintahan kerajaan Muwahhidun merebut tanah Andalusia daripada penguasaan kerajaan Murabbitun yg semakin lemah . Puak al- Muwahhidun berjaya membunuh Abu Ishaq Ibrahim bin Tshifin bin Ali bin Yusof sekali gus menamatkan era pemerintahan al-Murabitun.
Pada tahun 555 Hijrah ( 1160 Masihi ) , Khalifah Muwahhidun yg pertama, Abdul Mukmin bin Ali menyeberang ke Andalus untk menggabungkan Andalus dengan Maghribi dan berjaya meluaskan pemerintahannya di Andalus .
Beliau menetap di sevilla ( pusat pemerintahan ) dan menyusun pertahanan Andalus dan meletakkan beberapa orang ahli keluarganya untuk mentadbirkan beberapa bandar utama di situ.
berjaya menyatukan sebahagian besar bumi Islam Andalus di bawah penguasaannya seperti Cordova,Almeria, dan Granada.
Kemudiaan, bermula berjihad umat islam menentang kuasa Kristian dan kali ini medannya di sebelah barat Andalus berbanding dengan sebelah timur pada zaman al-Murabitun.
afikah
Naqiu
balqis