Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sistem Pendidikan British - Coggle Diagram
Sistem Pendidikan British
Pendidikan Tamil
Pada mulanya pendidikan Tamil juga diusahakan oleh perseorangan dan badan badan sukarela terutamanya badan mubaligh Kristian. Ini berlaku kerana dasar British yang tida menggalakkan pendidikan dalam kalangan imigran oring
Selepas penubuhan Penang Free School di Pulau Pinang pada tahun 1816, satu ketetapan diambil untuk membuka sebuah sekola Tamil sebagai satu daripada sekolah cawangan sekolah itu.
Dasar ini kemudian dilanjutkan ke Negeri-negeri Selat. Pada tahun 1850, sebuah sekolah bemama Anglo-Tamil School yang mengajar bahasa Tamil dan Inggeris dibuka di Melaka. Pada tahun 1860 sekolah ini terpaksa ditutup kerana masalah kekurangan murid.
Sepanjang tahun 1870 an, beberapa buah sekolah yang mengajar bahasa Tamil dibuka di kawasan ladang terutamanya di Seberang Perai, Negeri Sembilan, Melaka dan utara Johor
Kebanyakan sekolah ini diusahakan oleh badan-badan mubaligh Kristian seperti Ladies Bible and Tracts Society, the Society for the Propagation of Christianity dan the Big Church Mission
Kebanyakan sekolah Tamil dibuka di ladang-ladang getah untuk memenuhi keperluan pendidikan anak-anak buruh yang bekerja di
situ.
Selain itu, terdapat juga usaha menyediakan pendidikan Tamil di kawasan bandar. Pada tahun 1906 dan 1910, dua buah sekolah Tamil didirikan, iaitu Thambusamy Pillai School dan Vivekananda School. Kedua-dua sekolah ini terletak di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yang mewajibkan majikan mendirikan sebuah sekolah di setiap ladang getah yang mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yang berumur di antara 10 hingga 12 tahun
Selepas tahun 1920-an, semakin banyak sekolah Tamil didirikan di Tanah Melayu. Pada tahun 1925, terdapat 235 buah sekolah Tamil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan bilangan murid seramai 8 153 orang. Pada tahun 1930, jumlah sekolah meningkat kepada 333 buah dengan murid 12 640 orang.
Pada tahun 1932, British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Tamil pada kadar $6.00 bagi setiap murid. Tiga tahun kemudian. kadar ini dinaikkan kepada $8.00 bagi setiap murid bergantung kepada kehadiran murid dan keputusan peperiksaan
Peringkat Pengajian dan Kurikulum
Pendidikan di sekolah Tamil hanya terbatas di sekolah rendah sahaja. Sebahagian besarnya hanya menawarkan pendidikan sehingga darjah empat dan ada sebilangan kecil sehingga ke darjah enam.
Cara lain untuk melanjutkan pelajaran ialah dengan memasuki sekolah Inggeris di bandar. Walau bagaimanapun, disebabkan kadar yuran yang tinggi, kebanyakan buruh di ladang tidak mampu untuk menghantar anak mereka bagi meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Kebanyakan sekolah ini menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar tetapi ada sebilangan kecil yang menggunakan bahasa lain seperti Telegu, Hindi, Gujerati, Malayalam, Punjabi dan Singhelese atau Gurkhali.
Selain mempelajari kemahiran asas seperti membaca dan menulis, murid-murid juga diajar matematik, ilmu alam, lukisan, kerja tangan, pengetahuan am dan latihan jasmani.
Bahan bacaan dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari India yang memberi pengetahuan tentang sejarah, ilmu alam, pengetahuan am dan kebudayaan India. Tidak ada sebarang mata pelajaran bahasa yang diajar di sekolah ini sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ketiadaan kemahiran bahasa dalam kalangan murid lulusan sekolah Tamil menyebabkan peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah aliran lain sangat terbatas.
Walaupun bilangan sekolah Tamil yang didirikan di kawasan ladang agak banyak, tetapi sekolah ini kebanyakannya tidak memuaskan disebabkan kekurangan kemudahan. Pihak majikan ladang menyediakan kemudahan pendidikan hanya bagi mematuhi arahan kerajaan. Oleh itu, kemudahan yang disediakan sekadar memenuhi syarat sahaja.
Majikan ladang juga enggan melaburkan wang ke sekolah itu sehingga ada antaranya yang tidak mempunyai tempat yang sesuai. Gaji guru amat rendah dan di sesetengah sekolah, pekerja ladang seperti kerani, penyelia dan pembancuh air ditugaskan untuk mengajar.
British pernah melantik seorang Nazir Sekolah berbangsa Eropah untuk menyelia sekolah ini, tetapi jawatan itu dimansuhkan kerana masalah kemelesetan ekonomi. Selepas itu, sekolah Tamil di ladang hanya bertujuan untuk membasmi buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh.